Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, August 22, 2009

Tahniah Rebecca Ilham...

BECKyilHAM
Rebecca Ilham;Penasihat Grup

Assalamualaikum..

Tahniah!mabruk saya ucapkan buat kak becky a.k.a Rebecca Ilham@Hazwani Ramli kerana cerpen beliau yang tersiar di akhbar hari ini bertajuk:Angin Pada Mekar Kuntum Sakura (kena baca ni).Mungkin kerana barakah bulan puasa agaknya.

Kak becky,penasihat bagi GKLN merupakan orang kuat grup ini.InsyaAllah,akan datang kita pula yang mengikut jejak langkah kak becky.Ya,ada betul juga apa yang dikatakan oleh saudara fahd razy.InsyaAllah kami sahut cabaran anda ya fahd!

Wassalam.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

0200b.jpg puasa bulan Ramadhan picture by bobooi
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Marhaban..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pejam celik,sudah hampir setahun saya berada di Kota Rabat,Morocco.Asalnya memasang niat untuk mendalami ilmu Allah Taala.Genap sudah ramadhan setahun yang lepas saya tinggalkan dan lembaran ramadhan yang baru meniti kali pertama di bumi maghribi ini.Dan genap setahun jugalah saya meninggalkan keluarga.

Pada asalnya sangkaan saya negara jajahan perancis ini akan mengalami kelewatan mula berpuasa.Berkira-kira akan jatuh pada hari ahad iaitu 23 ogos.Maha suci Allah,jika saya tidak bertanya jiran tetangga arab,kemungkinan kami tidak mengetahui puasa adalah pada hari sabtu.Tanpa televisyen dirumah,sudah tentu menyukarkan kami mahasiswa malaysia untuk mengetahui tarikh bermulanya puasa.Alhamdulillah,sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang telah dirancangNya.Selepas solat isyak semalam,kami terus menunaikan solat sunat tarawikh.Inilah pengalaman pertama saya bersolat tarawikh di sini.Alhamdulillah,telah saya sempurnakan.



Dikesempatan ini,insyaAllah saya akan terus mencari dan mengenengahkan tentang hukum hakam serta panduan berkaitan puasa sepanjang bulan ramadhan.Apa jua cadangan serta pandangan bolehlah terus menghubungi saya di 'ibnuyusuf_90@yahoo.com' ataupun facebook yang terdapat di link blog saya ini.Segala permasalahan berkaitan bulan puasa,insyaAllah akan kita sama-sama mencari jawapannya.InsyaAllah.

Akhir kalam,saya doakan semoga kita sentiasa mendapat lindungan serta naungan Allah taala sepanjang bulan ramadhan ini.Dan semoga kita dapat mempertingkatkan lagi amalan di bulan barakah ini.

Sekian,wassalam.






Wednesday, August 19, 2009

Novel Pop Islami

Buku Islam Judul Bertualang Mencari Cinta Sejatiayat-ayat_cinta.jpgayat-ayat_cinta2.gif
novel-novel islami yang terus dikritik penerbitannya


Assalamualaikum...



Apabila saya membaca satu entry sahabat saya mengenai novel pop islami yang beliau rasakan rimas dengan kebanjiran novel berbentuk kontemporari dan novel berbentuk islami dipasaran sekarang,saya merasakan beliau bukanlah seorang yang mahir atau mampu menilai novel islami secara batiniyyah.Ini kerana mungkin kebencian beliau membaca novel islami yang asyik mengharamkan hukum haram dan menghalalkan yang halal juga sebaliknya.Misalannya novel Ayat-ayat cinta atau ketika cinta bertasbih.Tetapi,pada hemat saya beranggapan bahawa novel islami adalah melingkupi cangkupan novel yang sesuai untuk kemaslahatan remaja khususnya.




Mungkin kerana beliau inginkan novel yang islami tetapi berlainan bentuk.Sebenarnya kita sudah ada.Terang lagi tersuluh novel yang dikaryakan oleh Ramlee Awang Murshid (walaupun bukan novel islami,tapi lebih menjurus kepada thriller dan epik) saya merasakan novel beliau adalah menepati ciri-ciri yang baik lagi terdapat unsur-unsur dakwah.Lalu,kita mahu melabelkan novel beliau dibahagian mana?islami...?kontemporari...?thriller...?epik...?semuanya sudah cukup pakej.




Mungkin sahabat grup saya itu tidak menyukainya kerana membayangkan novel islami yang menceritakan tentang 'bercinta',padahal masing-masing sedang menuntut ilmu agama ditambah tahu halal haramnya.Mungkin sekali.Pengakuan beliau yang cukup menjengkelkan pembaca mengenai kerimasan beliau melihat novel islami banjir dipasaran.




Nah!!kalau anda mampu menuliskan novel yang lebih baik,maka hasilkannyalah.Jangan asyik bercakap dibelakang sahaja.Bercakap kosong pun tidak ada gunanya.Cuba hasilkan.Pengakuan beliau seorang pencinta buku ditambah dibesarkan dengan buku disekelilingnya.Mungkin kerana cerpen beliau tersiar didada akhbar.Tapi itu tidak bermakna anda bagus dan berhak untuk ralat novel islami.Saya juga pencinta penulisan.




Sebenarnya,jika tiada novel islami,adakah wujud jurnal lain yang mampu membuatkan anak muda serta remaja mengikut adab dan adat dunia islam sekarang?kita berdakwah atas nama tuhan yang menciptakan,maka tiada salahnya melalui medium dakwah secara penulisan setebal itu,untuk kemaslahatan bersama.Andai kata tiada novel islami,yang ada hanyalah novel berunsur cinta-cintun remaja moden serta blues sekarang,bolehkah remaja mengetahui tentang adab dan syariat bila berpasangan.Pun begitu,jika bukan 100%,cukuplah 50% sahaja.




Pindakanlah niat anda kepada yang lebih baik.Dari nikmat menulis untuk bermegah kepada menyampaikan dakwah islam.Tidak terkuis sedikit pun hak anda jika anda berpaling kearah novel islami.Kerana itu,saya berasa terpanggil untuk meletakkan hak mereka yang meminati novel islam ini nun jauh diatas palang pemikiran anda wahai RI.Ya,saya bukanlah pencinta novel islami secara zahirnya.Tetapi merasakan novel berbentuk ini akan sedikit sebanyak membantu golongan remaja.Apa tidak betulkah apabila diceritakan tentang adab-adab bersama isteri mengikut Rasulullah?apakah salah membaca doa meniti malam pertama?Fikirkanlah sahabat..




Ilmu Allah itu meluas.Teramatlah luas,maka adakah menyampaikan dakwah tentang hukum fiqh dan usulnya hanya dimedan ceramah sahaja?salahkah untuk mempelbagaikannya melalui penulisan novel?Allah mengetahui segala yang tersimpan di dalam hati manusia.



Wallahu'alam.

Blame on me..

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Allah taala,ketika mana entry ini ditinta,saya masih mampu bernafas atas rahmat Allah.Bernafasnya aku wahai tuhan atas nikmatMu.Sungguhpun begitu,hambaMu ini teramatlah bersyukur ya Rabb.

Pada malam tadi,setelah makan malam berseorangan secara ala kadar,saya cuba membaca blog rakan-rakan saya di Malaysia yang kini berada bertebaran di universiti-universiti tempatan.Begitu juga dengan blog sahabat GKLN yang cukup saya kagumi melalui penulisan mereka.Alhamdulillah,segalanya saya telah saya sempurnakan.Begitu juga cuba mencari sinopsis bagi novel terbaru Ramlee berjudul Mikhail yang berada dipasaran sekarang.Sedar,jam sudah menunjukkan jam 1.48 pagi waktu morocco.Saya cuba melelapkan mata.

Tiba-tiba saya teringatkan blog rakan saya.Tidak perlulah saya nyatakan nama beliau.Saya terus meneliti setiap sahabat kami yang di'link'kan beliau.Saya jumpa seorang sahabat lama.Saya terus membuka dan membaca.Alangkah terkejutnya saya apabila membaca entrynya.Serangan terhadap diri saya.Privacy!!entah dimana jumpanya beliau akan blog saya ini.Walhal,saya merasakan blog saya ini baru sahaja dilahirkan.Aneh!!Hilang rasa hormat beliau pada saya selaku sahabatnya dengan hanya pengalaman yang lepas.Sahabat,masihkah berbisa hatimu??hanya peristiwa 3-4 tahun yang lepas masih segar dalam benakmu??Setiap leretan tohmahan serta kritikan beliau saya dahulukan dengan kalimah 'syukran'.Tak terjangkau kalimah syukran saya panjatkan diatas kritikan beliau.Ya,saya sedar kritikan beliau bukanlah suatu yang membangun.Walaubagaimanapun,sebagai sahabat,saya sayang semuanya.

Menulis tinta penulisan dengan rapi adalah keistimewaan beliau.Amat saya kagumi.Sungguh!!Selepas itu,saya terus menaip satu surat layang untuk tatapan beliau.Ya,hilang bahasa keteradaban saya selaku manusia.Hilang bahasa keustazan saya.Nun jauh disudut hati saya,masih berkira-kira samaada saya mahu meneruskan atau tidak.Maha suci Allah,relanya saya melupakan hasrat syaitan saya itu.Terus saya menekan button delete pada pc portal saya.Biarlah beliau dengan suara hati beliau.Beliau berhak sebenarnya.

Andai saudara membaca entry ini,ketahuilah sesungguhnya 'aku hormat padamu'.Bukanlah saya diantara manusia yang suka bermusuhan.Ku anggap sahaja bahawa entrymu itu sebagai teguran membangun buatku.InsyaAllah,akan ku perbaiki lagi segala tinta.Adapun entry 'lagu tarannum' janganlah kau gusarkan kerana itu adalah hakku.Dulu,kini,selamanya akan ku semat dalam diri itulah hakku dan kenangan buat insan yang kerdil ini.

Kita sama-sama berketurunan Cik Siti Wan Kembang,maka beranilah untuk berdepan.Saya bukanlah seorang yang suka bercakap dibelakang.Jika ada ketidak puasan hati,maka berterus teranglah jalan yang terbaik.Terima kasih atas blog sahabat yang cuba meng'link'kan blog saudara kepada saya.Tentu sekali saya tidak tahu kerana saya berada nun jauh disini,tinggalan Ibn Batuttah.Akan tetapi,teknologi adalah segalanya.Merungkai hakikat.Ya,aku memohon maaf padamu.Terima kasih sekali lagi atas 'kritikanmu'.

Sekian.

Tuesday, August 18, 2009

Ustaz Hadhari..

Bismiillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala kerana udara dan oksigen yang dipinjam kepada saya buat sementara waktu masih lagi segar untuk saya hirup.Alhamdulillah.Syukur tak terhingga hambaMu panjatkan Ya Rabb.

Entahlah!di saat waktu genting petang sebegini,saat manusia menuju ke Mahattah Qitar Kenitra untuk pulang ke destinasi masing-masing,otak saya masih ligat berfikir,tiba-tiba...saya teringatkan seorang ustaz di Malaysia yang cukup saya segani dahulu.Bermula detik beliau saat muncul dikhalayak umum,berpakaian serba putih,berjubah,berserban!!paling mengejutkan saya insan ini mampu berceramah dikhalayak ramai!!ya...mungkin kerana beliau ustaz yang baru 'terinsaf' dari masa lampau.Tidak hairan..Akan tetapi ceramah beliau itu bukanlah rancangan forum perdana ehwal islam yang bersiaran langsung di TV1.Tetapi,pada ceramah yang dianjurkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS)!!.


Mula bercakap mengenai politik menyebabkan beliau diangkat dan dijadikan model untuk segenap lapisan masyarakat Malaysia Darul Islam Hadhari ini.Mula kedengaran suara beliau dicorong-corong radio terutama di Institut Kefahaman Islam Malaysia a.k.a IKIM.fm ~afdal ikhtiar~ yang dikendalikan oleh graduan mahasiswi UIAM,Mona Jazman cukup membuatkan kita sebagai pendengar mendengar suara insan yang telah 'terinsaf' ini.Cukup lunak.Anugerah Allah.Hati yang galau mungkin tersentuh dengan zikir-zikir munajat beliau.

Kelamaan,rambut beliau pula semakin hari semakin panjang (tak sempat potong kot),kemudian disebabkan rambut yang panjang itu,maka terpaksalah kopiah dan serban dikepalanya ditinggalkan.Ya,mungkin kerana kopiahnya terkeluar sayap dan terbang entah kemana.Mungkin sekali.

Entah mengapa,semakin hari saya berasa jengkel terhadap kelakuan beliau.Akhlak yang saya maksudkan.Tidak bermaksud dirinya,tapi sifatnya.Berstatuskan ustaz,berceramah disana sini mengenai hukum tuhan dan bahananya bergaul diantara bukan muhrim...Tiba-tiba menjadi muka utama akhbar tempatan mengenai beliau yang dikatakan keluar bersama seorang wanita dan dua lagi sahabatnya ke pantai!!Agak menghairankan,beliau dengan selambanya menyalahkan isteri beliau.Tak cukup dengan itu,beliau menafikan keluar bersama dan hanya terserempak ketika menonton WAYANG!!!alahai ustaz...tidak cukupkah ilmumu??tahukah ustaz menonton wayang yang bercampur lelaki dan wanita,bergelap bersama-sama hukumnya HARAM lagi nyata.Nah!!Tidak cukupkah pengetahuan ustaz lagi?Kemana perginya televisyen dirumah ustaz??di sitar??di jual??hairan...!!Sudah terang lagi cerita yang diwayangkan itu bukanlah ceramah Dr.Yusuf Qardhawi...ataupun musabaqah Al-Quran.Sungguhpun beliau yang melakukan,jikalau berstatuskan ustaz dan tahu ilmu agama seharusnya beliau menjaga hubungan beliau dengan isterinya.Juga yang paling utama,sekurang-kurangnya malu dengan Allah taala.

Bila berlaku kejadian sebegini,ramai golongan yang tidak 'berpendidikan agama' merasa jengkel dan mengecam golongan ustaz.Hilang entah kemana keustazan beliau.Inilah yang dikatakan..'kopiah ustaz pun boleh tercabut ni!!'.Yang menjadi mangsa,mereka yang bergelar ustaz.Secara tidak langsung,masyarakat tidak hormat golongan ini.Maka wujudlah ustaz-ustaz yang sepatutnya berkhidmat dimedan dakwah,beralih arah ke bidang hiburan dan sebagainya.Kalau nasyid saya masih lagi boleh menerima dan tidak merasa ralat,tetapi nyanyian yang menjurus kearah kelalaian manusia.Mereka ini mula merasakan terjun ke bidang lain adalah suatu jalan yang selamat bagi menutup malu.Ya,takut disuruh menjadi ketua tahlil,upacara jenazah dan khutbah kemungkinan.Egois!!


Entah dimana punca,salah dan silapnya.Nak dikatakan salah ibu mengandung,rasanya sama saja.Semuanya mengandung dirahim ibu.Tiada yang dikandung pada anggota lain yang menyebabkan mereka terencat akhlak setelah dewasa.Salahkan kitab??rasanya,berpuluh-puluh jilid ditatap,dibawa,dibaca,dihafal...mungkin ada yang ' merebus dan minum'.Mungkin...

Sungguh!!saya berasa teramat mual dengan keadaan begini.Tidak cukup dengan itu,ada golongan penasyid pula yang telah 'kembali' kepangkal jalan.Sedar-sedar dah pakai rantai,berseluar pendek,gelang emas dan sebagainya.Inilah akhlak 'pengubah','pendakwah' masyarat malaysia yang jahil.Maka wujudlah pula golongan yang berstatuskan...'tidak sampai seru lagi'!!ya,seruan kearah yang lebih jahil.Great!!

Akhir kalam,saya doakan beliau yang dinyatakan itu berbahagialah bersama isteri terbaru beliau.Saya doakan beliau mendapat zuriat yang soleh dan solehah(bersama isteri 'melodi ahlan' itu walaupun anak dah ramai) bagi menyambung urusan dakwah beliau yang tergendala dan terbengkalai dek kerana sibuk dengan kerja amal.Semoga saya tidak melupakan hadis yang beliau selalu bacakan terjemahan di TV9 rancangan carta nasyid.Biarlah Allah Taala sahaja yang tahu buruk dan baik.

Sekian,

~slamah~


Monday, August 17, 2009

Mawwal 'Arabi

Assalamualaikum..


Semakin ramai pula yang bertanyakan saya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan suara al-ahadd.Baiklah,persoalannya:Pernahkah anda menonton atau mendengar mawwal 'arabi??apa itu mawwal??dan apakah peranannya??mawwal bukanlah sejenis makanan ataupun pakaian.Mawwal adalah satu seni suara dalam dunia arab.Masyarakat arab amat menggemari mawwal ini (kecuali morocco,sebab saya tak pernah dengar lagi sebenarnya..arab mesir memang meminati mawwal ni kalau tak silap).


Kebiasaanya mawwal ini dinyanyikan oleh seorang,berdua,atau bertiga.Diberi satu tajuk contohnya mengenai pangkat manusia atau kecantikan wanita.Maka dilafazkan dalam bentuk nyanyian oleh penyanyi.Sebenarnya mawwal bukanlah nyanyian seperti lagu-lagu arab yang lain.Menyanyi dalam keadaan "bercakap".Bermaksud,menyanyi tanpa rentak dalam keadaan cepat.Sehingga sampai satu tahap kemuncak,iaitu untuk highest notenya,maka dia akan memanjangkan harakat perkataan yang disebutkannya itu,sehingga mungkin mencapai 40-53 harakat!!!(itu yang biasa)...kemudian,barulah mereka akan menyanyi mengikut rentak.Kebiasaan kalau bertiga,mereka akan saling berlawan atau saya ibaratkan kalau masyarakat melayu saling berbalas pantun.Begitu juga mereka saling berbalas apa tajuk yang mereka ketengahkan.Suara tinggi itulah bercampur harakat yang panjang kita namakan suara Al-Ahadd.



Dan apabila sampai note,maka mereka akan bertepuk tangan tanda kagum dengan harakat yang dilontarkan oleh si penyanyi dan begitulah seterusnya sehingga habis.Antara mereka yang mencapai highest note buat masa sekarang (tidak ada challengenye) adalah penyanyi 50-an lagenda semenanjung tanah arab,Oummu Khulthum yang dikatakan jika mikrofon jauh berada di atas kepalanya,suaranya mampu didengari mereka yang berada diluar dewan!!!Segar suaranya seperti menggunakan pembesar suara.Antara lainnya seperti Haifa Wahbi (penyanyi kontroversi lubnan),Husam Madaneya(pencapaian 53 harakat!!),Rowaiydah Attieh (yang dikatakan pewaris suara oummu khulthum) dan ramai lagi.



Kebiasaanya mereka yang menyanyikan mawwal ini mempunyai suara yang agak besar dan kasar.Tidak ramai yang mempunyai suara kecil untuk ber'mawwal'.Mereka yang mempunyai suara yang kecil selalunya akan melibatkan diri dalam nyanyian biasa sahaja.Sungguhpun begitu,mereka cuba juga untuk terlibat dalam mawwal ini.Adapun semua ini bukanlah penting.Mawwal walaupun penting bagi mereka yang meminati seni suara mahupun taranum,secara peribadinya saya nyatakan bukanlah satu yang baik.Kerana mawwal ini lebih menjurus kepada vokal seseorang.Jangan disangkal mereka yang mampu menyanyi dengan suara yang tinggi.Sebab itu adalah anugerah Allah.Cuma cara dan jalan menggunakan suara tersebut kearah diredhai Allah ataupun tidak.Itu sahaja.Adapun highest note tidaklah penting dalam seni suara.Cuma sebagai membanggakan si penyanyi bila dia mampu untuk mencapai note-note tersebut.



Akhir kata,bersyukur sahaja dengan pemberian tuhan.Anugerah yang ada mesti kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.Kerana manusia yang mempunyai suara seperti ini,bukan seorang sahaja dalam dunia.Ramai lagi.Menjadi kehairanan bagi saya,dan saya berasa jengkel dengan mereka yang sibuk hadir ke kelas vokal untuk memperbaiki tahap suara.Muak!!itulah yang seharusnya saya luahkan.Sepatutnya,mereka yang mahu memperbaiki tahap vokal mereka adalah menerusi tausih-tausih taranum kerana padanya ada jalan kebaikan.


Sekian,

~slamah~..

Sunday, August 16, 2009

Tarannum Al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Adakah anda mengetahui lagu-lagu taranum,jenisnya atau tausihnya??sebenarnya,taranum-taranum ini mempunyai asal usul yang menarik.Pada asalnya,lagu-lagu ini just di'ambil' dan diolah.Dikatakan berasal dari bunyi-bunyian alam sekeliling.Misalannya,dari deruan padang pasir,angin,bunyi air dan sebagainya.


Terus terang saya katakan disini,mempelajari taranum Al-Quran adalah merupakan suatu hobi saya yang cukup saya minati dari kecil.Menceritakan pengalaman saya mula-mula mempelajari Al-Quran ketika berumur 5 tahun.Dari pengenalan huruf sehingga mampu membaca dengan sendirinya.Mula mengenal huruf melalui bonda saya yang turut merupakan seorang Qariah!!mungkin nasab agaknya~sehingga terbit ubun-ubun lagu taranum dari bibir saya.

Melalui lagu Bayati saya teruskan lagi dengan mempelajari lagu nahawand,hijjaz dan akhirnya rast melalui bonda saya.Menceritakan detik,asam garam dan sakitnya mempelajari taranum adalah ketika suatu hari di darjah 3 ketika mana saya ingin mewakili sekolah peringkat(saya sendiri lupa).Lalu setelah berlatih setiap kali tamat sesi pembelajaran bersama guru saya yang juga merupakan Guru Besar sekolah,Ustaz Mohammad Syahid,saya merasakan masih belum cukup mahir dan tdak bersedia sepenuhnya untuk mewakili sekolah.


Lalu saya memohon izin bonda saya untuk pergi ke rumah ustaz tersebut yang berdekatan dengan tadika kemas felda.Tetapi,malangnya..bonda saya tidak membenarkan.Kerana felda masa tu,tidak mempunyai lampu jalan dan kami hanya menggunakan lampu lilin dari tin kosong sahaja untuk ke tempat mengaji yang jauhnya cuma beberapa meter sahaja dari rumah saya.Sebab kalau guna lampu,kawan-kawan yang lain akan dengki dan iri hati.Daif jugak..Kanak-kanak mana yang tidak akan memberontak apabila kemahuan tidak dituruti ibu bapa.Maka,saya menangis sepuas-puasnya.

Hendak dijadikan cerita,dari sebelum maghrib sehinggalah isyak tanpa berhenti.Akhirnya,saya mendapat hadiah 'lagu taranum' buatan bonda saya di peha kanan saya.hehe..Jadilah peha saya lebam.Dek kerana ketika itu putih melepak,maka lebamnya mengambil masa juga untuk hilang.Apabila makin dewasa lebam itu jadilah tahi lalat sehingga sekarang.Itulah kenangan manis saya!dan bonda saya merasa bertanggungjawab untuk turut sama membimbing saya, maka malam itu,bonda saya cuba mengajar saya lagu taranum yang sama.Kerana hati yang degil,saya merasakan lagu bayati tu memang berlainan (padahal bentuk lagunya serta taranumnya tetap sama).Kerana degil lagi,maka 'lagu soba' pula menyusuri peha kiri!!huhu..
Sekali lagi lebam bertukar menjadi tahi lalat.Dan akhirnya saya akur.


Alhamdulillah,pada hari pertandingan,saya telah mendapat tempat ke-3 dari 30 orang peserta!!hehe..Kuasa Allah..Ada hikmah disebalik lebam dan tahi lalat..hehe..dapatlah RM 30 masa tu(masa tu rasa macam rm300 je)
.Antara lagu atau maqamat di dalam dunia taranum sebenarnya ada banyak seperti bayati,hijjaz,rast,nahawand,sikah,jiharkah,'ajam dan soba.Dan ditingkatan 2 sekali lagi saya mewakili sekolah dalam acara tilawah al-quran peringkat masisupa pusat di kuliah Al-lughah waddin,pekan,pahang.Alhamdulillah,berkat doa bonda saya,saya telah mendapat tempat ke-3 (kalau tak silap).

Maka selepas itu,saya berazam untuk mempelajari marhaban dan zanji untuk memperbaiki taranum saya.Maka,ketika saya ditingkatan 3 saya telah mempelajari zanji oleh sahabat bonda saya.Wahh..ketika ini saya mempelajari highest note untuk zanji (jgn ingat zanji tak ada note ye).hehe..
Memang susah!kami just guna lagu bayati dan nahawand je.Memang mencabar.Memang menguji kesabaran saya.Akhirnya,saya hanya melepasi 2 maqamat je.Agak sedih..kecewa..tapi,ilmu takkan terhenti di situ kalau kita mahukannya.Walaupun sekarang taranum dan zanji telah saya tinggalkan,tapi tausihnya masih lagi saya ingat.InsyaAllah.Ilmu jika tak dipraktikkan,beginilah jadinya.Perlu digilap setiap masa.Justeru,caranya...saya membuka laman youtube (akademi al-quran) dan sebagainya untuk mempelajarinya kembali.


Adakalanya,saya akan mempelajari melalui laman qoranway.com.Anda yang ingin mempelajari taranum al-quran boleh melayari laman ini yang berada di 'link' saya sendiri.Nikmatilah taranum al-quran untuk memperbaiki tahap lagu dan bacaan al-quran anda.Lagu taranum bukanlah untuk dimegah-megahkan,sebaliknya disebarkan agar kita mengetahuinya.Janganlah bangga dengan ilmu yang sekecil ini.


Akhir sekali,sesiapa yang mahu mempelajari walaupun hanya tausihnya...maaf,saya tak boleh laksanakan buat masa sekarang atas sebab yang tersendiri.Khusus untuk "rumah barakah~Qamrah (rumah Ustaz sheikh)",mohon maaf sekali lagi.InsyaAllah akan datang ye.


Waakhiran,selamat maju jaya semuanya!!
*rasanya surah lukman ayat 27 ada bersangkut paut dengan entry saya kali ni. Wassalam~

Rasulullah...



Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa pada satu malam,Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini. Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang Rasulullah mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.
Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekaligus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Ibu Bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini sahaja.
Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi s.a.w sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam, dan berdoa sambil mengadu tentang apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s. Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu." Diriwayatkan dalam satu hadis yang lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70 000 di kalangan umatku masuk syurga dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70 000 ini diikuti oleh 70 000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab." Yakni diberi syafaat oleh 70 000 orang ini disamping syafaat Nabi saw yang diberikan kepada ummatnnya.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir di dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.
Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi saw sebagaiman yang disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud, "peganglah dengan gigi geraham kamu." Yakni ajaran Rasulullah saw itu bukan sahaja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak. Tidak undur walaupun sedikit dari ajaran Nabi saw. Jika seseoarang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah saw serta mendapat rahmat yang diberi oleh Allah kepada umat Muhammad saw.

Kesimpulannya,kita sebagai manusia yang mengaku umat seorang lelaki yang mulia adakah masih mengingati baginda yang mengingati kita??katakanlah kalau kafir,tak mengapalah.Yang menjadi keralatan sekarang adalah mereka yang bergelar Islam tidak terasa akan kehilangan Rasulullah.Ya,ingat!bila?hanya pada maulidurrasul.Bersikap hipokrit ketika itu dengan memakai tudung dikepala kononya menghormati majlis.Hormati Allah??mengikuti ajaran Rasulullah??bila pula nak dilaksanakan.Hanya berpegang kepada protokol majlis semata-mata.Demi Allah!Tidak layak bagi mereka yang bersikap begini hadir ke majlis Rasulullah.

Kalaulah Rasulullah melihat kita sekarang..
Ya Rasulullah,alangkah nikmatnya jika kau masih lagi dapat melihat umatmu.Ku tahu bahawa umatmu ini jahil segalanya.Tinggal apa yang kau amanahkan dahulu.Ego!hipokrit!itulah sikap umatmu kini.Masih tidak sedar lagi akan dakwahmu dahulu.Perjuangkan Islam hanya untuk nama!pangkat semata-mata!walhal,sebaliknya...Allahuakbar!!besarnya dosa kita pada Rasulullah.
Ampunilah kami Ya Allah.

Anak sulong vs Anak bongsu


Assalamualaikum...

Pernahkah anda terfikir apakah perbezaan di antara anak sulong dengan anak bongsu??atau..pernahkah anda terfikir jika anda sebenarnya anak sulong menjadi anak bongsu ataupun anda anak bongsu menjadi anak sulong??pelbagai spekulasi manusia berkaitan anak sulong yang dikatakan bersifat '
matang' dan anak bongsu yang disifatkan 'terlebih manja'.Apapun yang ditanggapi,jom kita sama-sama selidiki.hehe..


Mengikut kajian oleh Alfred Adler,anak sulong akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapanya.Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah kepada adik-adiknya.Anak ini adalah mengalami masalah
dentroned.Dia harus belajar berkongsi sesuatu dengan adiknya.Ibu bapa pula meletakkan harapan yang tinggi apabila anak ini mula menjejakkan kaki ke alam pra-persekolah.Ibu dan bapanya sering membahukan tanggungjawab kepada anak ini berbanding adik beradik yang lain.
Kesan dari layanan yang diterima cenderung membuatkan anak ini bersikap agak tegas dan autokratik.Dia turut merasakan dia mempunyai hak kuasa keatas adik-adiknya.Kebiasaanya anak sulong ini sering beralih mengharapkan keprahatinan bapanya selepas anak kedua lahir.

Manakala anak bongsu pula hidupnya sering dibelakangi oelh banyak ketua.Abang-abang atau kakak-kakaknya cuba menjadi pengajar kepadanya dan ini seolah-olah dia mempunyai banyak ibu dan bapa.Namun dia sama sekali tidak mengalami masalah dethroned seperti adik beradiknya yang lain.Dia ini sering berhasrat ingin menjadi lebih besar dan berkuasa lebih daripada orang lain.Dia mempunyai cita-cita dan sering kecundang ditengah jalan.Kadang kala anak ini tidak membesar dengan matang dan masih bersikap keanak-anakan walaupun sudah remaja.

Dapatlah saya simpulkan disini,

Anak Sulong

1-Seorang yang tegas lagi bengis
2-Merupakan si penanggungjawab oleh ibu bapa keatas adik-beradiknya 3-Mempunyai perwatakan yang matang lagi 'macho' gitu!
4-Seorang yang amat serius dan dethroned keatas adik-adiknya
5-Merasakan dialah berhak segalanya..(yang ni saya memang tak bersetuju)


Anak Bongsu


1-seorang yang amat-teramat-diamat manja
2-mempunyai perwatakan yang keanak-anakan
3-paling hampir dengan ibunya

4-seorang yang apabila meminta sesuatu dari ibu bapanya,confirm dapat...(yang ini saya no komen)
5-Seorang yang amat sensitif apabila dipinggirkan keluarga

Kesimpulannya,anak bongsu dan anak sulong ini sama saja.Sebab,dah cukup setara dalam keluarga.Jikalau anak sulong itu manja dan anak bongsu itu tegas,maka tidak adillah kerana yang si sulong itu akan membimbing adik-adiknya.Begitu juga jika si bongsu tegas maka susahlah abang-abangnya dan kakaknya membimbing.Kalau tegas dan tak manja,janganlah kita katakan manja.


*mujurlah saya tak manja beria mana.heheh..



Saturday, August 15, 2009

Salam Ukhuwah


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...baiklah,dari blog friendster telah saya tukarkan kepada blogspot.Diharapkan kepada pembaca sekalian dapatlah mengambil input yang berguna.Segala kelemahan pada blog saya ini,saya dahulukan dengan kalimah "maaf",andai pada blog penulisan blog saya ini akan membuatkan anda berasa hati,sakit hati,makan hati,terlebih hati...tersadung hati...dan sebagainyalah,jutaan maaf saya lafazkan.

Dan sekiranya penulisan saya ini membuatkan hati anda terhibur,ketahuilah...sesungguhnya diri saya yang kerdil ini amatlah gembira.Gembira kerana dapat menggembirakan hati manusia lain.Sebab,hati manusia ini kalau tidak digembirakan maka pilulah ia dan kosong lagi tidaklah bermakna.dan apabila ditanya oleh sahabat saya...apakah taujih atau hala tuju bentuk penulisan saya..?saya jawab...simple...iaitu,apa yang akan terlintas dalam benak fikiran saya maka saya akan cuba zahirkannnya.Mudah!senang!..

Rasanya belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sedang membaca entry saya ini,dan juga yang telah membaca.Juga buat kekanda saya..(kak an) atas nasihat beliau untuk saya selaku adiknya.Juga buat kekanda syarif (abg syarif) atas cetusan idea saya secara tidak langsung dalam perancangan penulisan blog ini.Jazakallah.

Nikmatilah selepas ini blog dari saya. Dan selamat datang saya ucapkan.
~Slamah~



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates