Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, October 26, 2009

Al-Baihaqi



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Kali ini saya akan memperkatakan tentang Imam Al-Baihaqi.


Abu Bakar Al-Baihaqi


Nama beliau adalah Ahmad bin Al-Husain bin Ali bin Musa bin Al-Khazraujirdi Al-Khurasani Al-Baihaqi.
Baihaq sebenarnya adalah sekumpulan desa yang berada di kawasan provinsi Naisabur. Antara Baihaq dan Naisabur adalah jarak dua hari perjalanan dengan unta. Al-Baihaqi dilahirkan pada bulan Sya’ban tahun 384 Hijriah.

Usahanya Menuntut Ilmu

Ibnu As-Subki menceritakan proses pencarian ilmu yang ia lakukan seperti berikut, “Al-Baihaqi melakukan haji. Lalu ia menuju Baghdad. Di sana,beliau berguru kepada Hilal Al-Haffar, Abu Al-Husain bin Busyran, dan segolongan ulama lain. Selain belajar kepada ulama-ulama di Baghdad,beliau juga belajar kepada ulama-ulama yang ada di Mekkah, seperti Abu Abdillah bin Nazhif, dan ulama-ulama lain yang ada di Irak, Hijaz, dan Al-Jibal. Jika dihitung, guru-gurunya lebih dari seratus orang.

Hal ini tidak seperti yang dialami oleh At-Tirmidzi, An-Nasa’I, dan Ibnu Majah. Khusus dalam bidang ilmu fiqh, ia berguru kepada Nashir Al-Umairi. Ia menyusun karya-karyanya setelah menjadi ulama yang paling ‘alim di zamannya, paling cerdas, paling cepat paham, paling baik akalnya. Kitab-kitab karyanya mencapai 1000 juz. Belum ada seorang pun yang boleh menandinginya dalam menyusun karya-karya seperti yang telah dicapainya tersebut.”

Guru-gurunya

Imam Adz-Dzahabi mengatakan, “Al-Baihaqi mendengarkan hadith dari Abu Al-Hasan Muhammad bin Al-Hasan Al-Alawi, Abu Abdillah al-Hakim, Abu Tharir bin Mahmasy, Abu Bakar bin Faurak, Abu Ali Ar-Raudzabari, Abdullah bin Yusuf bin Banawih, Abu Abdirrahman As-Silmi, sejumlah ulama di Khurasan, Hilal bin Muhammad Al-Haffar, Abu Al-Husain bin Busyrah, Ibnu Ya’qub Al-Iyadhi, sejumlah ulama Baghdad, Al-Hasan bin Farras di Makkah, Janah bin Nadzir, dan sejumlah ulama di Kufah.”

Murid-muridnya

Adz-Dzahabi mengatakan, “Murid-muridnya adalah Syeikh Al-Islam Abu Ismail Al-Anshari, Ismail bin Ahmad (anaknya), Abu Al-Hasan Ubaidillah bin Muhammad bin Ahmad (cucunya), Abu Zakariya Yahya bin Mandah Al-Hafizh, Abu Al-Ma’ali Muhammad bin Ismail Al-Farisi, Abdul Jabbar bin Muhammad Al-Khawari, Abdul Hamid bin Muhammad Al-Khawari, Abu Bakar Abdurrahman Al-Buhairi An-Naisaburi yang meninggal pada tahun 540 Hijriah, dan sejumlah murid-murid lain.”

Karya-Karyanya

Adz-Dzahabi mengatakan, “Al-Baihaqi mendapatkan berkah dalam ilmunya. Ia telah menyusun banyak karya yang bermanfaat. Ia telah memutuskan untuk menetap di desanya dan menyibukkan diri dengan menyusun dan mengarang. Ia menyusun As-Sunan Al-Kabair sebanyak sepuluh jilid. Dalam hal ini, tidak ada seorang pun yang menyamainya.”

Karya-karya Al-Baihaqi yang lain di antaranya iaitu

1-As-Sunan wa Al-Atsar (empat jilid)

2-Al-Asma’ wa Ash-Shifat (dua jilid)

3-Al-Mu’taqad (satu jilid)

4-At-Targhib wa Tarhib (satu jilid)

5-Al-Khilafiyat (tiga jilid)

6-Az-Zuhd (satu jilid)

7-Nushush Asy-Sayafi’I (dua jilid)

8-Dala’il An-Nubuwwah (empat jilid)

9-As-Sunan Ash-Shaghir (satu jilid)

10-Syu’ab Al-Iman (dua jilid).

Meninggalnya

Adz-Dzahabi mengatakan, “Setelah orang-orang mendengarkan pemaparan ilmunya yang terakhir,beliau kemudiannya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia pada tanggal 10 Jamadil awwal tahun 458 Hijriah.Beliau dimandikan, dikafankan, dan dimasukkan ke dalam peti untuk dipindah ke Baihaq, suatu tempat yang jauhnya dari Naisabur dua hari perjalanan unta.Al-Baihaqi hidup selama 74 tahun.”


Sanjungan Ulama Terhadapnya

At-Taj As-Subki mengatakan, “Imam Al-Baihaqi adalah salah satu imam kaum muslimin, penunjuk kebenaran bagi kaum mukminin, dan da'ie yang mengajak kepada tali Allah yang kukuh.Beliau adalah seorang Al-Hafiz yang besar, ahli usul yang cerdas, zuhud, dan membela mazhab baik dasar-dasar mahupun cabang-cabangnya.Beliau adalah gunung dari gunung-gunung ilmu.”

Moga beroleh manfaat dari penulisan ini.InsyaAllah...

Sekian.



My instinct




Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS



Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...


Sebelum itu,saya memohon maaf jika penulisan saya pada kali ini,ada kaitan dengan anda selain dari orang yang saya bakal nyatakan.Dan mohon maaf juga saya dahulukan,saya juga seorang manusia...saya juga kepingan menulis,maka...saya akan menulis apa sahaja.Termasuklah hal-hal politik.Jadi,tidak berlakulah sekatan rakan-rakan terhadap penulisan bersifat yang satu ini.


My instinct,sungguh DEJA VU!


Selalunya mereka selaku golongan yang berpendidikan agama tidaklah meletakkan salah silap 100% atas bahu seorang ulama yang disegani dek kerana penyataan beliau kepada media yang disifatkan keterbukaan.Seluruh blogger-blogger yang berstatuskan USTAZ seakan menyalahkan beliau!

Siapa yang lebih nanar?siapa yang paling nanar?dan siapa yang selamanya nanar?

Sebenarnya,apa yang diperjuangkan sebenarnya seorang muslim berstatus ustaz (mukminnnya belum diketahui lagi ditahap yang bagaimana) dimedan penulisan?sedih,pilu,pedih apabila kita selaku islam sendiri seakan memprovok seorang ulama.

Faisal Tehrani,bukannya kita tidak mengenali beliau melalui penulisan beliau,tapi..tidaklah sampai melampau tahap membidas seorang Tuan Guru!Bukan mengklasifikasikan beliau seorang tua yang nanar.Siapa beliau ini?berani bertindak memperkatakan kewibawaan PAS?walhal,Tuan Guru lahir dahulu sebelum beliau,lebih makan garam.Faisal boleh dikatakan seperti seorang anak kepada Tuan Guru.Tidak perlulah saya rasa mempersoalkan tentang taraf Tuan Guru Nik Aziz dengan selama mana beliau meneraju PAS.Tidak perlu.

Ilmu?tentulah sekali Tuan Guru yang lebih tinggi lagi.Kita sendiri tahu tuan guru orang yang macam mana ~ Perfectionist~ cukup 6 ciri-ciri dalam diri beliau walaupun semua manusia ada kelemahan.Melampau yang teramat saya kira faisal punya entry kali ini.Sungguh,betul,itu adalah hak kita untuk memberi pandangan.Tapi,selaku orang yang belajar agama,sepatutnya beliau memahami.Terus...terang-terangan sudah yang Tuan Guru sendiri katakan,beliau sendiri yang menggunakan kias dalam blog beliau yang membawa pendekatan yang paling tinggi iaitu contoh kepimpinan Rasulullah.Itu pun susah nak difahami.

Nanar,nyanyuk...apa lagi yang dihemburkan kepada seorang ulama.Mengapa ulama?ya...kerana beliau memang seorang ulama dan bukannya penulis buku atau novel murahan.Tiada rasa hormat langsung.Justeru,Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi pun sudah menyatakan jika Tuan Guru Nik Aziz yang menulisnya,mesti diselangi dengan dalil.Nah,faisal?setahap mana dalil yang dikemukakan?Memohon tuan guru turun dari kepimpinan dan digantikan seseorang yang lebih layak merupakan sikap yang biadap!siapa yang layak?memang tuan guru dari zaman Dr.Mahathir lagi menerajui kepimpinan parti.Jadi,apa yang perlu digusarkan dengan statement beliau?Mungkin apa yang dinyatakan oleh tuan guru itu,ada sebaliknya...kerana beliau sendiri sudah berhadapan dengan kes-kes PAS yang sebegini,walhal lebih teruk lagi.

Jangan asyik mengajak orang lain bermuhasabah menuju kepada yang baik,pada masa yang sama...kita sendiri yang membuat.'Saya bukan ustaz,tapi..penulis sastera'..ya,terpulang pada anda!Apa yang penting,kita sudah nampak manusia yang sebegini.Sibuk!orang berkata tentang yasmin ahmad,pun mahu turut berkabung.Untuk apa?

Jangan main-main dengan perlembagaan PAS,jikalau sudah tahu ramai munafik dalam kepimpinan itu.Jangan pandai menuduh tuan guru jika ilmu anda sekecil kuman,dan jangan terlampau petah untuk memprovok jika pakaian kita tidak sehebat seorang guru.Cukuplah!siapa pun anda,hentikan penulisan sebegini.Moga saya sendiri yang mengambil iktibar keatasnya.Duniawi!

Sekian.

Saturday, October 24, 2009

Rindu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya saya tidak meng'update' blog saya yang dirasakan kurang manfaat ini.Dek kerana malas yang menjangkau-jangkau,ditambah 'musim berkabung' membuatkan saya benar-benar bersikap acuh tak acuh terhadap blog.Gone with the wind,itulah ungkapan yang seharusnya saya umpamakan diri saya sekarang ini.Terapung-apung!Immune of gravity...

Dan kadang-kadang seperti hagakure - bayangan yang bersembunyi!
Sembunyi dari apa?siapa?saya pun tak tahu..

Akhir-akhir ini,perasaan rindu buat keluarga menggunung tinggi.Tidak semena.Tidak tahu kenapa...Tak mengapalah,moga-moga ada 'buah' yang bakal dituai untuk keluarga nanti.Baru sahaja saya contact kakak saya.Bosan!Ada beliau,hilang sedikit tahap kebosanan.Terima kasih kak,jazakallah.Seorang yang rapat dengan saya.InsyaAllah kerja buatmu bakal menunggu.Bekerjalah dengan sebaik mungkin nanti.~nanti peliharalah kereta honda accord mu sebaik mungkin~.Jika nanti sudah dapat lesen pilot,jangan lupa daratan.

'Awan kalau dicapai,maka saktilah hamba'-Laksamana Sunan.



seorang yang penyayang!


Suka saya kupaskan erti kata-kata sunan dari sudut pandangan saya,awan kalau dicapai...bermakna,kita kembali kepada Allah,iaitu segalanya kita bernaung dibawah rahmat Allah..maka saktilah hamba...insyaAllah kita akan dirahmati.
Maka kak,insyaAllah...perkara ini bakal menyelusurimu.Tahniah juga buatmu yang bakal menyelesaikan tugasanmu sebagai pelajar.Kerjamu mencari model kapal terbang sana-sini berbaloi.Mechanical airoplane.MATA.Mabruk!

InsyaAllah,kerja elok2..






Monday, October 5, 2009

Laman Quranway

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sukacitanya saya maklumkan bahawa laman Quranway telah berubah wajah.Baru!Jadi,bagi mereka peminat-peminat lagu serta maqamat taranum boleh la melayari Qoranway.com yang terdapat diruangan sebelah kanan blog saya.

Perubahan

Pada web yang terdahulu,laman qoranway telah memperincikan maqamat azan.Tapi berbeza pada wajah baru ini,mereka cuma memaklumkan maqamat sab3ah sahaja.Jadi,Al-muazzinnya,terpaksalah anda sendiri yang mencarinya.Akan tetapi telah ditambah baramij(program) pada laman ini.Bagi pencinta-pencinta taranum,disebelah kiri laman ini telah terdapat maqru'innya.Maka,anda yang mempunyai idola bagi lagu-lagu tersebut bolehlah mengikutinya.Juga boleh download.

Juga disertakan penerangan lagu-lagu dalam bahasa arab.Qutuful marjani fi tartilin ayatil furqan ini merupakan 'words' yang baru.Dan pada laman ini juga,penyampai tausih-tausih lagu juga tidak diperincikan namanya.Agak sukar juga sebenarnya untuk mengenalpasti maqru'nya.Maka,anda terpaksalah membuka kesemua nama tersebut.Bagi saya,saya suka tausih yang diperdengarkan oleh mustafa ismail.

Diharapkan anda dapatlah mengambil input yang berguna dilaman qoranway ini.

Sekian,terima kasih.






Sunday, October 4, 2009

Belasah lagi!


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Maaf,sebelum itu..dimaklumkan bahawa blog saya diupdate secara terus,maka jika terdapat kesalahan pada ejaan dan penggunaan kata yang tidak sesuai,harap maaf.

Pergolakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang terus menjadi titik hitam dalam dunia politik negara.Terus menerus menjadi nostalgia bagi pencinta politik negara pada hari ini.Maka,berduyun-duyun pencinta blog mulai menulis artikal diruangan blog masing-masing.Kritikan,cercaan,pujian serta kata semangat tegar dilemparkan terhadap calon-calon bagi parti yang bertanding.Barisan Nasional mempertaruhkan Tan Sri Md Isa Samad sebagai calon bagi parti kerajaan Malaysia yang juga merupakan seorang bekas menteri besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Begitu juga buat calon bagi parti pembangkang,Parti Islam SeMalaysia,Zulkifly Mohamad Omar bagi kerusi Dewan Undangan tersebut.Kebiasaannya ketua-ketua bagi parti-parti ini akan turut sama turun padang.Namun,pada 3 oktober 2009 jam 9.20 pagi,Ahli Majlis Tertinggi Umno,Datuk Abdul Azeez dinyatakan telah ditumbuk oleh 9 orang penyokong Pas ketika beliau sama-sama ditemani Datuk Ismail Sabri Yaakob sehinggakan mengalami kecederaan tisu lembut.Maka,seorang hamba Allah menggelarkan kes ini,"9 budak hitam".Agak kelakar juga.

Kata Datuk Sabri,'inikah sebuah parti yang mengaku memperjuangkan islam'?Mahu tergelak sambil bergolek rasanya.Hamba Allah ini,memang tidak serik-serik untuk memperkatakan tentang isu islam walaupun terang-terangan beliau ini seorang ustaz di dalam blog beliau.Jurnal Islam?mengarut...Mungkin profesion sahaja yang menyamarkan keustazan beliau.Hakikatnya,saya berani katakan,beliau seorang liberalis.Ya,sesuai.Sungguh!

Tidak perlulah kita panjangkan isu bagan pinang ini.Padahal pada masa yang sama,Mursyidul Am Pas menafikan kes '9 budak hitam' ini melibatkan pemuda pas.Ya,kerana pakaian tentu sekali tidak semestinya mencirikan seseorang itu adalah penyokong pas.Rasanya,Datuk Azeez sendiri pernah memakai kopiah putih,kemas berbaju melayu dan berseluar hitam.Adakah beliau seorang pemimpin PAS?nah ustaz!

Saya benci sikap atas pagar ini.Seolah-olah tidak ada keyakinan.Hendak disokong kerajaan,merasa bersalah tidak menyokong parti islam.Mahu menyokong pembangkang,rasanya..siapalah lagi mahu memberi perlindungan terhadap kita?mahu memberi kemudahan pelajaran anak-anak,memberi makan,dan sebagainya.Maka,bangkitlah pula isu patuh pemimpin vs patuh Islam.Siapa yang kita pilih,menuju mardhotillah atau menuju pemimpin (tolak islam).Lali asyik diperdebatkan dengan golongan jahil.Ulama Umnokan wujud..Zaman bila?

Kalau isu karpal singh tolak tubuh islam,dihentam habis-habisan di parlimen.Bagaimana pula isu isteri-isteri menteri dedah aurat?Isu murtad?arak?Jangan risau..kita ada puteri-puteri islam yang bakal menjawab isu ini.Siapa?Sister In Islam (SIS)?Wah,ulama kontemporari.Hancur rasanya maruah islam jika orang islam sendiri memfitnah sesama islam.Tidak cukup,Islam dijual semata-mata kepentingan peribadi.Dunia semuanya!Puas sudah rasanya mendengar isu Malaysia negara islam.Ya,islam agama rasminya.Yang mengaku SIS pula berapa kerat sangat yang menutup aurat?Marina Tun Dr.Mahathir,Norin Tun Abdullah,Zarina,dan lain-lain lagi semuanya beragama islam.Maka,mereka menggelarkan SIS.Betul,pemimpin tertinggi kepimpinan.Kelakar betul islam yang sebegini.

Saya pernah berhadapan dengan seorang saudara saya.Bila dihadiahkan tudung labuh oleh Bonda saya,maka dia menjawab..'jadi orang PAS la aku selepas ni'.Persepsi orang islam sendiri yang sebegitu.Jumud dalam memikirkan islam.Merumitkan islam yang mudah.

Maka,marilah kita memuhasabahkan diri kita masing-masing dalam menegakkan islam.Betulkah tariqahnya jika memperjuangkan islam,membuka aurat?berseluar pendek?isu saudara kita ditembak disana-sini kita tidak hiraukan,alih-alih isu kepimpinan yang tak sudah-sudah dipanjangkan.Sampai bila?fikir-fikirkanlah...

Sekian.




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates