Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, November 24, 2009

24 November ke?


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Wah,saya dah salah tarikh la..saya ingatkan 9 nyawa akan dipublishkan dipasaran pada 25 Disember,rupa-rupanya 24 november = rabu = hari ini (waktu malaysia).

Dikesempatan ini,ucapan tahniah diucapkan buat abg RAM diatas kejayaan sebuah lagi novel beliau,9 Nyawa.Tahniah.Bilalah agaknya nama kita pula kan yang akan disenaraikan oleh abg RAM?(bak kata Dato Marsani la)..hehehe..

Selamat Membaca!

p/s ; (ahli kelabRAM yang diluar tanah air yang paling dicintai,kalau tak dapat novel..terpaksalah baca sinopsis..)hehe..

Akimsensei dan Dato Marsani tak nak postkan novel pada saya ke? :)

Sekian,terima kasih.

Saturday, November 21, 2009

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Ab Aziz



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Amin : "Belajar rajin-rajin,jangan lupa contact nanti''

Saya : "ok,insyaAllah..nanti kalau ada berita baru,bagitau la ye..jangan
lupa kirim salam pada ma dengan abah''


Dialog diatas bukanlah petikan dari mana-mana buku
teks tahun 1 atau 2,atau dipetik dari buku-buku komik pembangunan kanak-kanak...tetapi,itulah antara bualan terakhir saya bersama ustaz al-amin @ abang amin semasa beliau masuk ke perut flight melalui telefon pagi tadi.Bualan yang hanya mengambil masa 2 minit itu,cukup menyentuh perasaan masing-masing.

Mengapa menyentuh?tersentuh dan sebagainya?

Sebenarnya,agak sukar untuk saya menerima kenyataan yang beliau sudah meninggalkan bumi morocco.Mungkin kerana hubungan persahabatan kami sudah masuk tahun yang ke-8,maka berkemungkinan itulah faktornya.Ya,sudah 8 tahun persahabatan kami terjalin.Maka,dimana mahu saya kelaskan beliau?tentunya sebagai seorang sahabat.


Al-Amin,seorang yang tegas,selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya khususnya dalam bahasa arab yang kadang-kadang saya merasakan beliaulah yang banyak memperbaiki tahap bahasa dan komunikasi saya selama keberadaan saya di maghribi.Jasa beliau tidak sesekali saya lupakan.InsyaAllah.


Bertitik mula saya diterima sebagai pelajar di Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini,Bandar Jengka,Bandar Tun Abd Razak sudah cukup membuatkan saya mengenali beliau.Alhamdulillah,kami mula menjadi rapat adalah ketika saya menjadi anak buah usrah beliau.



Kemuncaknya adalah ketika beliau tingkatan 4,sewaktu abang saya,ustaz syarif menjadi guru disekolah tersebut dan mengajar beliau insyak mutalaah(kalau tak silap atau mungkin adab nusus).Terharu saya kerana dapat melihat kesungguhan beliau dalam mengulangkaji pelajaran bagi menempuhi Sijil Menengah Agama (SMA) Pahang,siang dan malam tanpa jemu.


Alhamdulillah,saya sendiri yang menyaksikan saat-saat genting beliau ketika bergelar pelajar terbaik keseluruhan SMA peringkat negeri pahang bagi tahun 2004 sekaligus berada di'ranking' pertama ketika anugerah wacana kecemerlangan oleh menteri besar pahang.


Walaupun ketika itu beliau sibuk menguruskan Pe
rsatuan usahawan muda(PUM) iaitu sebagai pengurus syarikat As-Syababun Najah Sdn.Bhd.,beliau masih mampu menempa nama sebagai pelajar cemerlang.Tidak malu saya katakan,beliaulah yang mencetuskan idea saya semasa saya bersama pengurus yang lain mengendalikan syarikat ini(nama syarikat kami tak nak ubah sebab nak tunjuk identiti sekolah) dalam penghasilan produk dan perkhidmatan terbaik.


Contoh projek 'sayang adikku sayang' adalah merupakan idea bernas yang segar dari beliau.Maka,pada waktu pengendalian saya,saya telah meminda idea ini kepada 'projek Al-Kauthar' iaitu mempelajari kaedah bahasa arab melalui sebutan dan tindakan.Begitu juga anugerah produk terbaik yang beliau ketengahkan adalah 'lampu SN'.


Maka,saya telah memindanya kepada 'SN shelf' iaitu sejenis rak kasut yang bersiren automatik.Alhamdulillah,pada tahun beliau,beliau telah merangkul banyak anugerah dikonvensyen usahawan muda peringkat negeri pahang.Suatu program yang cukup kami minati.


Teringat sewaktu kami menyertai debat bahasa arab ala parlimen peringkat masisupa di SMA Al-Ihsan,Kuantan (sekolah ustaz md noor) 2005.Sekali lagi saya berganding bersama al-amin.Pada mulanya,kami sudah bersedia 100%,tapi nak dijadikan ceritanya...tajuk debat telah ditukar oleh pihak pengurusan pada saat-saat terakhir iaitu 24 jam sebelum pertandingan bermula.Maka,kelam kabut semua.Saya bersama seorang lagi senior,Siti Fatimah Miskan cukup tertekan dengan situasi sebegini kerana kami tidak mampu untuk menghafal teks 2-3 helai dalam masa 24 jam.Waktu inilah,kami ditenangkan oleh Al-Amin,yang banyak menasihati kami.


Masih ingat lagi ketika itu,guru-guru matapelajaran arab semuanya memberi semangat pada kami.Dimulai dengan ketuanya,ustaz haidhir,ustaz shamsuri kamal,ustaz abdul wahab (dari iraq),ustaz muhammad,ustaz syarif,ustazah asmanizam,ustazah aza zuraini dan ustazah norazilawati.

Ustazah Asmanizam

Sedih ketika itu,melihat kesungguhan ustazah asmanizam dalam memperdengarkan bait-bait syairnya mengikut intonasi arab yang betul dan tepat.Tidak kurang juga ustaz abdul wahab yang sanggup memberikan majalah-majalah dari iraq semata-mata untuk dijadikan fakta kes.Sungguh tak tersangka waktu ini.



Inilah pengalaman kami bersama.Kenangan bersama beliau sehingga ke hari ini,saya masih mampu menceritakan bagai semalam kejadian itu berlaku.Sebenarnya,kami berasal dari latar belakang keluarga yang hampir sama.Jadi,senang bagi kami mencari keserasian bersama.

Cikgu Fariza Binti Salleh

Cikgu fariza,merupakan bonda kami yang lansung tidak pernah kami berdua lupakan.Seorang yang tegas tetapi peramah orangnya bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajarnya matapelajaran sejarah PMR.Beliau yang juga merupakan guru penasihat badan pengawas sekolah cukup kami kagumi.Tidak malu saya katakan disini,kerana beliaulah kami disini,mencapai kejayaan.Al-Amin,seingat saya tak pernah berhenti berhubung dengan beliau sejak mula-mula menjejakkan kaki ke morocco lagi.Ada sahaja berita dari al-amin,maka cikgu fariza akan sampaikan pada saya.


Disini,saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada al-amin andai pernah terkasar bahasa sepanjang kita bahkan rakan-rakan yang lain membina ukhuwah.InsyaAllah,kalau ada rezeki,jumpa lagi.Beliau,kami selalu gelarkan 'lagenda bahasa arab' sentiasa kami ingati.Bak kata Natasya (Jordan) ketika menghubungi saya semalam,'kami dah 4 tahun tak tengok al-amin,ketua kami'.


Teringat petikan sinopsis hatiku diharajuku,oleh ramlee awang murshid berkata:
anda mungkin tidak menyukai perkataan sayonara!(lebih kuranglah macam tu)Sayonara dari Noriko buat Ryu watanabe atau sebaliknya?

Sayonara!

Sekian,terima kasih.


Wednesday, November 18, 2009

Fenomena KCB



http://img.bukabuku.com/wm.php?i=paketketikacintabertasbih.jpg



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...


"Alhamdulillah,aku sudah lulus!!''

Lebih kurang begitulah dialog diantara khairul azzam,mahasiswa indonesia dan sahabatnya yang mengkhabarkan keputusan peperiksaan bagi khairul azzam setelah 9 tahun menuntut diMesir.

Ketika cinta bertasbih julung-julung kalinya mempersembahkan Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy) sebagai pelakonnya.Tahniah Kang! 'lakonan bikin mantop'..hehe.

Filem KCB ini julung kalinya dibuat pengambarannya dinegara Mesir selepas mendapat persetujuan Kerajaan Mesir setelah filem Ayat-ayat cinta (AAC) ditolak permohonan oleh mesir dan terpaksa dilakukan di India.

Apa yang membuatkan saya rasa tersentuh juga,apabila melihat sekumpulan pelajar Indonesia yang bertutur didalam bahasa arab.Saya rasa teramat puas dek kerana melalui filem ini,kita dapat mendengar barisan pelakonnya yang berbahasa arab bertutur bersama orang arab.Itulah yang saya mahukan.Tidak seperti Ayat-ayat cinta walaupun menggunakan pelakon indonesia,tetapi pelakon-pelakon yang dibariskan berbangsa arab seperti 'aisya,bahadur,nora dan arab sekeliling' hanya bertutur dalam bahasa indonesia.Jadi,persembahan yang kurang menarik.

Walaupun ayat-ayat cinta dilihat lebih menarik penceritaannya,tapi bagi saya...saya lebih memilih KCB kerana ianya betul menggunakan bangsa arab sebagai pelakon bagi watak yang dipersembahkan kang abik.

Hati saya makin tersentuh apabila melihat kesusahan seorang mahasiswa yang terpaksa mencari wang saku lebih dengan menjual bakso dan tempe adalah bagi menampung keluarga di Indonesia dan keperluan hariannya.

Apa yang cuba saya mahu gariskan disini adalah,keadaan seperti itu yang berlaku kepada kami selaku mahasiswa pengajian islam.Part ini sebenarnya yang menyebabkan saya betul-betul tidak sayangkan air mata.Mengapa?sebab...bagi saya,tiadalah hari yang lebih bahagia bagi mahasiswa melainkan hari 'dapat result'.Wah,sungguh menyentuh jiwa part ini.Makin menguatkan jiwa saya apabila keadaan ini yang pernah diceritakan oleh abang saya.Dahulunya,kita tidak nampak atau tahu keadaan mahasiswa pengajian agama.Tapi,setelah melihat filem ini,sedikit sebanyak sudah memberi ruang pada tafsiran minda saya perihal masyarakat arab mesir (sebab saya bukan mahasiswa mesir).

Walaupun ada juga pertuturan yang menggunakan bahasa ammi mesir,tapi..mereka masih lagi menggunakan arab fushahnya.Cuma kadang-kadang bercampur.Setakat ini,kita masih lagi menunggu KCB yang kedua untuk ditayangkan.InsyaAllah.Saya agak lewat untuk berkongsi pendapat tentang KCB ini.Maaf.

Membaca novel dan menonton filem adalah 2 perkara yang berbeza.Saya memandangnya dari sudut apabila novel,segalanya boleh kita tulis dan baca.Terhenti disitu.Akan tetapi,menonton filem pula,kita akan dapat menjiwai watak yang cuba disampaikan.Contohnya,jika pelakon cuma bertutur dalam bahasa arab tetapi tidak pekat lahjahnya,bagi saya,filem itu tidak berjaya sebenarnya.

Semoga kalian pun seperti saya.

Sekian,terima kasih.

Nantikan kemunculan KCB yang kedua.

Sunday, November 15, 2009

Galaksi




See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sudah lama saya tidak mengikuti berita ' Galeri Astronomi ' sekolah saya.Dahulu,selalu juga mengikut perkembangan website cakerawala,alam semesta kita ini.Maha suci Allah yang menjadikan matahari,siang dan malam,bulan dan bintang,tumbuhan,binatang,dan segala isi didunia mahupun seluruh galaksi ciptaan Yang Maha Agung ini.

Setiap kali saya membuka galeri ini,rasa tersentuh melihat ciptaan Allah Taala.Ya,mengapa?kerana...saya dapat melihat pembentukan galaksi melalui gambar-gambar yang telah diambil oleh stesyen angkasa lepas NASA.Pelbagai jenis archive yang diupdate tiap-tiap hari dari NASA!!Maha suci Allah.Takjub saya.Sungguh cantik.

Ingat lagi ketika mula-mula merasai naik flight dulu,rasa kerdilnya diri tatkala melihat kebesaran ciptaan Allah taala.Langit terbentang luas,awan yang berkepul,ditambah pula biru serta putihnya warna langit dan awan.Takjub!

Dibawah ini adalah gambar-gambar yang menunjukkan 'universe image'...

The Ring Nebula

See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.

-Ini yang diambil bertarikh 15 November 2009 (hari ini)


Ring Nebula Deep Field

See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.

-Ini bertarikh 6 November 2009



Galaxy merger (from hubble)


See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.
-Ini pula bertarikh 9 November 2009



Galactic Center


See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.

-Ini pula pemandangan dari pusat galatic bertarikh 11 November 2009.


Molecular Zone (Bertarikh 10 November 2008)


See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.



Tarantula Nebula(11 November 2008)

See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.



Galaxies of ARP 147 (4 November 2008)


See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.


Rasa terkedu seketika melihat ciptaan Allah taala.Allahuakbar!

Firman Allah taala :

"Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu?"
An-Najm;55


"Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."
Saba;1

Mengenal Sains melalui Al-Quran,Saintifiknya Al-Quran,kejadian milkywave termaktub didalam Al-Quran dan sebagainya adalah tajuk-tajuk fiksyen yang mendedahkan kaitan Al-QUran dan Sains.

Dahulunya,saya pernah bercita-cita mahu menjadi ahli falak supaya dapat tengok dan mempelajari galaksi.Apapun,kadang-kadang minat dan cita-cita tidak berjalan seiring.Adakala haluan berlainan.

Ilmu,kita namakan.Biarlah minat itu menjadi ilmu.InsyaAllah asal niat ikhlas kerana Allah taala.

Credit kepada murabbi saya,ustaz faridzul izan diatas pengendalian website ini.Terlalu berguna buat kita selaku dahagakan ilmu Allah.

Sekian,terima kasih.



Saturday, November 14, 2009

9 Nyawa


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum...


Seorang sahabat bertanya,..'kenapa setiap entry enta mesti bermula dengan BASMALLAH dan SALAM?'

Jawapan yang ringkas telah saya berikan..'sebab itu stail ana'..hehe..(rasa comel pula soalan macam tu).

Baiklah,akibat kerana fanatik yang teramat sangat pada novelis thriller No.1 Malaysia ini,maka saya tak putus-putus bertanyakan khabar pasal novel terbaru 9 Nyawa.Kesian Dato marsani sebab selalu sangat saya bertanyakan pasal novel terbaru ini.Dijangka akan ada dipasaran pada minggu depan.Tiba-tiba,bertukar pula,ditunda pada 25 Disember nanti.Terpaksalah tunggu lagi.

*Al-Baihaqi!ada soalan disini...

*ya???silakan...

*AB kan ada kat morocco,macamana nak dapatkan novel 9 nyawa tu?

Jawapannya....
???
-Saya tempah pada sesiapa yang nak datang ke sini.

Disini,insyaAllah akan saya sertakan sinopsisnya yang saya copier and coller (dalam francenya) dari RAMFC.~inilah kerja copy and paste saya untuk blog buat kali ke-2~hehe..

Sinopsis:

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Dan asalnya begini...

Ini yang abg RAM punya sinopsis awal...

"Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.


Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.


Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.


Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.


9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.


Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.


9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.


Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’."

Saya bila baca saja dialog 'maukah kamu mendengar tawaranku?' 'sebagai manusia aku sayang padamu' terus saja terbayang Laksamana Sunan.Bagi saya,kebanyakan novel abg RAM adalah berkisar hijab manusia.Seperti yang kita lihat dalam trionovel,Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.Sukar untuk ditafsirkan melalui akal fikiran,tetapi itulah yang dikatakan epik,bukannya merepek.

Resensi saya pun dah semakin bertambah,maka...insyaAllah saya akan membuat ulasan serba sedikit tentang novel Ramlee Awang Murshid juga,berjudul Mikhail dan Meniti Maut karya Eyman Haikal.InsyaAllah.

Sekian,terima kasih.


Selamat Hari Lahir....


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...



Ayah

Entry kali ini,just s
emata-mata nak mendedikasikan ucapan 'selamat hari lahir',
buat ayahanda saya,Mohd Yusof Bin Hamzah yang ke 63,(dah 63 tahun dah umur ayah).Tahun ini,saya tak dapat bagi hadiah secara mubasyarah untuk ayah macam tahun-tahun sebelum ini.Apa-apa pun,walaupun dah terlebih sehari wish dan terlewat pula post entry diblog,saya ucapkan selamat ulang tahun ayah,(saya tahu ayah takkan baca blog,just kakak yang inform),
tapi..rasa kena update juga.

Lahir pada 30 oktober membuatkan kami adik beradik tak pernah lupa akan tarikh ini.Ayah,walaupun seorang yang amat tegas,tapi penyayang dengan anak-anaknya.Dan disebalik ketegasannya itulah membuatkan kami adik beradik berjaya serta dapat menjejakkan kaki ke menara gading.Terima kasih ayah.

Ingat lagi ketika hari raya aidilfitri yang lalu,ayah nakk
an video ucapan raya dari saya,tapi nak dalam bahasa arab.Saya membalas..'cukup dah khatib yang baca khutbah dalam bahasa arab,ayah'.Ayah menjawab..'hantar aje la,ayah faham bahasa arab ni,ingat peneroka tak pandai ke?'..Berderai ayah ketawa.Tahun lepas,mungkin saya dapat dengar nasihat ayah secara mubasyarah tanpa ada hijab,tahun ini?huhu..

Sebelum saya terlupa,ingin juga saya dedikasikan ucapan birthday untuk kakak saya,kak jue yang ke 27 pada 3 november.Selamat ha
ri lahir kak!semoga berbahagia kak.Sedih saya rasa kerana majlis perkahwinan kakak berlangsung tanpa kehadiran saya.Akak graduan Universiti Manhai,syukbah TESL amat tegas dengan pelajar-pelajarnya.Selalunya bila saya call...dia akan cakap 'adik,student malas la!'..Saya jawab..'biasa la tu,budak SPM,mesti la malas'..hehe

Pesanan untuk kak,jangan garang sangat dengan anak murid..



Akak masa bagi speech kat studentnya..jangan garang k teacher jue!


Dan tidak dilupakan buat anak buah saya,Nurul Hidayah,2 tahun,lahir pada 2 november..happy birthday adik!(tak ada hadiah tahun ni pak su nak bagi)...hehe

Nurul Hidayah dengan Umienya

Sekian,terima kasih.

p/s;sori lambat...(kak)



Monday, November 2, 2009

Dr.Mohd Asri Zainal Abidin



















Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Malaysia digemparkan dengan penahanan Dr.Mohd Asri Zainal Abidin (bekas Mufti Perlis Indera Kayangan) oleh JAIS.Dikhabarkan penahanan itu berlaku ketika Dr Asri memberi ceramah kepada kira-kira 100 orang tanpa tauliah disebuah banglo.Sungguhpun beliau bekas mufti,tindakan penceramah yang perlu kepada tauliah amatlah perlu dititikberatkan.

Terus-isu perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua YADIM tidak disokong oleh sebahagian ulama malaysia sehingga mereka berani menghantar memorandum perlantikan Dr.ASri.Antara mereka yang terlibat adalah :

1- Persatuan Peguam Syarie Malysia


2-Persatuan Peguam Muslim Malaysia

3- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

4-Persatuan Ulama Malaysia

5-Jemaah Islah Malaysia(JIM)

Dan ramai lagi.Memorandum bantahan ini akan dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong,Tuanku Mizan selaku ketua agama islam negara.Bantahan ini kerana,Dr.Asri dari dulu,sehinggalah ke hari ini sering mempertikaikan undang-undang syariah dan mahkamah syariah malaysia apabila berdepan dengan kes-kes soal agama,talak pernceraian,kahwin,hak penjagaan anak,harta dan sebagainya sehingga yang terbaru kes sebat Kartika.Beliau yang juga merupakan penulis kolumnis Dr MAZA (minda tajdid) sering mempertikaikan Jabatan-jabatan agama islam serta Majlis agama islam negeri dalam mengendalikan kes-kes syariah.

Beliau juga sering mempertikaikan kebolehan mufti-mufti dinegeri masing-masing sehingga menimbulkan perbalahan dan tidak senang mufti-mufti.Terlalu fanatik kepada aliran beliau sehingga mendakwa beliau adalah beraliran ahlussunnah waljamaah sedangkan pada masa yang sama beliau menolak dan menafikan pandangan ahlussunnah wal jamaah mengenai kepercayaan ahlussunnah dalam bab fiqh seperti mazhab syafi'e,maliki,hambali,hanafi serta pandangan ulama.

Akibat dari fanatik beliau ini,maka majlis-majlis agama telah menyekat dan pengikutnya dari terus memberi ceramah tanpa tauliah.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates