Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, December 28, 2010

Saya berani...anda bagaimana?



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sejak akhir ini,cerita mengenai syiah banyak yang masuk keluar telinga saya.Bak pepatah melayu : (saya ambil manfaat dari makna yang lain) sorong papan tarik papan yang merujuk kepada berita tersebut sedia keluar masuk telinga saya tanpa rasa segan silu,jauh sekali mengucapkan salam.

Pun begitu,saya bukanlah manusia yang hebat dalam bidang agama..cuma rasa ingin berkongsi sedikit apa yang saya rasakan (ilmu) bagi saya.

Pertamanya,saya cukup kasihankan saudara saya (tak perlulah saya sebutkan namanya),seorang doktor falsafah yang baru disandangnya baru-baru ini,juga merupakan seorang penulis novel terkenal tanah air yang dicopkan sebagai syiah.

Saya cukup faham akan perasaan beliau dan mengapa beliau beranggapan begitu.Mengapa beliau dilabelkan sebagai syiah melayu,kerana mutakhir ini setiap entri beliau sentiasa mengisahkan syiah..iran..turkey..dan sebagainya.
Atas alasan beliau adalah seorang sunni (fahaman aqidah),tapi merasa kasihan kepada mereka golongan syiah yang sentiasa ditindas dan dikatakan sesat sehingga hari kiamat.

Jika diberi pilihan berhadapan dengan beliau,apa yang anda ingin sampaikan kepada beliau?

Jika saya - pasti saya ingin berdialog untuk mengetahui apa sebenar yang bermain difikiran beliau sehingga masyarakat malaysia khususnya melabelkan beliau sebagai berfahaman syiah.Mungkin juga sesuatu telah dilakukan sehingga orang awam mengklasifikasikan beliau sebagai syiah.

Duduk perkara sebenar.

Jika anda membaca blog beliau,(khususnya mereka yang berfahaman sunni - ahlus sunnah wal jamaah) membuatkan reaksi hormon (marah) anda tidak seimbang.(walhal) Jika diteliti penulisannya,banyak yang rompong dan boleh diperdebatkan hebat - sehingga mematikan hujah beliau.Kerana sayang sekali beliau berfikiran sebegitu.

Saya cuba maksudkan disini,beliau ingin meng 'cover' golongan syiah atas dasar keprihatinan dan belas kasihan,tapi..jawapan dan kaedahnya adalah salah dan sama sekali boleh diperdebatkan sekaligus menjatuhkan hujah beliau.Kerana alasan dan pangkal pokok adalah lemah.

Perkara akidah jangan dibawa main.

Pertamanya,saya ingin membawa anda pulang semula kepada sirah kita.Bagaimana wujudnya syiah ini?adalah titik mula dari peperangan siffin..jika itu adalah benar,mengapa perpecahan yang dimulakan oleh golongan tersebut kita inginkan sebagai ikutan akidah?itu keutamaan jawapan anda.

Kedua,jika dilaman blog beliau habis-habisan mempertahankan syiah yang dianuti (melayu - syiah) iaitu:bukanlah jenis golongan seperti dari Iran dan Pakistan yang apabila sesuatu peristiwa,mereka suka menepuk-nepuk dada sehingga berdarah.Permasalahannya mereka itu syiah,dan tetaplah syiah..walaupun mereka bukan dari golongan yang meluka-lukakan badan,hakikatnya itulah syiah (yang berhaluan dan sehingga hari kiamat asyik mengatakan Muawiyah adalah pengkhianat agama!) - bayangkan sahabat dilabelkan begitu.Jika secara logiknya,kalaulah bukan kerana Muawiyah yang banyak memimpin peperangan,(secara logik akal kerana faktor memilih panglima perang juga adalah isu),mungkin sekali (dengan izin Allah taala) peperangan terhadap kafir tidak dimiliki umat islam ketika itu.Lantaran itu,membawa keselamatan yang amat kepada mereka (berhaluan syiah - ketika peperangan siffin).

Ketiga,mereka mengagung-agungkan Saidina Ali bin Abi Talib,hatta azan pun ditambahkan Ali..adakah pertepatan dengan azan yang dilafazkan oleh (bilal bin rabah)..sungguhpun azan bukanlah ayat quran,seharusnya kita melihat ini adalah apa yang disampaikan dan dilakukan pada zaman Rasulullah sehingga kini.Persoalan :Adakah Rasulullah dilupakan?

Keempat,saya secara peribadi tidak menyukai mereka (penulis) menulis nama-nama imam mereka dengan meletakkan pangkat (doa saya tahu) dipangkal atau dihujung seperti contoh as-syeikh,(a.s),dan sebagainya sekaligus mengangkat martabat mereka melebihi Rasulullah.Sedangkan cara penulisan nama para anbiya pula tidak disertakan dengan sebegitu rupa?

Kelima,mengapa Saidina Hussin?jika masyarakat arab..seseorang perlu dijadikan role model untuk menaikkan semangat juang (khususnya para pejuang agama).Lantas Saidina Hussin diagung-agungkan dek kerana beliau yang syahid ketika peperangan.Ini tidak salah sebagai hanya menaikkan semangat juang orang muslimin,tetapi bukanlah sehingga melupai dan mengetepikan sahabat lain untuk dijadikan 'roh' juang.Mengangkat martabat Hussin sahaja melebihi sahabat yang lain?

Jawapan saya mengenai penulisan (novelis itu) terhadap respon beliau - fatwa yang telah dikeluarkan oleh bekas Penasihat Istana Negara,Datuk Hassan Din Al-Hafiz berhubung isu kahwin 'mut'ah' - dan perkahwinan diantara mazhab (akidah) sunni dan syiah yang menjurus kepada zina sehingga jika si isteri melahirkan anak,maka anak itu adalah anak zina..(bermaksud ber 'bin' kan Abdullah).

Di dalam entri (terbaru) beliau ada menyebut tentang - bermafhum - Datuk Hassan adalah menqazafkan mereka yang kahwin (sunni-syiah,syiah-syiah) termasuk mereka yang menuduh zina. (Mafhum lain ibarat Datuk Hassan memfitnah wanita solehah berzina).Apakah ini?

Qazaf = Menuduh seseorang wanita solehah berzina.

Saya ambil satu contoh : Mariam,ibu Isa 'Alaihissalam melahirkan Isa tanpa bapa.Diragui oleh masyarakat sekeliling dengan menuduh Mariam berzina.Maka itu kita boleh katakan sebagai qazaf.

Adapun jika beliau (Datuk Hassan) berkata sedemikian,maka beliau sedang berFATWA.Berfatwa dan menuduh orang berzina adalah sesuatu yang berlainan..kerana jika bukan beliau (ulama) berfatwa atau berijtihad,maka sesuatu hukum agak sukar dicapai (berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi).
Dan jika bukan beliau (ulama),kita nak harapkan siapa lagi perihal agama.Artis?

Pun jika melabelkan Rosmah Mansor pula kuno dalam bab fesyen islami..iapa pandangan anda pula jika menyanjung si (peraga fesyen) bertudung tapi menampakkan jambul dihadapan?Tidaklah islami sebegitu.

Terkesannya apabila mewarning masyarakat,khususnya blogger dan forum berkata tentang beliau..maka,sudah,cukup-cukuplah bercakap tentang syiah yang membawa kepada fitnah untuk diri sendiri walhal anda bukanlah sebegitu.Bagaimana mahu 'memotong' tangan blogger-blogger dari terus menulis sedangkan anda belum berhenti dari menulis tentangnya.

Bayangkan anda seorang ulama,anda berfatwakan sesuatu yang perkara..tetapi tidak dipersetujui (adalah biasa),malahan (fatwa anda tadi) disabitkan sebagai hudud iaitu qazaf!Cetek ilmu seorang yang mendalami agama jika perbuatan memberi fatwa dan menuduh itu tidak tahu dibezakan.

Diakhir zaman ini,saya rasa apa yang perlu dilakukan oleh kita orang yang beragama,perlulah menyatu-padukan umat islam,mengingatkan agar yang lalai kembali 'segar' semula dengan apa yang mereka lalui.Itu adalah kita.

Saya sebenarnya amat rindukan penulisan beliau di blog (rujuk sastera) - kerana gaya penulisan beliau amat saya minati.Mulut manusia sampai bila tidak boleh ditutup,walaupun disaman sekalipun.

Waallahua'lam

El-Byhaqi,Rabat

28 Disember 2010

Monday, December 27, 2010

Kalau tak jadi,jangan la sedih..

Pictures Of Kaabah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Kerja-kerja 'blog running' masih berjalan seperti biasa..
Walaupun esok exam untuk subjek maqasid (kalau mak aku tahu aku tak study sekarang confirm aku kena hukum hudud! haha)..aku terpaksa juga meneruskan 'blog surfing' aku ni - walaupun terdetik juga nak baca (baca dah sikit sebenarnya)..

Sedang aku 'jalan-jalan sambil mengesot' dari satu blog ke satu blog..aku terbuka blog seseorang yang tinggal di saudi..ya,saudi arabia..

Sebut sahaja Saudi mesti teringatkan tempat suci bagi setiap muslim..
waima manusia yang 'jauh' dari Tuhan,pun disudut hati aku percaya mereka masih lagi merasakan itulah tempat yang terbaik di dunia ini.

Aku tahu semua manusia mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke sana.. khususnya umat islam.

KAABAH

Hati jadi sedih..kerana tak kesampaian..

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian,aku sudah.....(sambung la ayat sendiri) untuk ke Saudi pada cuti musim panas yang lepas..tapi,mungkin Allah tak mengizinkan lagi,bukan rezeki aku..Allah meletakkan sesuatu yang lebih baik lagi buatku.

Maka,bersangka baik dengan Allah itu adalah sifat orang yang beriman.. ^-^


Aku terpaksa berkorban segalanya..untuk buat urusan visa yang teramatlah susah,ditambah lagi dengan kerenah pihak kedutaan saudi..Ujian sebelum anda pergi menjadi tetamuNya.Segala dokumen sudah aku sediakan,tapi masih ada ujian dan dugaan dihadapan yang aku tak tahu.Kuasa Tuhan kita tak boleh duga.

Aku masih belum terpilih..

MasyaAllah...

Aku tak putus asa,maka hati dirawati dengan diisi pergi ke tempat lain yang hampir kepadaNya aku rasa..Alhamdulillah,hati berjaya dirawat.

Pun begitu,setiap kali melihat foto-foto sahabat yang berkunjung ke sana,membuatkan hati aku pilu..jeles sebab mereka sudah menjadi tetamu..
Ya,hati aku sudah lama berada disitu sebenarnya..(sedih pula)..
Untuk ubat hati serta memotivasikan diri juga,aku selalu tonton filem islami indonesia - emak mau naik haji.. (masyaAllah..sedih,hajat tak kesampaian..bagus untuk ditonton la)

Di saudi sana,aku mempunyai saudara mara..ya,sepupu mak aku yang selalu mak ceritakan pada kami adik beradik..kami tak pernah pun berjumpa..sebab,masa mak kecil lagi,sepupu mak dibawa ke saudi,berkahwin pula dengan orang arab..cuma yang tidak menjadi putusnya darah daging,nenek kepada sepupu mak aku (mak saudara mak aku - Tok Teh - adik nenek aku - merangkap juga nenek saudara aku *konfem korang pening kan baca salasilah ni?haha) pernah menyusukan mak aku dulu..so,mak aku dengan sepupu lelaki dia memang tak tanggal wuduk,sebab saudara sesusu adalah seperti adik beradik halnya.

Kali terkahir dia pernah balik malaysia sekali dulu masa nenek balik dari haji..lepas itu dia tak pernah balik..so,kalau jadi,ingat memang nak duduk rumah dia..tapi yelah kan,kami sepupu-sepupu tak pernah jumpa dah..anak beranak dia pun dah semua cakap bahasa arab..anak-anak dia pula (dua pupu aku) kahwin pula dengan arab menyebabkan tradisi keluarga arab - melayu tak henti-henti.So,yang kenal sesama mereka hanyalah mak aku dan nenek aku sahaja.

Ok,stop pasal cerita keluarga aku di Mekah..(panjang lagi ceritanya)!

Jadi,baik kita bermuhasabah,apa sebenarnya yang menjadi penghalang?mungkinkah sebenarnya aku masih belum bersedia?atau Allah mahu meletakkan 'sesuatu' yang terbaik buatku?dan aku tak putus berdoa moga Allah sampaikan aku ke sana juga suatu hari nanti,Wallahua'lam.

Mudah-mudahan Allah bagi yang terbaik buat kita semua..ada hikmahnya.. ^-^

Nasihat aku : kalau tak jadi,tak apalah.Cuma bersedialah untuk hari-hari yang mendatang..

Aku terlampau emosi la pulak! huhu

Byhaqiy,Rabat


Sunday, December 26, 2010

Jadwal..




Salam..

Selesai sudah 'blog walking'..tiba giliran untuk aku menghuphate pula..
Nak ada mood untuk update blog ni senang aje..anda2 perlu buat 'blog running' sahaja..haha

InsyaAllah,idea datang sambil mengesot..!

So,tiba2 pula rasa nak huphate blog aku ni disebabkan aku baca blog encik syahidd bersama hausmetnya encik azim..malas nak cerita pasal blog huma sekalian..yang pastinya,ketika anda membaca,sila bayangkan mereka berdua berada dikiri dan kanan anda sambil menggeletek pinggang ramping anda..haha

so funny!

Juga mood english aku yang tak habis2 lagi..

Nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ada subject english..dalam kelas untuk semester kali ini memang aku pasive aka malu2 macam tu,tak macam semester 3 yang lepas..aku teramat lah aktif..so,dalam kelas tempoh hari,teacher tu dengan baiknya telah meminta aku untuk membacakan resepi masakan yang kami buat..dengan lantangnya aku membaca la apa yang telah kami tuliskan..mahu tak ternganga mulut teacher tu dengar first time aku baca..(budget pulak)..huhu

Dan minggu lepas juga student UK datang melawat kami..(kami?) - Morocco la..

Jadi apa lagi,naik la syeikhah rihanna aku tuh..haha..english again!

Kesimpulannya minggu lepas aku banyak ber ' sepik' ing la kononnya..haha
Bagus juga kadang2... ^-^


-------------------------





Dibawah ini adalah jadual peperiksaan aku yang aku buat sendiri (kuliah aku mana la nak buat jadual2 macam ni..kalau ada pun,2040!..kot ada) :

1-Selasa - Dr Bouchra 'Allam - 1 p.m
2-Rabu - Dr Abd Razak Al-Jai - 12.30 p.m
3-Khamis - Dr Al-Bukhari -
4-Jumaat - Prof Fatimah - 2 p.m
5- Sabtu - I3lamiyyat - 10.10 a.m

Dan berbaki lagi subjek2 yang baru selesai satu dan berbaki lagi..aduh,banyak lagi rupanya..

Ya Allah,permudahkanlah urusan aku..moga2 aku tenang dalam menjawab segala soalan peperiksaan dengan cemerlang..amin

Al-Baihaqi,Rabat


Monday, December 20, 2010

Bahas akhir




Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

Assalamualaikum..

21 Disember 2010 adalah esok.
Esok adalah 21 Disember 2010.

Bukan main risau lagi aku sebab esok aku kena berjumpa dengan musyrifah bahas..
Musyrifah bermaksud profesor yang bakal dia nilai bahas kita dan bidangnya sememangnya apa yang kita buat..(berbelit ayat)

Bahas?

Ya,bahas..(tapi ini bukanlah bahas aka debat..)
Bahas = ejaan dalam arabnya =ba,ha,tha..
adalah asignment macam pelajar universiti malaysia selalu buat..itu dapatkan ijazah sempena tahun akhir..(sorry to say..in arabic ya..full!)

Tajuknya..telah aku pilih..mengenai falsafah..skopnya,mantiq..kecilkan lagi babnya..istidlal(yang menjadi debatan hangat kat wall aku suatu ketika dahulu samada letak huruf hamzah atau tak..) huhu..

Ringkas tentang tajuk

Istidlal ini dalam bahasa melayunya kita sebut cara untuk dapatkan dalil (bukti)..tambahan =alif,sin,dan ta dalam kaedah bahasa arab bermaksud tolab = meminta untuk diadakan..

Istidlal ini luas skop perbincangannya,tapi aku suka istidlal dari segi rumus mantiq (logik akal) dibawah tajuk..Qaedah Kulliyah.Tapi kalau di Al-Azhar,sememangnya student usuluddin sahaja yang study benda2 macam ini..tapi,this is morocco! everything can happen!

Logik ke atau tidak,Wallaua3lam ^-^ kerana aku sememangnya sukakan ilmu mantiq dari zaman sekolah menengah lagi..tak hairan lah kalau SMA sememangnya aku dapat A+ untuk madah mantiq ini..haha..(bangga itu bagus untuk kesihatan ye sedara2)..

_______________________________

Nak cerita apa esok?

Entah lah..aku rasa mungkin arab pun tak buat pasal falsafah ini..sebab aku nak buat sangat,aku nampak senang bab ini..so,kalau ustazah tanya,jawablah berdasarkan (A+ SMA aku dulu tu) haha..

Boleh..InsyaAllah! =)

Tapi masalahnya rujukan susah nak cari..habis merata library dah aku cari..lastly,tengok rujukannya banyak di saudi..saudi?yeah..saudi!
Jadi,aku pun belilah rujukan sekadar yang ada dan cuba juga aku buat..

Pilihan kedua bahas aku adalah mengenai undang-undang syariah..iaitu hukum ta3zir di negara2 islam..jadi atau tidak entahlah sebab,musyrifnya adalah ketua jabatan aku..so,dialah musyrif untuk student ijazah..master pun dia..doktor falsafah pun dia..maklum lah ulama besar morocco.. ^-^

Apapun doakan kejayaan aku semoga aku dapatlah buat bahas ini dengan baik,dan Allah permudahkan urusan aku untuk buat bahas akhir ini..!dah tak lama nak balik malaysia ni!

+++++++++++++++

Sedar tak sedar,dah hampir tiga tahun dah aku berada diperantauan..manakan tidak..sampaikan aku pernah bercakap pada senior aku..

''abg rahim,ingt x 2 tahun lepas awk ambik sy kat airport,sedar2 skng sy dh nk buat bahas..''

dia pun senyum sumbing.. ^_^

Masa pantas berlalu..Ya Allah kalaulah aku terleka sedetik padaMu,ku mohon janganlah engkau campakkan aku kedalam api nerakaMu..sesungguhnya azabMu amatlah pedih..amin..

Al-Baihaqi

Rabat..



Sunday, December 19, 2010

Semalam...



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Semalam

Habis saja majlis perpisahan Datuk Duta Malaysia,hati aku terdetik nak balik rumah cepat-cepat...Pelawaan roomate aku agar bermalam di kediaman Datuk Duta ku tolak dengan baik..

Malam semalam,angin bertiup kencang..Sejuk yang teramat membuatkan anjing-angjing yang selalu menganggu kami ketika pulang dari residen kedutaan pun sunyi dari nyalakan..

Sampai rumah,hujan lebat mencurah ke bumi..Alhamdulillah..
Tiba2,sedang aku menyalin pakaian,angin kuat menghempas tingkap bilik yang telanjang dari perisai tingkap..

Air tempias mula masuk..panik aku jadi sebab air yang mencurah itu keadaannya seperti pili bomba yang sengaja dicurah dari atas..jatuh pula atas buku2 dan kertas2 penting - basah!

Aku yang tanpa banyak fikir alihkan buku2..

(nasib baik instict nak balik juga malam semalam,kalau tak habis basah semua buku..)

..........................................................

Semalam aku banyak kecewa..

(tapi bukanlah hari malang ye sedara2..sebab hidup ini adalah terbaik yang Allah tetapkan buat kita..) ^-^

1- Semalam aku puas berlatih nyanyi macam nak 'rak' (rak?)
Latih lagu lain,nyanyi lagu lain..lastly,sudahnya hancur..sebab,aku tak pandai nyanyi ikut muzik..memang tak boleh!

Judul lagu Jangan diucap selamat tinggal!

Lepas nyanyi..

Junior 1 : Abang nyanyi dah okay,tapi tak habis..kenapa ya?

Junior 2 : Suara abang dah okay,tapi kena lontarkan lagi suara..

Junior 3 : masa abang nyanyi saya tumpu tangan yang pegang kertas tu sahaja,terketar-ketar kan?kenapa?takut ke?

Senior 1 : Awie..tak puas la dengar..sekejap sangat..kenapa berhenti?sekejap sangat nyanyi..

Senior 2 : Awie..best la nyanyi..tapi berhenti tiba2..sedih ke?


Aku tergelak je lah.. ^-^
Sebab..

1-Aku dah lama tak nyanyi
2-Kalau dah tak nyanyi konfirmlah tak kehadapan..(so,jangan ditanya kenapa terketar-ketar..huhu)
3-Aku senang nak ingat lirik,tapi bila dah kehadapan..kurang yakin boleh ingat..hehe (so,preparationnya adalah membawa 'toyol' kehadapan)..hehe
4-Aku tak boleh pandang muka Datuk dek kerana sedih (sebab sebelum itu,pembuka tirai majlis diserikan persembahan pegawai kedutaan.nangis juga.aku pun sedih)

Namun begitu,rasa menyesal itu mestilah ada kerana..nyanyi sambil menundukan muka yang menampakkan sedikit control macho Fizo Omar..

Apa2 pun,komen itu bagus untuk tingkatkan diri anda..hihi

Al-Baihaqi,
Rabat..


Tuesday, December 14, 2010

Nyanyi lagi!



sekadar hiasan : jangan membayangkan aku adalah beliau..huhu

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Perhatian : (aku sengaja mencicirkan seorang lagi blogger yang selalu buat aku terguling-guling dengan celoteh beliau dalam senarai capaian bacaan aku paling kerap minggu ini ..haha..) :

-syahiddmilikku.blogspot.com

............................................................................

Hujung minggu ini ada function (function?) kat rumah Datuk duta..

Kerja aku minggu ini adalah seperti berikut :

1-Nyanyi (ala2 merdu Datin Seri Rosmah Mansor)

2-Gurindam ala2 Puan Sri Saloma

Kenapa aku terlibat dengan nyanyi aka nasyid (bahasa ustaz2 sedunia) kali ini?
Sebab..

-Dah tak ada yang nak nyanyi!
(kalah first lady malaysia punya budget)...haha

Paling tak best kali ini,aku kena cari energy yang mantop (macam stacy) sebab lagu yang bakal aku dendangkan adalah tinggi notenya.. pecah anak tekak..(cewahhh..macam profesional la pulak) haha...

Dan siapa2 yang nyanyi lagu ini konfem boleh nazak free je..haha..(dan aku tak terlepas dari salah seorang yang bakal nazak itu..)

......................................................................................

Kerjaya :

Memandangkan dah memilih jalan sebagai orang yang cintakan bahasa arab ini,kalau tak kerana aku pilih jalan ini,tak mustahil aku pun turut buat album macam maher zain..(haha..sila gelak lebih sikit)..

Kerana :

-Aku amatlah sukakan nasyid2..
-Nyanyi2..

..........................................................................................

Sebenarnya,entry ini dikhususkan pada bab HUKUM MENYANYI..
tapi lain pula jadinya..

Hukum menyanyi

Pada pendapat aku,nyanyi itu tidak salah sebenarnya..sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Yusuf Qardawi dalam kitabnya Fatawa mu3asirah..

Asalkan kita menjaga :
-Liriknya yakni bait2..
-Bukan untuk dibayar
-Sekadar berhibur

dan lain2 lagi..

Cuma jagalah akhlak kita ketika menyampaikan lagu..Jangan pula terencat tak tentu pasal bila tengah ada 'zouq' nyanyi..

Petua : sebenarnya jika anda sakit tekak atau rasa gatal2 pada kerongkong yang menyebabkan suara anda berubah,anda perlu :

-Minum air masak..(bukan suam kerana suam itu boleh menyebabkan anda kering tekak semula)..

-Jangan minum air asam jawa sebab air asam jawa itu masam dan perit..

-Minum air perahan limau

-Madu

-Telur ayam kampung ( ini yang selalu mak buat dulu masa bergelar qariah) hihi..

InsyaAllah baiklah nanti..

Waallahua3lam..

Al-Baihaqi,Rabat..

14 Dis 2010...

Ya Allah..Simptom apakah ini?





Assalamualaikum...

Selingan : Rate tertinggi blog pilihan aku sepanjang minggu ini adalah.......................... (bunyi drum) ;

1- mizauka.blogspot.com
2- almizzi22.blogspot.com
3- inskripsiabdi.wordpress.com

sebab mereka2 ini selalu update blog sejak 2 menjak ini..

Tapi,ini tak ada kaitan dengan tajuk entry kali ini. =)

...............................................................

Begini aku ketika ini

Mungkin Allah nak uji aku.. (fikir aku sejenak)..

1- Aku rasa teramat sakit sekarang..

*Badan aku yang rasa setiap sel dalaman bercerai berai (macam laksamana sunan dalam novel cinta sufi )

* Kaki aku lemah sangat dan kebas

* Tangan aku sakit..perlu diurut

* Kepala aku selalu sakit sekarang..hampir setiap hari..

* Selera makan setiap setengah jam..
(setiap setengah jam aku rasa lapar - perlu makan)

* Sesudah makan walaupun sekeping roti..aku perlu melalui proses perkumuhan..
sakit yang teramat..hanya tuhan yang tahu!

*Buang air besar rasa sakit yang teramat

*Pinggang rasa lenguh

*Tapak kaki berdenyut

*Dan rasa mual seterusnya perlu muntah walaupun olok2

.........................................................................................

Waallahua3lam..Aku sendiri kurang pasti sakit apakah ini..dari luaran aku nampak baik2 sahaja..dalamannya..sakit.. =(

Mungkin faktor cuaca yang sejuk barangkali..

Aku amat perlukan urut tradisional sekarang..
tapi,mana nak cari tukang urut?! oh morocco..kalau lah wanita bukan muhrim itu halal bagi lelaki ajnabi sepertiku..(memang mustahil akan terjadi)..!

Waallahua3lam..

Moga2 Allah menghadiahkan kesihatan yang baik buatku esok!..amin..

Al-Baihaqi,
Bouhlal..


Monday, December 13, 2010

Peningnya!






Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Kali terakhir aku post adalah sewaktu aku di Mesir.Kira-kira 3 bulan yang lepas.
(Oh!dah lama rupanya aku tak update blog ini).

......................................................






Sejak akhir-akhir ni aku selalu mempunyai masalah sakit kepala yang teramat sangat!

maksudnya : migrain

Sejarah sakit kepala aku ini bermula seawal umur 8 tahun! percaya atau tidak itulah hakikatnya.Kalau aku pening,gerenti muntah-muntah.Migrain aku teruk sangat masa aku sekolah rendah.Nak kata kuat memikir,tak ada pula..Nak kata minum kafein,aku tak suka sangat (waktu itu je lah)..Entahlah,jadi tanda tanya.
Orang 'hantar'?haha..mustahil..

Tapi,itulah aku..sampaikan abang2 aku selalu ejek...katanya aku tipu..sebab..setiap hari dulu aku sakit kepala..kerap yang teramat sangat..

Last2,satu hari itu..ada kakak aku baru lepas habis spm..
dia kerja sementara dengan seorang kakak tu..kerja bahagian mandi ais ini.Saja-saja lah kan?Then..satu hari aku dibawa jumpa kakak tersebut.

So,soalan dari dia yang pertama..

Kakak : adik...adik suka pakai baju merah tak?

Aku : ya,sekarang ini pun saya tengah pakai baju warna merah.. (sambil aku tunjuk baju t-shirt diesel aku dulu..memang merah menyala).

Kakak : kerap ke?

Aku : kerap la juga..sebab,kebanyakan baju saya warnanya merah.
(aku suka warna merah zaman kecik2 dulu)..

Kakak tu tersenyum pada aku.

Kakak : dik,sebenarnya..adik tak boleh sangat pakai baju warna merah ini..sebab itu adik selalu sakit kepala..

Aku : apa kaitannya kak?

Kakak : macam ini..mengikut kajian,warna merah ini akan mempengaruhi emosi kita waktu tengahari terutamanya..bila dah emosi terpengaruh..mudahlah adik sakit kepala.

Aku yang masih tak faham buat-buatlah faham..(dalam hati tak nampak lagi kaitannya).

...............................................

Antara sebab aku selalu sakit kepala adalah bukan selalu banyak memikir.

1-Aku tak boleh bau asap..terutama asap bakar sampah.
2.Tak boleh makan daging..apa2 jenis daging sekalipun..(tapi sekarang dah boleh makan lembu)
3-Tak boleh makan benda2 berminyak..contohnya,apa2 yang digoreng..
4-Aku konfem akan sakit kepala bila makan sup..sebab apa?entahlah..
5-Tak boleh kena hujan.
6-Tak boleh panas sangat.
7-Tak boleh mata terdedah pada cahaya sangat..(lampu bilik ke,matahari ke atau seangkatan dengan cahaya)
8-Minyak rambut

Bila dah datang migrain..apa yang aku selalu perlukan :

1-Aku nak hindar dari cahaya..kalau boleh tak nak langsung terlibat dengan cahaya2 ni.
2-Nak tidur.
3-Perlu juga muntah..(walaupun olok2 supaya angin 'sesat' dalam badan itu dapat keluar dengan aman)..
4-Apa2 yang masam..contoh : asam masin,jeruk dan sebagainya..(walaupun benda2 masam la yang menyebabkan sakit kepala..sebab kalau tak dapat apa2 yang rasa masam rasa loya dan mual susah nak hilang).

Selalu kekerapan sakit kepala aka migrain berlaku pada :

1-Dahi
2-Kening
3-Tengkuk
4-Rongga mata dan muka
5-Kepala bahagian atas dan belakang


Wallahua3lam.. =)

Rabat..


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates