Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, January 3, 2011

Terkezut...



Morocco-Rabat: Rabat Ville Nouvelle/New Town-Petit Taxis-Avenue Mohammed V (1566-353463 / D65-589078 © age fotostock)


Salam

Situasi : dalam teksi

Aku : Assalamualaikum..pak cik,Bouhlal.. (rumah aku)

Pak cik teksi : Waalaikummussalam..ok,naiklah.

Lama pak cik itu diam.Kemudian..

Pak cik teksi : Kamu cakap bahasa arab?

Aku : Ya,insyaAllah.. (tersipu aku ala rosmah mansor -rosmah mansor lagi!)

Pak cik teksi : Perancis dan Inggeris?

Aku : Ya,pak cik..insyaAllah saya boleh bercakap bahasa inggeris dan sedikit perancis.Kenapa ya pak cik tanya?

Pak cik teksi : Aku terkejut kamu boleh bercakap bahasa arab.Fasih dan lancar kamu bertutur (tak pasal2 muka Amr Diyab tertelan bijih timah aku buat - penyanyi mesir).Sedangkan aku tahu kamu bukanlah orang sini (sambil merujuk negara beliau -morocco).Kamu dari negara mana?Kamu muslim?

Aku : Alhamdulillah saya muslim.Saya orang malaysia.(jawab aku dalam bahasa perancis - bajet giler..haha).Saya bukanlah pandai sangat bercakap bahasa arab pak cik.Tapi,sebab saya suka.

Pak cik teksi :Malaysia?MasyaAllah..manusia yang terbaik di dunia adalah orang malaysia.Sebab orang kamu ini (merujuk malaysia) orang-orang yang beradab.Baik.Cakap berhalus.Sopan.Bijak.Aku bangga ada negara islam maju macam Malaysia.Kamu ada teknologi yang hebat.Kamu ada menara yang canggih (KLCC).Aku merujuk negara kamu bukan aku tak suka negara islam - asia yang lain..tapi,dari segi cara berpakaian aku tahu kamu lebih baik.Aku selalu tengok orang malaysia berpakaian lebih baik masa aku pergi haji dulu.

Aku : (patutlah..dah pergi haji) *****

Aku diam sejenak.Kemudian bernyanyi anak perlahan...

Pak cik teksi : Kamu nyanyi lagu apa?boleh aku dengar?

Aku : (aishhh..pulak!!).Errr..pak cik nak saya nyanyi ke?tapi tak adalah sedap saya nyanyi pak cik.

Pak cik teksi : Tak apa,saja aku nak dengar bahasa negara kamu.

Aku pun nyanyi lah lagu nasyid In-Team.Nampak islamik sikit. Ngeeee..(plastik weh!)

Pak cik teksi : Kamu ada kelebihan.Suara kamu.

Aku : Kenapa pula dengan suara saya pak cik?

Pak cik teksi : Suara kamulah.Bagus.Alhamdulillah..Kamu boleh baca Al-Quran?aku nak dengar.

Aku : Pak cik,kalau saya boleh bercakap bahasa arab,maksudnya saya boleh baca quran la.Nak dengar?! (dah macam tukang tasmi' quran la pulak) ^-^

Aku pun (sambil kira-kira naik syeikh mutawalli ) bacalah Al-Quran.Lama aku baca.Surah Luqman.

Tiba-tiba..

Brekkkkkkkk...!!!!

Pak cik teksi : huh..kamu nak pergi mana tadi?bouhlal kan?

Aku : haah..tapi,inikan G5?la pak cik..macamana boleh sampai sini pula?saya kan nak ke Bouhlal..(tanya aku inginkan kepastian,sambil cover latah aku tadi..salahnya aku jugak sebab pejam mata sambil baca..huhu)

Pak cik teksi : aku asyik dengar kamu baca quran.Sampai tersilap jalan.

Aku : *************************



Macam tu lah serba sedikit kejadian yang selalu menimpa aku..hehe.Orang arab ini agak teruja bila ada sahaja orang asing dari negara asia terutama dari Malaysia.Dia punya hormat tu..masyaAllah!kalah raja. kuikuikui.Tambah isu haji.Adui..yang ini aku dah tak larat dengar.Asyik-asyik haji malaysia.Katanya bagus.Orang kita tawaduk.

Nak je cakap kat pak cik tu : pak cik,tu masa pergi haji dan umrah memanglah.Yang berbaki kat malaysia tu lagi la tabarakallah! haha.
Tudung jambul,seluar tak cukup sifat kejantanannya dan macam-macam lagi.

Kes bahasa arab pula,aku rasa sebab kami di Morocco ni sedikit sangat.So,kami macam contoh bila : anda berjalan di negara Perancis.Tiba-tiba disapa orang perancis yang boleh cakap melayu.haha..

Apa reaksi anda?

Macam itu jugalah dengan mereka arab morocco ni.Bila komuniti yang kecil yang sukar dijumpai oleh mereka rakyat morocco (kami orang malaysia),plus boleh cakap arab..mana tak terkejutnya beliau.

So,teruskan tradisi arab hormat kita walaupun sebaliknya anda adalah plastik mika yang senang dipatah-patahkan. ^-^.

*Tambahan : Teksi-teksi di Morocco berlainan warna mengikut wilayah masing-masing.

ElByhaqy,Bouhlal.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates