Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, September 8, 2010

Dairy - Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Motivasi..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Usai tadi aku sudah menelefon ma dan ayah.Jaulah ke sana sini membuatkan aku leka untuk berhubung.

Sewaktu aku menelefon tadi,ma dalam perjalanan menuju ke rumah abang untuk berbuka.Ayah tidak mengikut kerana mempunyai beberapa urusan.Lama tidak berbual panjang dgn ayah membuatkan rindu semakin menebal.Memperuntukan 2 tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air cukup membuatkan RINDU itu hampir meletup.

RINDU datang lagi..

Ramadhan hanya berbaki beberapa hari lagi.Kemudian syawal menjelma tiba menandakan puasa sudah berhenti.Seketika teringat zaman kanak-kanak dahulu,bulan puasa dan raya suatu nikmat yang tak terhingga.

Seronok ramadhan hadir dek makanan yang membatasi akal manusia yang ingin membaham sepuas-puasnya.Gembira raya tiba kerana duit raya yang dijanjikan jika berpuasa penuh.Pun jika tidak dapat menghabiskan puasa,tetap akan dapat.

Teringat zaman kanak-kanak juga beraya dgn abang2 dan kakak2 aku.Beratur dari yang besar sehinggalah aku yang paling kecil.Semuanya kerana duit raya.Zaman itu..10 sen dirasakan RM 1..dan RM 1 dianggap RM 10..
Nostalgia..hehe

Hari ini..

Sudah 3 kali raya aku diperantauan..2 daripadanya aidilfitri..

kata ma tadi..untuk apa bersedih beraya disini?pengalaman tidak datang berulang kali.Zero jika tidak mengambil peluang apa yang ada di depan mata..

Maka,kita mengiyakan sahaja.Rupanya betul..

Mungkin bandar irbid ini tidak lagi aku jejaki!!! ~~~

Selamat Hari Raya Aidilfitri ma,ayah dan sekeluarga,
juga sahabat handai..dari tadika sehinggalah Muhammad V!
maaf zahir dan batin...=)

Juga RAMians semua..

Al-Baihaqi,

Irbid,Jordan..

8 Sept..



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates