Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Thursday, September 23, 2010

Perbezaan


Mukaddimah :

View Image


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..

Aku banyak melakukan 'blog walking' hampir setiap malam..
Post tertinggi mengenai Aidilfitri..

Walaupun Aidilfitri sudah menjangkau hari ke 12..bahang masih terasa disana sini..

Tahun ini aku beraya dimerata tempat..

Jordan dan Egypt..

Alhmdulillah..raya masih terasa walaupun bumi Morocco sentiasa dihati... =)

...................................................................

Setelah banyak berjalan membuatkan aku banyak berfikir..melihat tabiat dan sikap manusia punya satu cara muhasabah diri..Paling tepat boleh dikatakan..melihat apa yang Allah ciptakan..

Entah mengapa aku memilih semenanjung tanah arab sebagai destinasi..jika ditanya..semestinya orang akan bercakap perkara yang sama..lebih tepat lagi..BUMI SYAM..

''semua arab tu kan sama..buat apa lah nak banding-bandingkan lagi''

Ibarat tabiat arab sama sahaja..sebenarnya..banyak perbezaan diantara mereka..budaya,cara hidup..makanan..dan sebagainya yang akan aku ceritakan pada post yang akan datang..InsyaAllah..

Bermula cairo- nuwaiba' - Aqabah - mu'tah - damascus -(jarmana) - nawa - bosra - irbid - amman - petra - dumyat - mansoura - alexandria - syubra..

kesemuanya punyai cerita dan budaya tersendiri..Alhamdulillah,aku dapat rasa bagaimana kehidupan ramadhan bumi anbiya' ini..

lain juga kisahnya kehidupan orang-orang kaya ditiga buah negara..

Bermula di morocco (hayy riyadh),Egypt (hayy raudhah / mubarak), Syria (hayy nahdhah)..semuanya mempunyai kisahnya..

Jangan menganggap arab itu sama semuanya..ibarat malaysia,indonesia,brunei, singapura dan selatan thailand..walaupun masih menggunakan bahasa melayu,tetapi adat,budaya,cara kehidupan adalah jelas berbeza.

InsyaAllah,pada post yang akan datang aku akan menceritakan mengenai peradaban negara bumi syam ini..

Sekian,

Al-Baihaqi

Alexandria..

23 September..

Wednesday, September 8, 2010

Dairy - Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Motivasi..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Usai tadi aku sudah menelefon ma dan ayah.Jaulah ke sana sini membuatkan aku leka untuk berhubung.

Sewaktu aku menelefon tadi,ma dalam perjalanan menuju ke rumah abang untuk berbuka.Ayah tidak mengikut kerana mempunyai beberapa urusan.Lama tidak berbual panjang dgn ayah membuatkan rindu semakin menebal.Memperuntukan 2 tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air cukup membuatkan RINDU itu hampir meletup.

RINDU datang lagi..

Ramadhan hanya berbaki beberapa hari lagi.Kemudian syawal menjelma tiba menandakan puasa sudah berhenti.Seketika teringat zaman kanak-kanak dahulu,bulan puasa dan raya suatu nikmat yang tak terhingga.

Seronok ramadhan hadir dek makanan yang membatasi akal manusia yang ingin membaham sepuas-puasnya.Gembira raya tiba kerana duit raya yang dijanjikan jika berpuasa penuh.Pun jika tidak dapat menghabiskan puasa,tetap akan dapat.

Teringat zaman kanak-kanak juga beraya dgn abang2 dan kakak2 aku.Beratur dari yang besar sehinggalah aku yang paling kecil.Semuanya kerana duit raya.Zaman itu..10 sen dirasakan RM 1..dan RM 1 dianggap RM 10..
Nostalgia..hehe

Hari ini..

Sudah 3 kali raya aku diperantauan..2 daripadanya aidilfitri..

kata ma tadi..untuk apa bersedih beraya disini?pengalaman tidak datang berulang kali.Zero jika tidak mengambil peluang apa yang ada di depan mata..

Maka,kita mengiyakan sahaja.Rupanya betul..

Mungkin bandar irbid ini tidak lagi aku jejaki!!! ~~~

Selamat Hari Raya Aidilfitri ma,ayah dan sekeluarga,
juga sahabat handai..dari tadika sehinggalah Muhammad V!
maaf zahir dan batin...=)

Juga RAMians semua..

Al-Baihaqi,

Irbid,Jordan..

8 Sept..



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates