Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya..




Assalamualaikum..

'Dik,hidung awak dah mancung ke?','Adik,nanti balik jangan lupa kirim salam abang kat minah-minah arab',
'Pak Su,umie tanya pak su dah tumbuh jambang macam walid (abang aku) ke?'...

Beginilah sedutan siput perbualan aku dengan family tadi.Malaysia dah nak raya esok.Aku kat sini esok still puasa.Lusa baru raya.Tuh pun kalau lusa,buatnya tulat?tulat la jawapannya.Aku bab calling molling ni memang super!memang rolling in the deep la!haha..sampai anak-anak buah aku bosan,katanya pak su ni asyik call orang je,huhu..dah namanya duk obersi..kalau tak call,mende lagi nak buat.Tak call nanti,sampai ke Yayasan Pahang family aku tanya,dah call tiap-tiap hari,tak berapa nak bukak mulut je..haha

Dah tentu mak aku buat nasi kerabu raya pertama sebab dia ore qelate..mak aku kalau masak,Masya Allah..memang best!!super duper punya kelas!Belum lagi dia punya ketupat daun palas segi tigabermuda tuh.Alamatnya,memang pulutlah kami.Sebabkan ni la last raya aku kat morocco,so..mak aku dah cadang macam-macam dah tahun depan punya raya..huhu..sambut anak bongsu! kekekekke..

Kenangan Raya


Banyak kenangan raya aku yang aku ingat.Paling ingat,raya tahun lepas la..raya kat Jordan.Gatal tangan sangat nak raya kat sana,pepagi raya makan megi je..haha.Aku rasa,hati suci aku ni jenis yang tabah la kot..ye la,cuba kalau korang..raya berdua dengan kawan korang..pastu makan megi pepagi raya,amacam?suka?And kira aku ni jenis yang kuat la kot,dah 3 kali Aidilfitri aku tak balik..yeah! lady gagah!

Dulu-dulu,komfem beli baju raya.Baju melayu..kalau baju still elok,beli t-shirt and seluar.Sekarang dah besar lela,tak payahlah benda-benda macam tuh..kalau whole family tukar baju,nak buat tema,agak boleh dipertimbangkan.

Main mercun and bunga api memang hobby.Kecik-kecik dulu beli mercun kena cover.Kantoi dek ayah aku,komfem..bisinglah satu rumah.Apa best main bunga api pun aku tak faham.Bakar-bakar,habis..pastu main lagi.Sama jugak.baik bakar duit je senang..haha

Wan mor ting..disebabkan aku ni asyik meratap depan pesbuk je,nampak la masyarakat kita melayu - islam ni asyik post pasal ramadhan di wall memasing.

-'sedih sebab ramadhan akan meninggalkan kita'
-'masihkah aku berkesempatan bertemu denganmu lagi ya ramadhan'
-'rinduku pasti padamu ramadhan'
-'selamat tinggal bulan puasa!'

dan sebagainya.Apapun,jauh disudut hati aku ni masih hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah dengan sikap masyarakat melayu - islam kita hari ni.Perubahan itu ada.Sinar Islam pasti menyinar.Insya Allah.Berbanding dulu-dulu,2 minggu lagi nak raya..macam esok nak raya.Bermaksud,masyarakat kita makin lama,makin faham islam.Bagus,Alhamdulillah.

Dengan lafaz syukur kepada Allah taala,aku pemilik blog al-baihaqiy menyusun sepuluh jari,mohon maaf atas segala khilaf dan salah kata sepanjang perkenalan dengan sahabat,guru di Tadika Kemas J18,SK LKTP J18,Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini,IKIP,sahabat di
Morocco,Jordan,Mesir,Syria,Jepun,Indonesia,Yaman,Mekah,UK dan mereka yang mengenali aku serta yang pembaca resensi al-baihaqiy ini.Maaf zahir dan batin.Mudah-mudahan Aidilfitri ini,bukanlah sekadar meraikan kemenangan berpuasa,bahkan boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi kita.

Insya Allah.Sekian.

El-Baihaqiy,

Rabat,Morocco.

 29 Ramadhan 1432.

*esok sebenarnya ada conference dengan PM kita,with his wife.The dimond women!kekekek..Tengoklah kalau aku berubah angin nak join ke,bolehlah masuk TV3.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates