Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, August 23, 2011

Syria Bumi Anbiya

Bismilahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum...

Huh,memang sahlah blog aku ni dah tumbuh rumput rumpai macam dalam cerita 'finding nemo'..hahaha..bezanya,tak ada jaws.Aku punya malas,dah tahap pak kaduk.Sampaikan junior aku yang baru start jinak-jinak kucing parsi dalam dunia blogging ni tegur aku yang kurang post plus follower diorang pun lagi ramai dari aku.haha..nasiblah!Apapun,enjoy this post.


Peta semenanjung tanah arab

Setahun yang lalu,aku telah dibukakan pintu rezeki untuk ziarah Dataran Syam (bukan syamsiah anak pak mat tu ye).Dataran Syam ni termasuk negara Jordan,Syria,Lebnon dan Palestine.Yang bestnya,dari empat negara tu,2 negara aku diberi kesempatan.Dan satu lagi Mesir aka Egypt omputih cakap.Dan yang tak bestnya sebab aku tak sempat ziarah negara lain yang hampir dengan bumi Syam ni,Yaman.Kalau signboard dari Damascus,Syria nak ke Jordan,Syria adalah selatan,Jordan - utara,Yaman - barat,dan Beirut,Lebnon-timur.Tapi aku terpaksa membatalkan niat murni,disebabkan aku sudah kehabisan wang walaupun negara tuh dekat.

Kenapa dah setahun baru nak post?

Dulu aku pernah post sikit je lah pasal orang kaya 3 negara (morocco,syria,egypt).Masa tu idea pun tengah panas.Tapi malas nak menaip.So,tangguh punya tangguh,jadilah setahun.Kiranya ramadhan kali ni genap la setahun usia tinggalkan Dataran Syam.Dah tetiba ada mood 'syria' aku ni,so post je lah.Ni semua salah Al-Assad,sape suruh ko jahat sangat! tembak rakyat ko sendiri,dah aku emo nak cerita pasal Syria.

Bachar Al-Assad,Presiden of Rebublic of Syria.

Damascus,Syria.
Syria Flag
Syria

Sampai dari Jordan aku terus ke Ruknuddin.Sebuah kawasan yang berada betul-betul dibahagian bawah bukit.Bukit tu namanya Jabal Qasiyyum.Ada kisah disebalik bukit tu.Dikisahkan,pada bukit tu ada makam 40 orang wali.Bukan wali band ok!dan disemadikan disitu.Waallahua3lam.

Di kawasan bukit itu,terdapatlah sebuah gua kecil.Dikisahkan,disitu berlaku pembunuhan pertama manusia di muka bumi,iaitu anak Nabi Adam A.S,Qabil dan Habil.Tapi,pelik sikit la..macamana gua yang kecil tuh boleh dimuatkan dengan anak adam yang jauh lebih besar?Kalau istilah ustaz-ustaz..kita sebut israiliyyat (اسرائيليات) bermaksud - perkara yang diada-adakan orang israel mengenai sejarah islam.Makna kata lain ,pembohongan besar sejarah islan yang dicipta oleh israel untuk menarik minat orang islam.

40 Mihrab-40 wali.

Jabal Qasiyyum - seluruh Damsyik boleh dilihat di sini.

Apapun,waallua3lam..kita  bukannya ada zaman Nabi Adam dulu.Antara lain juga yang ada kat bukit tu adalah makam Nabi Zulkifli.Sesape tak tahu kisah Nabi Zulkifli,bolehlah search Syeikh Google.Opsss,lupa..nak naik bukit ni,adalah setinggi bukit bendera kat penang.Yang bestnya,tak ada cabel.Kena panjat ikut tangga.Memang best,dan sampai atas,komfem ketar lutut korang,sebab tangga dia,sami Batu Caves pun terkezut!Tapi jangan naik sampai atas puncak,sebab ada tentera Syria berjaga.Kang tak pasal-pasal seminggu muka depan kosmo.

 
 Makam Nabi Zulkifli A.S. (ihsan perantau blog..sori,gambar aku pny gelap)

Tutup pasal bukit terbabit.Kita beralih pula kubur ahli bait.Iaitu kubur keluarga Rasulullah.Semua kubur ada.Paling banyak adalah kubur-kubur anak Saidina Ali.Dikisahkan Ali berkahwin lagi selepas kematian Fatimah.Maka,wujudlah Zainab Al-Kubra,Zainab As-Sughr,Fatimah As-Sughra dan sebagainya.Tak dilupakan,kubur Bilal Bin Rabah pun ada.Muazzin pertama,dan di antara 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga.

Bab Saghir - menempatkan kubur keluarga Rasulullah dan mangsa Perang Karbala.

Di tengah pusara keluarga Rasulullah,tersergam kubur Saidina Muawiyyah Sufyan.Tapi sedih,sebab of kos la pusara-pusara ahl bait ni ramai orang syiah yang datang.Dah diorang datang,takkan saja-saja nak tengok kubur Muawiyyah kan?komfemlah baling-baling batu sikit.Kesian...sampaikan kerajaan letak pagar besi.Apa salah Muawiyyah padahal beliau juga ahl bait.Untuk korang yang tak faham kisah ni,baik aku story sikit.Kisahnya,perang siffin.Antara Ali dan Muawiyyah.

Maka,komfemlah Ali ni ramai sokong.So..berlanjutanlah sehingga hari ini..Ramailah yang Syiah yang kunun-kununnya mempertahankan ahl bait dan Ali.Kalau kat kubur ni,korang boleh la tengok orang syiah buat ibadat diorang sendiri.Sampai korang naik pening.huhuhu..

Di sini juga terdapat makam kepala-kepala mangsa Perang Karbala yang dipancung.

Kepala-kepala yang dipancung ditempatkan di sini.

 Juga Makam Abu Hurairah juga berada di sini.
Makam Abu Hurairah.

Ok,aku rasa setakat kali ini dulu..akan disambung di lain entry.Ikuti pula nanti,perjalanan Damascus-Bosra,kemudian Jordan-Petra dan Egypt.

El-Baihaqiy,
Sakaniah,Kenitra.

22 Ramadhan 1432H.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates