Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya..




Assalamualaikum..

'Dik,hidung awak dah mancung ke?','Adik,nanti balik jangan lupa kirim salam abang kat minah-minah arab',
'Pak Su,umie tanya pak su dah tumbuh jambang macam walid (abang aku) ke?'...

Beginilah sedutan siput perbualan aku dengan family tadi.Malaysia dah nak raya esok.Aku kat sini esok still puasa.Lusa baru raya.Tuh pun kalau lusa,buatnya tulat?tulat la jawapannya.Aku bab calling molling ni memang super!memang rolling in the deep la!haha..sampai anak-anak buah aku bosan,katanya pak su ni asyik call orang je,huhu..dah namanya duk obersi..kalau tak call,mende lagi nak buat.Tak call nanti,sampai ke Yayasan Pahang family aku tanya,dah call tiap-tiap hari,tak berapa nak bukak mulut je..haha

Dah tentu mak aku buat nasi kerabu raya pertama sebab dia ore qelate..mak aku kalau masak,Masya Allah..memang best!!super duper punya kelas!Belum lagi dia punya ketupat daun palas segi tigabermuda tuh.Alamatnya,memang pulutlah kami.Sebabkan ni la last raya aku kat morocco,so..mak aku dah cadang macam-macam dah tahun depan punya raya..huhu..sambut anak bongsu! kekekekke..

Kenangan Raya


Banyak kenangan raya aku yang aku ingat.Paling ingat,raya tahun lepas la..raya kat Jordan.Gatal tangan sangat nak raya kat sana,pepagi raya makan megi je..haha.Aku rasa,hati suci aku ni jenis yang tabah la kot..ye la,cuba kalau korang..raya berdua dengan kawan korang..pastu makan megi pepagi raya,amacam?suka?And kira aku ni jenis yang kuat la kot,dah 3 kali Aidilfitri aku tak balik..yeah! lady gagah!

Dulu-dulu,komfem beli baju raya.Baju melayu..kalau baju still elok,beli t-shirt and seluar.Sekarang dah besar lela,tak payahlah benda-benda macam tuh..kalau whole family tukar baju,nak buat tema,agak boleh dipertimbangkan.

Main mercun and bunga api memang hobby.Kecik-kecik dulu beli mercun kena cover.Kantoi dek ayah aku,komfem..bisinglah satu rumah.Apa best main bunga api pun aku tak faham.Bakar-bakar,habis..pastu main lagi.Sama jugak.baik bakar duit je senang..haha

Wan mor ting..disebabkan aku ni asyik meratap depan pesbuk je,nampak la masyarakat kita melayu - islam ni asyik post pasal ramadhan di wall memasing.

-'sedih sebab ramadhan akan meninggalkan kita'
-'masihkah aku berkesempatan bertemu denganmu lagi ya ramadhan'
-'rinduku pasti padamu ramadhan'
-'selamat tinggal bulan puasa!'

dan sebagainya.Apapun,jauh disudut hati aku ni masih hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah dengan sikap masyarakat melayu - islam kita hari ni.Perubahan itu ada.Sinar Islam pasti menyinar.Insya Allah.Berbanding dulu-dulu,2 minggu lagi nak raya..macam esok nak raya.Bermaksud,masyarakat kita makin lama,makin faham islam.Bagus,Alhamdulillah.

Dengan lafaz syukur kepada Allah taala,aku pemilik blog al-baihaqiy menyusun sepuluh jari,mohon maaf atas segala khilaf dan salah kata sepanjang perkenalan dengan sahabat,guru di Tadika Kemas J18,SK LKTP J18,Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini,IKIP,sahabat di
Morocco,Jordan,Mesir,Syria,Jepun,Indonesia,Yaman,Mekah,UK dan mereka yang mengenali aku serta yang pembaca resensi al-baihaqiy ini.Maaf zahir dan batin.Mudah-mudahan Aidilfitri ini,bukanlah sekadar meraikan kemenangan berpuasa,bahkan boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi kita.

Insya Allah.Sekian.

El-Baihaqiy,

Rabat,Morocco.

 29 Ramadhan 1432.

*esok sebenarnya ada conference dengan PM kita,with his wife.The dimond women!kekekek..Tengoklah kalau aku berubah angin nak join ke,bolehlah masuk TV3.


Tuesday, August 23, 2011

Syria Bumi Anbiya

Bismilahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum...

Huh,memang sahlah blog aku ni dah tumbuh rumput rumpai macam dalam cerita 'finding nemo'..hahaha..bezanya,tak ada jaws.Aku punya malas,dah tahap pak kaduk.Sampaikan junior aku yang baru start jinak-jinak kucing parsi dalam dunia blogging ni tegur aku yang kurang post plus follower diorang pun lagi ramai dari aku.haha..nasiblah!Apapun,enjoy this post.


Peta semenanjung tanah arab

Setahun yang lalu,aku telah dibukakan pintu rezeki untuk ziarah Dataran Syam (bukan syamsiah anak pak mat tu ye).Dataran Syam ni termasuk negara Jordan,Syria,Lebnon dan Palestine.Yang bestnya,dari empat negara tu,2 negara aku diberi kesempatan.Dan satu lagi Mesir aka Egypt omputih cakap.Dan yang tak bestnya sebab aku tak sempat ziarah negara lain yang hampir dengan bumi Syam ni,Yaman.Kalau signboard dari Damascus,Syria nak ke Jordan,Syria adalah selatan,Jordan - utara,Yaman - barat,dan Beirut,Lebnon-timur.Tapi aku terpaksa membatalkan niat murni,disebabkan aku sudah kehabisan wang walaupun negara tuh dekat.

Kenapa dah setahun baru nak post?

Dulu aku pernah post sikit je lah pasal orang kaya 3 negara (morocco,syria,egypt).Masa tu idea pun tengah panas.Tapi malas nak menaip.So,tangguh punya tangguh,jadilah setahun.Kiranya ramadhan kali ni genap la setahun usia tinggalkan Dataran Syam.Dah tetiba ada mood 'syria' aku ni,so post je lah.Ni semua salah Al-Assad,sape suruh ko jahat sangat! tembak rakyat ko sendiri,dah aku emo nak cerita pasal Syria.

Bachar Al-Assad,Presiden of Rebublic of Syria.

Damascus,Syria.
Syria Flag
Syria

Sampai dari Jordan aku terus ke Ruknuddin.Sebuah kawasan yang berada betul-betul dibahagian bawah bukit.Bukit tu namanya Jabal Qasiyyum.Ada kisah disebalik bukit tu.Dikisahkan,pada bukit tu ada makam 40 orang wali.Bukan wali band ok!dan disemadikan disitu.Waallahua3lam.

Di kawasan bukit itu,terdapatlah sebuah gua kecil.Dikisahkan,disitu berlaku pembunuhan pertama manusia di muka bumi,iaitu anak Nabi Adam A.S,Qabil dan Habil.Tapi,pelik sikit la..macamana gua yang kecil tuh boleh dimuatkan dengan anak adam yang jauh lebih besar?Kalau istilah ustaz-ustaz..kita sebut israiliyyat (اسرائيليات) bermaksud - perkara yang diada-adakan orang israel mengenai sejarah islam.Makna kata lain ,pembohongan besar sejarah islan yang dicipta oleh israel untuk menarik minat orang islam.

40 Mihrab-40 wali.

Jabal Qasiyyum - seluruh Damsyik boleh dilihat di sini.

Apapun,waallua3lam..kita  bukannya ada zaman Nabi Adam dulu.Antara lain juga yang ada kat bukit tu adalah makam Nabi Zulkifli.Sesape tak tahu kisah Nabi Zulkifli,bolehlah search Syeikh Google.Opsss,lupa..nak naik bukit ni,adalah setinggi bukit bendera kat penang.Yang bestnya,tak ada cabel.Kena panjat ikut tangga.Memang best,dan sampai atas,komfem ketar lutut korang,sebab tangga dia,sami Batu Caves pun terkezut!Tapi jangan naik sampai atas puncak,sebab ada tentera Syria berjaga.Kang tak pasal-pasal seminggu muka depan kosmo.

 
 Makam Nabi Zulkifli A.S. (ihsan perantau blog..sori,gambar aku pny gelap)

Tutup pasal bukit terbabit.Kita beralih pula kubur ahli bait.Iaitu kubur keluarga Rasulullah.Semua kubur ada.Paling banyak adalah kubur-kubur anak Saidina Ali.Dikisahkan Ali berkahwin lagi selepas kematian Fatimah.Maka,wujudlah Zainab Al-Kubra,Zainab As-Sughr,Fatimah As-Sughra dan sebagainya.Tak dilupakan,kubur Bilal Bin Rabah pun ada.Muazzin pertama,dan di antara 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga.

Bab Saghir - menempatkan kubur keluarga Rasulullah dan mangsa Perang Karbala.

Di tengah pusara keluarga Rasulullah,tersergam kubur Saidina Muawiyyah Sufyan.Tapi sedih,sebab of kos la pusara-pusara ahl bait ni ramai orang syiah yang datang.Dah diorang datang,takkan saja-saja nak tengok kubur Muawiyyah kan?komfemlah baling-baling batu sikit.Kesian...sampaikan kerajaan letak pagar besi.Apa salah Muawiyyah padahal beliau juga ahl bait.Untuk korang yang tak faham kisah ni,baik aku story sikit.Kisahnya,perang siffin.Antara Ali dan Muawiyyah.

Maka,komfemlah Ali ni ramai sokong.So..berlanjutanlah sehingga hari ini..Ramailah yang Syiah yang kunun-kununnya mempertahankan ahl bait dan Ali.Kalau kat kubur ni,korang boleh la tengok orang syiah buat ibadat diorang sendiri.Sampai korang naik pening.huhuhu..

Di sini juga terdapat makam kepala-kepala mangsa Perang Karbala yang dipancung.

Kepala-kepala yang dipancung ditempatkan di sini.

 Juga Makam Abu Hurairah juga berada di sini.
Makam Abu Hurairah.

Ok,aku rasa setakat kali ini dulu..akan disambung di lain entry.Ikuti pula nanti,perjalanan Damascus-Bosra,kemudian Jordan-Petra dan Egypt.

El-Baihaqiy,
Sakaniah,Kenitra.

22 Ramadhan 1432H.


Thursday, July 28, 2011

Nama-nama





Salamullah..

1-Ruqayyah

2-Safiyyah

3-Najwa

4-Huda

berikut bukanlah nama-nama bakal isteri-isteri aku (kalo betul,alhamdulillah,syukur..hehe) ,apatah lagi bakal anak-anak aku (huh..ramainya!)..sebaliknya,nama ini paling aku suka diantara kalian yang bergelar wanita..salah satu nama yang tertera di atas adalah nama timangan my Bonda..'safiyyah'..aka cik piah yang selalu orang kampung panggil =)

Apapun,post kali ini,bukanlah 'masa hadapan' aku,sebaliknya...pemilik-pemilik nama ini,mempunyai sejarah yang baik dengan aku..Semoga Allah melindungi kalian selalu.. =)

El-Baihaqiy,

Bouhlal..

Friday, June 10, 2011

من روائع جبران خليل جبران

 
 Bismillahirrahmanirrahim..
 
Salah satu syair arab yang telah menyentuh jiwa saya..
(penulis : Jibran Khalil Jibran : Lebnonian-American)
 
 
البعض نحبهم
لكن لا نقترب منهم ........ فهم في البعد أحلى
وهم في البعد أرقى .... وهم في البعد أغلى

والبعض نحبهم
ونسعى كي نقترب منهم
ونتقاسم تفاصيل الحياة معهم
ويؤلمنا الابتعاد عنهم
ويصعب علينا تصور الحياة حين تخلو منهم.

والبعض نحبهم
ونتمنى أن نعيش حكاية جميله معهم
ونفتعل الصدف لكي نلتقي بهم
ونختلق الأسباب كي نراهم
ونعيش في الخيال أكثر من الواقع معهم


والبعض نحبهم
لكن بيننا وبين أنفسنا فقط
فنصمت برغم الم الصمت
فلا نجاهر بحبهم حتى لهم لان العوائق كثيرة
والعواقب مخيفه ومن الأفضل لنا ولهم أن تبقى
الأبواب بيننا وبينهم مغلقه...

والبعض نحبهم
فنملأ الأرض بحبهم ونحدث الدنيا عنهم
ونثرثر بهم في كل الأوقات
ونحتاج إلى وجودهم .....كالماء ..والهواء
ونختنق في غيابهم أو الابتعاد عنهم

والبعض نحبهم
لأننا لا نجد سواهم
وحاجتنا إلى الحب تدفعنا نحوهم
فالأيام تمضي
والعمر ينقضي
والزمن لا يقف
ويرعبنا بأن نبقى بلا رفيق

والبعض نحبهم
لان مثلهم لا يستحق سوى الحب
ولا نملك أمامهم سوى أن نحب
فنتعلم منهم أشياء جميله
ونرمم معهم أشياء كثيرة
ونعيد طلاء الحياة من جديد
ونسعى صادقين كي نمنحهم بعض السعادة

والبعض نحبهم
لكننا لا نجد صدى لهذا الحب في
قلوبهــم
فننهار و ننكسر
و نتخبط في حكايات فاشلة
فلا نكرههم
ولا ننساهم
ولا نحب سواهم
ونعود نبكيهم بعد كل محاوله فاشلة

.. والبعض نحبهم ..

.. ويبقى فقط أن يحبوننا.. 
 
.. مثلما نحبهم
 
 
 El-Baihaqiy,
Brada3ah-Mohammedia, 
Morocco..

Friday, April 15, 2011

ارحم الضعفاء :inspirasi buatmu wanita mukminat













Inspirasi : Khas buat wanita mukminat yang mempertahankan helaian sutrah diwajahnya,kami pemuda Islam yakin setiap benang pada burqamu sebagai saksi atas apa yang dirimu pertahankan 

بسم الله الرحمن الرحيم

ارحم الضعفاء تسعد،
وأعط المحتاجين تشافى،
ولا تحمل البغضاء تعافى.

تفاءل- تشاءم،
فاللّه معك،
والملائكة يستغفرون لك،
والجنة تنتظرك.

امسك دموعك،
بحسن الظنّ بربك،
واطرد همومك – همّ،
بتذكر نعم الله عليك.

لا تظن بأن الدنيا كملت لأخد،
فليس على ظهر الأرض،
من حصل له كل مطلوب،
وسلم من أي كدر.

كن كالنخلة عالية الهمة،
بعيدة عن الأذى،
اذا رميت بالتحجارة،
ألفت وطبها.

هل سمعت أن،
الحزن يعيد ما فات،
وأن الهم يصلح الخطاء،
فلماذا الخزن والهم؟
 !!!!
وشكرا
البيهقي رائع..

Tuesday, April 12, 2011

Bulan pasti ada yang mesra




Bulan yang mesra

Bismillahirrahmanirrahim..

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya,aku bangkit untuk update sengsangwang yang dah berkabut ni.Entry terakhir adalah awal januari dulu.Huh...lama tuh!Jalan ke sana sini menyebabkan aku jadi malas.Busy dengan persatuan,kelas,bahas dan praktikal pulak bakal menyusul.

 
Apapun,syukur kerana masih lagi tidak mahu mensia-siakan yang satu ni...blog.
Jadi manusia ni memang teramat bertuah,seribu satu rahmat.Boleh makan2,jalan2, boleh nyanyi,dan sebagainya.Tapi itulah manusia,tak pernah bersyukur.Diberi kelingking,nak manis,dah dapat manis,nak telunjuk,dah habis pakai telunjuk sampai separa puas,nak lengan.Begitulah seterusnya.So,kita tinggalkan manusia,biarkan manusia dengan nikmat mereka.

Bulan

Sejak akhir2 ni,aku suka tengok bulan.Bulan kat morocco ni,baru saja bangun dari beradu dek 'cuti' yang lama.Musim sejuk la katakan.Kesian bulan.Selamat kembali bulan!Cerita pasal bulan ni,membuatkan aku teringat kata2 pensyarah aku semalam.Dr Mahyuddin Khan,berdarah India tetapi berhijrah ke Pakistan.Untuk semester akhir ni,beliau mengajar subjek bahasa urdu.Seorang yang teramat cintakan syair (tak kira dalam bahasa arab atau urdu sekalipun).Yang pasti,aku juga salah seorang manusia yang suka (العبارات) termasuklah sukakan syair2 arab.

Syair yang paling kerap beliau sampaikan adalah syair Muhammad Iqbal.Huh,mantap!Salah satu syair beliau ada berkisar tentang ibarah bulan.


'Sesungguhnya bulan itu teramat indah,tapi indahnya bulan sepertimu,bukanlah aku'.


Sudahlah bulan,Kau memang tersangat indah!



Jenis Bulan ikut suka suki manusia.



Zaman kecik2 dulu,suka tengok Dragon Ball kat TV2..setiap sabtu dan ahad.Memang kena timing betul.Waktu cuti.huhu..Go Ku kalau tengah berlawan,tetiba ada bulan yang muncul,konfem mesti jadi serigala jadian yang besar.Itu kartun,memang merepek.

Lain mitos,bulan kalau muncul penuh waktu malam,hantu dan roh pasti berkeliaran.Yang ni aku memang tak berapa nak suka.Sebab bunyinya merepek..haha.Orang melayu je yang suka suki buat fitnah pasal bulan dan kaitan dengan roh atau hantu..huhu.

Mitos lain,bulan ni agak sinonim dengan bangsa india.Ya,mereka berpuasa untuk suami bila bulan penuh tiba.(Yang ni aku lagi tak paham,yang susah2 nak puasa untuk orang lain tuh kenapa!).Kononnya bulan boleh memberi semangat.Juga tanda si isteri atau pasangan perempuan boleh berbuka puasa bila bulan muncul..buatnya bulan tak muncul 3 hari waktu bulan purnama macamana?tak ke naya tak makan minum,mati sebab puasa..haha.

Lainnya lagi,bulan pula tanda serigala jadian terjadi.(Macam cerita trionovel Ramlee Awang Murshid).Kalau dengar je serigala menyalak waktu bulan purnama mengambang,tanda balan-balan datang.Yang ni lagi aku tak paham..haha.

Tutup cerita mitos.Teringat lagi waktu bulan puasa kecik2 dulu,aku suka tengok bulan.Waktu tengok bulan adalah waktu sahur.Buka tingkap,angin pagi masuk.Nampak bulan.Bulan nampak aku.Kami senyum.haha..seyes aku tipu.Sebenarnya,bila tengok je bulan,kita leh agak hari ke berapa kita berpuasa.Tak payah la mengharap kalendar.Sebab orang zaman dulu,tak ada la maju macam kita sekarang.Lagi tepat aku rasa.Satu lagi,feel la jugak tengok bulan ni,sedih tetiba..ingat dosa,selalu buat mak marah.

Bulan ni macam manusia.Sekejap besar,sekejap kecik.Macam aku jugak..sekejap besar,sekejap kecik pasal aku pergi jogging.Sifatnya pula,macam iman manusia,sekejap penuh..sekejap turun (kecik).Bulan jugak macam persahabatan.Sekejap baik,sekejap tak.huhu..Apapun,ke mana saja kita pergi,bulan tetap yang itu.Satu.


Sekian,
Anak bulan..,
*Dah dapat tajuk untuk urud ustaz rugi,pasal anak bulan hilal ramadhan. =)


Monday, January 3, 2011

Terkezut...



Morocco-Rabat: Rabat Ville Nouvelle/New Town-Petit Taxis-Avenue Mohammed V (1566-353463 / D65-589078 © age fotostock)


Salam

Situasi : dalam teksi

Aku : Assalamualaikum..pak cik,Bouhlal.. (rumah aku)

Pak cik teksi : Waalaikummussalam..ok,naiklah.

Lama pak cik itu diam.Kemudian..

Pak cik teksi : Kamu cakap bahasa arab?

Aku : Ya,insyaAllah.. (tersipu aku ala rosmah mansor -rosmah mansor lagi!)

Pak cik teksi : Perancis dan Inggeris?

Aku : Ya,pak cik..insyaAllah saya boleh bercakap bahasa inggeris dan sedikit perancis.Kenapa ya pak cik tanya?

Pak cik teksi : Aku terkejut kamu boleh bercakap bahasa arab.Fasih dan lancar kamu bertutur (tak pasal2 muka Amr Diyab tertelan bijih timah aku buat - penyanyi mesir).Sedangkan aku tahu kamu bukanlah orang sini (sambil merujuk negara beliau -morocco).Kamu dari negara mana?Kamu muslim?

Aku : Alhamdulillah saya muslim.Saya orang malaysia.(jawab aku dalam bahasa perancis - bajet giler..haha).Saya bukanlah pandai sangat bercakap bahasa arab pak cik.Tapi,sebab saya suka.

Pak cik teksi :Malaysia?MasyaAllah..manusia yang terbaik di dunia adalah orang malaysia.Sebab orang kamu ini (merujuk malaysia) orang-orang yang beradab.Baik.Cakap berhalus.Sopan.Bijak.Aku bangga ada negara islam maju macam Malaysia.Kamu ada teknologi yang hebat.Kamu ada menara yang canggih (KLCC).Aku merujuk negara kamu bukan aku tak suka negara islam - asia yang lain..tapi,dari segi cara berpakaian aku tahu kamu lebih baik.Aku selalu tengok orang malaysia berpakaian lebih baik masa aku pergi haji dulu.

Aku : (patutlah..dah pergi haji) *****

Aku diam sejenak.Kemudian bernyanyi anak perlahan...

Pak cik teksi : Kamu nyanyi lagu apa?boleh aku dengar?

Aku : (aishhh..pulak!!).Errr..pak cik nak saya nyanyi ke?tapi tak adalah sedap saya nyanyi pak cik.

Pak cik teksi : Tak apa,saja aku nak dengar bahasa negara kamu.

Aku pun nyanyi lah lagu nasyid In-Team.Nampak islamik sikit. Ngeeee..(plastik weh!)

Pak cik teksi : Kamu ada kelebihan.Suara kamu.

Aku : Kenapa pula dengan suara saya pak cik?

Pak cik teksi : Suara kamulah.Bagus.Alhamdulillah..Kamu boleh baca Al-Quran?aku nak dengar.

Aku : Pak cik,kalau saya boleh bercakap bahasa arab,maksudnya saya boleh baca quran la.Nak dengar?! (dah macam tukang tasmi' quran la pulak) ^-^

Aku pun (sambil kira-kira naik syeikh mutawalli ) bacalah Al-Quran.Lama aku baca.Surah Luqman.

Tiba-tiba..

Brekkkkkkkk...!!!!

Pak cik teksi : huh..kamu nak pergi mana tadi?bouhlal kan?

Aku : haah..tapi,inikan G5?la pak cik..macamana boleh sampai sini pula?saya kan nak ke Bouhlal..(tanya aku inginkan kepastian,sambil cover latah aku tadi..salahnya aku jugak sebab pejam mata sambil baca..huhu)

Pak cik teksi : aku asyik dengar kamu baca quran.Sampai tersilap jalan.

Aku : *************************



Macam tu lah serba sedikit kejadian yang selalu menimpa aku..hehe.Orang arab ini agak teruja bila ada sahaja orang asing dari negara asia terutama dari Malaysia.Dia punya hormat tu..masyaAllah!kalah raja. kuikuikui.Tambah isu haji.Adui..yang ini aku dah tak larat dengar.Asyik-asyik haji malaysia.Katanya bagus.Orang kita tawaduk.

Nak je cakap kat pak cik tu : pak cik,tu masa pergi haji dan umrah memanglah.Yang berbaki kat malaysia tu lagi la tabarakallah! haha.
Tudung jambul,seluar tak cukup sifat kejantanannya dan macam-macam lagi.

Kes bahasa arab pula,aku rasa sebab kami di Morocco ni sedikit sangat.So,kami macam contoh bila : anda berjalan di negara Perancis.Tiba-tiba disapa orang perancis yang boleh cakap melayu.haha..

Apa reaksi anda?

Macam itu jugalah dengan mereka arab morocco ni.Bila komuniti yang kecil yang sukar dijumpai oleh mereka rakyat morocco (kami orang malaysia),plus boleh cakap arab..mana tak terkejutnya beliau.

So,teruskan tradisi arab hormat kita walaupun sebaliknya anda adalah plastik mika yang senang dipatah-patahkan. ^-^.

*Tambahan : Teksi-teksi di Morocco berlainan warna mengikut wilayah masing-masing.

ElByhaqy,Bouhlal.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates