Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, September 26, 2009

syair arabi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Teringat pula masa study dikursus intensif bahasa arab(KIBA) anjuran Yayasan Pahang dulu.KIBA sebenarnya dibawah School of Islamic Studies(SIS) tentu sahaja merupakan kursus persediaan pelajar luar negara (timur tengah).Jadi,sepanjang kursus tersebut,kami didedahkan dengan pelbagai adat,adab,tamadun dan budaya arab.

Dalam kursus tersebut,padanya ada mukhayyam arabi (perkhemahan bahasa arab)yang dijalankan setiap bulan selama 3 bulan,kami diminta oleh pensyarah untuk menyediakan syair.Maka,wujudlah penulisan syair yang mengarut-ngarut yang dicipta.Tentu sekali soal bahasa dan penggunaan kalimah adalah tidak tepat dan salah sama sekali.Masih berada ditampuk pemikiran syair bahasa melayu.Ya,tentu sekali menulis dalam bahasa melayu dan diterjemahkan.Hasilnya,cukup merapu.Dan syarat penulisan syair arab,biasanya tidaklah terlampau skema seperti puisi melayu.Iaitu rima akhirnya adalah sama.

Dan selalu juga pensyarah-pensyarah yang publishkan syair kepada student.Tujuannya adalah untuk mendidik serta ingin menengahkan syair arab supaya apabila kami tiba dinegara arab nanti,maka tidaklah seperti 'rusa masuk kampung'.Sebenarnya,saya amat tertarik dengan syair yang diberikan kepada kami oleh Ustaz Rasyimi,pensyarah (ammiyyah mesir-medic).Jadi,sama-sama kita hayati.(siapa2 yang rasa hebat,sila la terjemahkan)..

ارحم الضعفاء تسعد،

وأعط المحتاجين تشافى،

ولا تحمل البغضاء تعافى.

تفاءل- تشاءم،

فاللّه معك،

والملائكة يستغفرون لك،

والجنة تنتظرك.

امسك دموعك،

بحسن الظنّ بربك،

واطرد همومك – همّ،

بتذكر نعم الله عليك.

لا تظن بأن الدنيا كملت لأخد،

فليس على ظهر الأرض،

من حصل له كل مطلوب،

وسلم من أي كدر.

كن كالنخلة عالية الهمة،

بعيدة عن الأذى،

اذا رميت بالتحجارة،

ألفت وطبها.

هل سمعت أن،

الحزن يعيد ما فات،

وأن الهم يصلح الخطاء،

فلماذا الخزن والهم؟!




Sekian,terima kasih.



Wednesday, September 16, 2009

Jawapan bagi nukilan Ustaz Faisal Tehrani

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Mengapa wujudnya puisi,sajak,gurindam dan seangkatan dengannya?ya..mungkin kerana ianya wadah yang dapat mendekatkan diri manusia dengan sesuatu.Misalannya,apabila syair menceritakan tentang hati wanita,maka secara tidak langsung kita akan menyelami watak wanita yang diketengahkan oleh si penulis.Contoh lain,si penyair menceritakan tentang sifat malam.Maka kita akan menyelami malam iaitu padanya kegelapan pekat disamping terang bulan dan gemerlapan bintang.

Begitu juga pada zaman arab jahiliyyah dahulu,syair atau seangkatan dengannya selalu didendangkan oleh mereka yang mahir bersyair.Kebiasaannya mereka akan bersyair dikhalayak ramai.Menggunakan pendekatan Al-Fakhr(kebanggaan),Al-Madh(pujian),Ar-Rajak(harapan),At-Tamanna dan sebagainya adalah sebagai tema bagi syair yang didendangkan.Tujuannya adalah meMUJI manusia yang lain dan bertujuan memBANGGAkan si pendengar.Ini yang kita dapat lihat misalannya pada syair Jubran Khalil Jubran yang menggunakan pendekatan Madh iaitu pujian.

Bagi saya,sajak,syair,puisi dan lain-lain adalah sebagai madh bagi diri saya.Ya,pujian dan bukannya kutukan atau cercaan.Maka,saya agak terkilan dengan penulisan faisal tehrani yang berbunyi...'Dimanakah akan ku cari pemimpin seperti ini ditanah air?(confirmlah Malaysia sebab ustaz faisal orang Malaysia),yang mengaku gerakan Islam sudah mabuk kuasa(gerakan islam diMalaysia yang mempejuangkan Islam melalui medan politik hanyalah PAS)'..ya,penulisan beliau ini ditujukan kepada Ahmadinejad ketika majlis berbuka puasa beliau dengan umat manusia di Iran.Sesungguhnya Ahmadinejad mempunyai perwatakan yang lain Ustaz!

Akan tetapi yang menjadi kemusykilan saya ialah,rasanya ramai lagi pemimpin Islam kita diMalaysia yang masih seperti Ahmadinejad.Jika Ahmadinejad memiliki rumah berhawa dingin yang amat selesa,jangan disangkal ada pemimpin parti islam yang masih lagi mendiami rumah papan tiang dua kerat.Mungkin Ahmadinejad masih selasa memakai blazer pada hari ini,dan masih ada pemimpin parti islam yang memakai jubah dan berserban saja.Itupun sudah dilabelkan pemimpin kolot oleh sebahagian manusia pemusnah islam hanif!!!

Bagi saya,menyentuh hak seseorang,sesebuah organisasi atau parti,dan sebagainya melalui karya seperti syair,sajak,puisi adalah bukan suatu sikap yang 'gentleman'.Boleh jika mahu terus mengenengahkan sebegitu,tetapi pastikan tidak meletakkan kalimah ISLAM disitu.

Akhir kata,saya tidaklah mahu memanjangkan apa yang dinyatakan.Moga-moga saya yang tersalah perhitungan.Jika salah,maafkan saya.Tetapi sebagai orang yang beragama,sesiapa yang berhati ustaz pun akan terasa.Ya,mungkin sekali.Istilah-istilah sebegini sebenarnya akan mengundang kecurigaan banyak pihak.Sesungguhnya saya bukanlah liberalis.Mohon maaf anda saya tersalah faham akan statement ini.Bukan kontroversi,tetapi..tidak suka menggunakan perkataan gerakan Islam.

Sekian,terima kasih.


Tuesday, September 15, 2009

Dr Fatimah Busu


The Missing Piece (Bah. 2) Aduhai Salam Maria ombak-bukan-biru4
Karya-karya Fatimah Busu


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian,

Semalam,saya telah membuka 'nisah haron online' iaitu blog rasmi Nisah Haji Haron,telah banyak yang saya perolehi dari blog kak nisah sebenarnya.InsyaAllah telah saya pesankan novel "Lentera Mustika" karya kak nisah haji haron pada sahabat saya Nur Fatin Kamaruddin yang sedang berada di Malaysia.(tidak lupa juga,novel mikhail karya ramlee awang murshid ye fatin!)..hehe

Dan pada ruangan blog kak nisah,saya telah membaca mengenai Fatimah Busu.Alahai..teringat bonda sendiri pula (sebab namanya pun sama dan negeri kelahiran juga sama,Kelantan serambi mekah)..kebetulan ya!Sebenarnya,saya juga peminat tegar Dr Fatimah Busu.Pernah anda membaca cerpen anak bumi tercinta tak?Ini adalah cerpen untuk tingkatan 3 kalau tak silap.Kalau salah harap betulkan ya.By the way,al-muhim..cerita anak bumi tercinta ini amatlah menyentuh kalbu.Mengapa ya?sebab,saya dapat menjiwai watak utama yang dimainkan oleh fatimah busu iaitu matain.Mengisahkah tentang seorang anak desa yang dibesarkan dalam suasana kehidupan daif.

Matain seorang yang amat ringan tulang,selalu menolong ibunya dikebun yang terdapat dibelakang rumahnya.Diceritakan matain selalu menyiram pokok-pokok yang ditanamnya.Itu sebabnya cerpen ini dinamakan anak bumi tercinta.Hidupnya watak si matain ini lagi apabila dia asyik bergaduh dengan kakaknya.Ya,seorang yang nakal juga sebenarnya si matain ini.Untungnya,matain ini selalu dibela oleh kakaknya si zaharah atau jarah dan abang sulongnya si jali.

Hidupnya lagi cerpen beliau ini apabila matain jatuh kedalam perigi yang digunakan untuk menimba air.Secara jujurnya pada cerpen beliau ini,sebelum saya membaca tentang profil Dr Fatimah,saya sudah mengetahui bahawa beliau memang berasal dari Kelantan.Kerana,suasana gaya hidup masyarakat desa kelantan mampu dihidupkan oleh beliau dalam cerpen anak bumi tercinta ini.

Dan Dr Fatimah kembali lagi dengan cerpen beliau Aduhai.Wah,masih lagi dalam suasana kehidupan orang kelantan.Paling membanggakan saya,Dr Fatimah pernah dianugerahkan dengan S.E.A Award dari Negara Thailand.Tetapi,ditolak oleh beliau kerana beliau tidak mahu menerima anugerah dari negara yang terang-terangan membunuh orang Islam.Saya akui,beliau seorang yang cukup tabah.Mampukah kita sebenarnya,jika ditawarkan dengan pangkat,mahu menolaknya?Setidaknya,anugerah?

Umur Dr Fatimah pun sudah seangkatan dengan bonda saya.Tetapi beliau masih giat menulis lagi.Ini membuatkan saya cukup kagum dengan beliau.Dan novel beliau berjudul Ombak bukan biru amatlah menyentuh hati saya secara jujurnya.Dan banyak cerpen beliau yang telah tersiar didada akhbar siasah.Keluarga saya adalah pembaca setia siasah dan harakah,maka dikesempatan itu saya berpeluang untuk membaca cerpen beliau tanpa disekat oleh kedua ibubapa saya (sebab akhbar politik).

Akhir sekali,doakan saya semoga dapat menyiapkan cerpen pertama saya yang berjudul Syahadah.InsyaAllah,setelah siap nanti,saya akan postkan diruangan blog saya ini.InsyaAllah.

Sekian,terima kasih.


I've almost reached my dreams

Cita-citaku

Walaupun jauh perjalanan ini,
Ku tabahkan diri diatas segalanya,
Walau cabaran mendatang dugaanNya,
Akan ku capai segala cita-citaku.

Ingatlah Allah,
Mohon keyakinan,bertawakallah,
Dalam segala urusan,semoga diriku dapat mengharunginya,
Semoga segalanya diberkati Allah.

Biar apa pun yang datang menghalangi,
Iringkan bersama ketabahan dijiwa,
Semoga impian menjadi kenyataan,
Akhirnya bertemu kejayaan,
Impianku kini menjadi kenyataan,
Dan akhirnya bertemu kejayaan.


Saturday, August 22, 2009

Tahniah Rebecca Ilham...

BECKyilHAM
Rebecca Ilham;Penasihat Grup

Assalamualaikum..

Tahniah!mabruk saya ucapkan buat kak becky a.k.a Rebecca Ilham@Hazwani Ramli kerana cerpen beliau yang tersiar di akhbar hari ini bertajuk:Angin Pada Mekar Kuntum Sakura (kena baca ni).Mungkin kerana barakah bulan puasa agaknya.

Kak becky,penasihat bagi GKLN merupakan orang kuat grup ini.InsyaAllah,akan datang kita pula yang mengikut jejak langkah kak becky.Ya,ada betul juga apa yang dikatakan oleh saudara fahd razy.InsyaAllah kami sahut cabaran anda ya fahd!

Wassalam.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

0200b.jpg puasa bulan Ramadhan picture by bobooi
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Marhaban..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pejam celik,sudah hampir setahun saya berada di Kota Rabat,Morocco.Asalnya memasang niat untuk mendalami ilmu Allah Taala.Genap sudah ramadhan setahun yang lepas saya tinggalkan dan lembaran ramadhan yang baru meniti kali pertama di bumi maghribi ini.Dan genap setahun jugalah saya meninggalkan keluarga.

Pada asalnya sangkaan saya negara jajahan perancis ini akan mengalami kelewatan mula berpuasa.Berkira-kira akan jatuh pada hari ahad iaitu 23 ogos.Maha suci Allah,jika saya tidak bertanya jiran tetangga arab,kemungkinan kami tidak mengetahui puasa adalah pada hari sabtu.Tanpa televisyen dirumah,sudah tentu menyukarkan kami mahasiswa malaysia untuk mengetahui tarikh bermulanya puasa.Alhamdulillah,sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang telah dirancangNya.Selepas solat isyak semalam,kami terus menunaikan solat sunat tarawikh.Inilah pengalaman pertama saya bersolat tarawikh di sini.Alhamdulillah,telah saya sempurnakan.



Dikesempatan ini,insyaAllah saya akan terus mencari dan mengenengahkan tentang hukum hakam serta panduan berkaitan puasa sepanjang bulan ramadhan.Apa jua cadangan serta pandangan bolehlah terus menghubungi saya di 'ibnuyusuf_90@yahoo.com' ataupun facebook yang terdapat di link blog saya ini.Segala permasalahan berkaitan bulan puasa,insyaAllah akan kita sama-sama mencari jawapannya.InsyaAllah.

Akhir kalam,saya doakan semoga kita sentiasa mendapat lindungan serta naungan Allah taala sepanjang bulan ramadhan ini.Dan semoga kita dapat mempertingkatkan lagi amalan di bulan barakah ini.

Sekian,wassalam.






Wednesday, August 19, 2009

Novel Pop Islami

Buku Islam Judul Bertualang Mencari Cinta Sejatiayat-ayat_cinta.jpgayat-ayat_cinta2.gif
novel-novel islami yang terus dikritik penerbitannya


Assalamualaikum...



Apabila saya membaca satu entry sahabat saya mengenai novel pop islami yang beliau rasakan rimas dengan kebanjiran novel berbentuk kontemporari dan novel berbentuk islami dipasaran sekarang,saya merasakan beliau bukanlah seorang yang mahir atau mampu menilai novel islami secara batiniyyah.Ini kerana mungkin kebencian beliau membaca novel islami yang asyik mengharamkan hukum haram dan menghalalkan yang halal juga sebaliknya.Misalannya novel Ayat-ayat cinta atau ketika cinta bertasbih.Tetapi,pada hemat saya beranggapan bahawa novel islami adalah melingkupi cangkupan novel yang sesuai untuk kemaslahatan remaja khususnya.




Mungkin kerana beliau inginkan novel yang islami tetapi berlainan bentuk.Sebenarnya kita sudah ada.Terang lagi tersuluh novel yang dikaryakan oleh Ramlee Awang Murshid (walaupun bukan novel islami,tapi lebih menjurus kepada thriller dan epik) saya merasakan novel beliau adalah menepati ciri-ciri yang baik lagi terdapat unsur-unsur dakwah.Lalu,kita mahu melabelkan novel beliau dibahagian mana?islami...?kontemporari...?thriller...?epik...?semuanya sudah cukup pakej.




Mungkin sahabat grup saya itu tidak menyukainya kerana membayangkan novel islami yang menceritakan tentang 'bercinta',padahal masing-masing sedang menuntut ilmu agama ditambah tahu halal haramnya.Mungkin sekali.Pengakuan beliau yang cukup menjengkelkan pembaca mengenai kerimasan beliau melihat novel islami banjir dipasaran.




Nah!!kalau anda mampu menuliskan novel yang lebih baik,maka hasilkannyalah.Jangan asyik bercakap dibelakang sahaja.Bercakap kosong pun tidak ada gunanya.Cuba hasilkan.Pengakuan beliau seorang pencinta buku ditambah dibesarkan dengan buku disekelilingnya.Mungkin kerana cerpen beliau tersiar didada akhbar.Tapi itu tidak bermakna anda bagus dan berhak untuk ralat novel islami.Saya juga pencinta penulisan.




Sebenarnya,jika tiada novel islami,adakah wujud jurnal lain yang mampu membuatkan anak muda serta remaja mengikut adab dan adat dunia islam sekarang?kita berdakwah atas nama tuhan yang menciptakan,maka tiada salahnya melalui medium dakwah secara penulisan setebal itu,untuk kemaslahatan bersama.Andai kata tiada novel islami,yang ada hanyalah novel berunsur cinta-cintun remaja moden serta blues sekarang,bolehkah remaja mengetahui tentang adab dan syariat bila berpasangan.Pun begitu,jika bukan 100%,cukuplah 50% sahaja.




Pindakanlah niat anda kepada yang lebih baik.Dari nikmat menulis untuk bermegah kepada menyampaikan dakwah islam.Tidak terkuis sedikit pun hak anda jika anda berpaling kearah novel islami.Kerana itu,saya berasa terpanggil untuk meletakkan hak mereka yang meminati novel islam ini nun jauh diatas palang pemikiran anda wahai RI.Ya,saya bukanlah pencinta novel islami secara zahirnya.Tetapi merasakan novel berbentuk ini akan sedikit sebanyak membantu golongan remaja.Apa tidak betulkah apabila diceritakan tentang adab-adab bersama isteri mengikut Rasulullah?apakah salah membaca doa meniti malam pertama?Fikirkanlah sahabat..




Ilmu Allah itu meluas.Teramatlah luas,maka adakah menyampaikan dakwah tentang hukum fiqh dan usulnya hanya dimedan ceramah sahaja?salahkah untuk mempelbagaikannya melalui penulisan novel?Allah mengetahui segala yang tersimpan di dalam hati manusia.



Wallahu'alam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates