This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
Friday, April 15, 2011
ارحم الضعفاء :inspirasi buatmu wanita mukminat
Inspirasi : Khas buat wanita mukminat yang mempertahankan helaian sutrah diwajahnya,kami pemuda Islam yakin setiap benang pada burqamu sebagai saksi atas apa yang dirimu pertahankan
بسم الله الرحمن الرحيم
ارحم الضعفاء تسعد،
وأعط المحتاجين تشافى،
ولا تحمل البغضاء تعافى.
تفاءل- تشاءم،
فاللّه معك،
والملائكة يستغفرون لك،
والجنة تنتظرك.
امسك دموعك،
بحسن الظنّ بربك،
واطرد همومك – همّ،
بتذكر نعم الله عليك.
لا تظن بأن الدنيا كملت لأخد،
فليس على ظهر الأرض،
من حصل له كل مطلوب،
وسلم من أي كدر.
كن كالنخلة عالية الهمة،
بعيدة عن الأذى،
اذا رميت بالتحجارة،
ألفت وطبها.
هل سمعت أن،
الحزن يعيد ما فات،
وأن الهم يصلح الخطاء،
فلماذا الخزن والهم؟
!!!!
وشكرا
البيهقي رائع..
Tuesday, April 12, 2011
Bulan pasti ada yang mesra

Bulan yang mesra
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..akhirnya,aku bangkit untuk update sengsangwang yang dah berkabut ni.Entry terakhir adalah awal januari dulu.Huh...lama tuh!Jalan ke sana sini menyebabkan aku jadi malas.Busy dengan persatuan,kelas,bahas dan praktikal pulak bakal menyusul.
Apapun,syukur kerana masih lagi tidak mahu mensia-siakan yang satu ni...blog.
Jadi manusia ni memang teramat bertuah,seribu satu rahmat.Boleh makan2,jalan2, boleh nyanyi,dan sebagainya.Tapi itulah manusia,tak pernah bersyukur.Diberi kelingking,nak manis,dah dapat manis,nak telunjuk,dah habis pakai telunjuk sampai separa puas,nak lengan.Begitulah seterusnya.So,kita tinggalkan manusia,biarkan manusia dengan nikmat mereka.
Bulan
Sejak akhir2 ni,aku suka tengok bulan.Bulan kat morocco ni,baru saja bangun dari beradu dek 'cuti' yang lama.Musim sejuk la katakan.Kesian bulan.Selamat kembali bulan!Cerita pasal bulan ni,membuatkan aku teringat kata2 pensyarah aku semalam.Dr Mahyuddin Khan,berdarah India tetapi berhijrah ke Pakistan.Untuk semester akhir ni,beliau mengajar subjek bahasa urdu.Seorang yang teramat cintakan syair (tak kira dalam bahasa arab atau urdu sekalipun).Yang pasti,aku juga salah seorang manusia yang suka (العبارات) termasuklah sukakan syair2 arab.
Syair yang paling kerap beliau sampaikan adalah syair Muhammad Iqbal.Huh,mantap!Salah satu syair beliau ada berkisar tentang ibarah bulan.
'Sesungguhnya bulan itu teramat indah,tapi indahnya bulan sepertimu,bukanlah aku'.
Sudahlah bulan,Kau memang tersangat indah!
Jenis Bulan ikut suka suki manusia.
Zaman kecik2 dulu,suka tengok Dragon Ball kat TV2..setiap sabtu dan ahad.Memang kena timing betul.Waktu cuti.huhu..Go Ku kalau tengah berlawan,tetiba ada bulan yang muncul,konfem mesti jadi serigala jadian yang besar.Itu kartun,memang merepek.
Lain mitos,bulan kalau muncul penuh waktu malam,hantu dan roh pasti berkeliaran.Yang ni aku memang tak berapa nak suka.Sebab bunyinya merepek..haha.Orang melayu je yang suka suki buat fitnah pasal bulan dan kaitan dengan roh atau hantu..huhu.
Mitos lain,bulan ni agak sinonim dengan bangsa india.Ya,mereka berpuasa untuk suami bila bulan penuh tiba.(Yang ni aku lagi tak paham,yang susah2 nak puasa untuk orang lain tuh kenapa!).Kononnya bulan boleh memberi semangat.Juga tanda si isteri atau pasangan perempuan boleh berbuka puasa bila bulan muncul..buatnya bulan tak muncul 3 hari waktu bulan purnama macamana?tak ke naya tak makan minum,mati sebab puasa..haha.
Lainnya lagi,bulan pula tanda serigala jadian terjadi.(Macam cerita trionovel Ramlee Awang Murshid).Kalau dengar je serigala menyalak waktu bulan purnama mengambang,tanda balan-balan datang.Yang ni lagi aku tak paham..haha.
Tutup cerita mitos.Teringat lagi waktu bulan puasa kecik2 dulu,aku suka tengok bulan.Waktu tengok bulan adalah waktu sahur.Buka tingkap,angin pagi masuk.Nampak bulan.Bulan nampak aku.Kami senyum.haha..seyes aku tipu.Sebenarnya,bila tengok je bulan,kita leh agak hari ke berapa kita berpuasa.Tak payah la mengharap kalendar.Sebab orang zaman dulu,tak ada la maju macam kita sekarang.Lagi tepat aku rasa.Satu lagi,feel la jugak tengok bulan ni,sedih tetiba..ingat dosa,selalu buat mak marah.
Bulan ni macam manusia.Sekejap besar,sekejap kecik.Macam aku jugak..sekejap besar,sekejap kecik pasal aku pergi jogging.Sifatnya pula,macam iman manusia,sekejap penuh..sekejap turun (kecik).Bulan jugak macam persahabatan.Sekejap baik,sekejap tak.huhu..Apapun,ke mana saja kita pergi,bulan tetap yang itu.Satu.
Sekian,
Anak bulan..,
*Dah dapat tajuk untuk urud ustaz rugi,pasal anak bulan hilal ramadhan. =)
Monday, January 3, 2011
Terkezut...

Salam
Situasi : dalam teksi
Aku : Assalamualaikum..pak cik,Bouhlal.. (rumah aku)
Pak cik teksi : Waalaikummussalam..ok,naiklah.
Lama pak cik itu diam.Kemudian..
Pak cik teksi : Kamu cakap bahasa arab?
Aku : Ya,insyaAllah.. (tersipu aku ala rosmah mansor -rosmah mansor lagi!)
Pak cik teksi : Perancis dan Inggeris?
Aku : Ya,pak cik..insyaAllah saya boleh bercakap bahasa inggeris dan sedikit perancis.Kenapa ya pak cik tanya?
Pak cik teksi : Aku terkejut kamu boleh bercakap bahasa arab.Fasih dan lancar kamu bertutur (tak pasal2 muka Amr Diyab tertelan bijih timah aku buat - penyanyi mesir).Sedangkan aku tahu kamu bukanlah orang sini (sambil merujuk negara beliau -morocco).Kamu dari negara mana?Kamu muslim?
Aku : Alhamdulillah saya muslim.Saya orang malaysia.(jawab aku dalam bahasa perancis - bajet giler..haha).Saya bukanlah pandai sangat bercakap bahasa arab pak cik.Tapi,sebab saya suka.
Pak cik teksi :Malaysia?MasyaAllah..manusia yang terbaik di dunia adalah orang malaysia.Sebab orang kamu ini (merujuk malaysia) orang-orang yang beradab.Baik.Cakap berhalus.Sopan.Bijak.Aku bangga ada negara islam maju macam Malaysia.Kamu ada teknologi yang hebat.Kamu ada menara yang canggih (KLCC).Aku merujuk negara kamu bukan aku tak suka negara islam - asia yang lain..tapi,dari segi cara berpakaian aku tahu kamu lebih baik.Aku selalu tengok orang malaysia berpakaian lebih baik masa aku pergi haji dulu.
Aku : (patutlah..dah pergi haji) *****
Aku diam sejenak.Kemudian bernyanyi anak perlahan...
Pak cik teksi : Kamu nyanyi lagu apa?boleh aku dengar?
Aku : (aishhh..pulak!!).Errr..pak cik nak saya nyanyi ke?tapi tak adalah sedap saya nyanyi pak cik.
Pak cik teksi : Tak apa,saja aku nak dengar bahasa negara kamu.
Aku pun nyanyi lah lagu nasyid In-Team.Nampak islamik sikit. Ngeeee..(plastik weh!)
Pak cik teksi : Kamu ada kelebihan.Suara kamu.
Aku : Kenapa pula dengan suara saya pak cik?
Pak cik teksi : Suara kamulah.Bagus.Alhamdulillah..Kamu boleh baca Al-Quran?aku nak dengar.
Aku : Pak cik,kalau saya boleh bercakap bahasa arab,maksudnya saya boleh baca quran la.Nak dengar?! (dah macam tukang tasmi' quran la pulak) ^-^
Aku pun (sambil kira-kira naik syeikh mutawalli ) bacalah Al-Quran.Lama aku baca.Surah Luqman.
Tiba-tiba..
Brekkkkkkkk...!!!!
Pak cik teksi : huh..kamu nak pergi mana tadi?bouhlal kan?
Aku : haah..tapi,inikan G5?la pak cik..macamana boleh sampai sini pula?saya kan nak ke Bouhlal..(tanya aku inginkan kepastian,sambil cover latah aku tadi..salahnya aku jugak sebab pejam mata sambil baca..huhu)
Pak cik teksi : aku asyik dengar kamu baca quran.Sampai tersilap jalan.
Aku : *************************
Macam tu lah serba sedikit kejadian yang selalu menimpa aku..hehe.Orang arab ini agak teruja bila ada sahaja orang asing dari negara asia terutama dari Malaysia.Dia punya hormat tu..masyaAllah!kalah raja. kuikuikui.Tambah isu haji.Adui..yang ini aku dah tak larat dengar.Asyik-asyik haji malaysia.Katanya bagus.Orang kita tawaduk.
Nak je cakap kat pak cik tu : pak cik,tu masa pergi haji dan umrah memanglah.Yang berbaki kat malaysia tu lagi la tabarakallah! haha.
Tudung jambul,seluar tak cukup sifat kejantanannya dan macam-macam lagi.
Kes bahasa arab pula,aku rasa sebab kami di Morocco ni sedikit sangat.So,kami macam contoh bila : anda berjalan di negara Perancis.Tiba-tiba disapa orang perancis yang boleh cakap melayu.haha..
Apa reaksi anda?
Macam itu jugalah dengan mereka arab morocco ni.Bila komuniti yang kecil yang sukar dijumpai oleh mereka rakyat morocco (kami orang malaysia),plus boleh cakap arab..mana tak terkejutnya beliau.
So,teruskan tradisi arab hormat kita walaupun sebaliknya anda adalah plastik mika yang senang dipatah-patahkan. ^-^.
*Tambahan : Teksi-teksi di Morocco berlainan warna mengikut wilayah masing-masing.
ElByhaqy,Bouhlal.
Tuesday, December 28, 2010
Saya berani...anda bagaimana?
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Sejak akhir ini,cerita mengenai syiah banyak yang masuk keluar telinga saya.Bak pepatah melayu : (saya ambil manfaat dari makna yang lain) sorong papan tarik papan yang merujuk kepada berita tersebut sedia keluar masuk telinga saya tanpa rasa segan silu,jauh sekali mengucapkan salam.
Pun begitu,saya bukanlah manusia yang hebat dalam bidang agama..cuma rasa ingin berkongsi sedikit apa yang saya rasakan (ilmu) bagi saya.
Pertamanya,saya cukup kasihankan saudara saya (tak perlulah saya sebutkan namanya),seorang doktor falsafah yang baru disandangnya baru-baru ini,juga merupakan seorang penulis novel terkenal tanah air yang dicopkan sebagai syiah.
Saya cukup faham akan perasaan beliau dan mengapa beliau beranggapan begitu.Mengapa beliau dilabelkan sebagai syiah melayu,kerana mutakhir ini setiap entri beliau sentiasa mengisahkan syiah..iran..turkey..dan sebagainya.
Atas alasan beliau adalah seorang sunni (fahaman aqidah),tapi merasa kasihan kepada mereka golongan syiah yang sentiasa ditindas dan dikatakan sesat sehingga hari kiamat.
Jika diberi pilihan berhadapan dengan beliau,apa yang anda ingin sampaikan kepada beliau?
Jika saya - pasti saya ingin berdialog untuk mengetahui apa sebenar yang bermain difikiran beliau sehingga masyarakat malaysia khususnya melabelkan beliau sebagai berfahaman syiah.Mungkin juga sesuatu telah dilakukan sehingga orang awam mengklasifikasikan beliau sebagai syiah.
Duduk perkara sebenar.
Jika anda membaca blog beliau,(khususnya mereka yang berfahaman sunni - ahlus sunnah wal jamaah) membuatkan reaksi hormon (marah) anda tidak seimbang.(walhal) Jika diteliti penulisannya,banyak yang rompong dan boleh diperdebatkan hebat - sehingga mematikan hujah beliau.Kerana sayang sekali beliau berfikiran sebegitu.
Saya cuba maksudkan disini,beliau ingin meng 'cover' golongan syiah atas dasar keprihatinan dan belas kasihan,tapi..jawapan dan kaedahnya adalah salah dan sama sekali boleh diperdebatkan sekaligus menjatuhkan hujah beliau.Kerana alasan dan pangkal pokok adalah lemah.
Perkara akidah jangan dibawa main.
Pertamanya,saya ingin membawa anda pulang semula kepada sirah kita.Bagaimana wujudnya syiah ini?adalah titik mula dari peperangan siffin..jika itu adalah benar,mengapa perpecahan yang dimulakan oleh golongan tersebut kita inginkan sebagai ikutan akidah?itu keutamaan jawapan anda.
Kedua,jika dilaman blog beliau habis-habisan mempertahankan syiah yang dianuti (melayu - syiah) iaitu:bukanlah jenis golongan seperti dari Iran dan Pakistan yang apabila sesuatu peristiwa,mereka suka menepuk-nepuk dada sehingga berdarah.Permasalahannya mereka itu syiah,dan tetaplah syiah..walaupun mereka bukan dari golongan yang meluka-lukakan badan,hakikatnya itulah syiah (yang berhaluan dan sehingga hari kiamat asyik mengatakan Muawiyah adalah pengkhianat agama!) - bayangkan sahabat dilabelkan begitu.Jika secara logiknya,kalaulah bukan kerana Muawiyah yang banyak memimpin peperangan,(secara logik akal kerana faktor memilih panglima perang juga adalah isu),mungkin sekali (dengan izin Allah taala) peperangan terhadap kafir tidak dimiliki umat islam ketika itu.Lantaran itu,membawa keselamatan yang amat kepada mereka (berhaluan syiah - ketika peperangan siffin).
Ketiga,mereka mengagung-agungkan Saidina Ali bin Abi Talib,hatta azan pun ditambahkan Ali..adakah pertepatan dengan azan yang dilafazkan oleh (bilal bin rabah)..sungguhpun azan bukanlah ayat quran,seharusnya kita melihat ini adalah apa yang disampaikan dan dilakukan pada zaman Rasulullah sehingga kini.Persoalan :Adakah Rasulullah dilupakan?
Keempat,saya secara peribadi tidak menyukai mereka (penulis) menulis nama-nama imam mereka dengan meletakkan pangkat (doa saya tahu) dipangkal atau dihujung seperti contoh as-syeikh,(a.s),dan sebagainya sekaligus mengangkat martabat mereka melebihi Rasulullah.Sedangkan cara penulisan nama para anbiya pula tidak disertakan dengan sebegitu rupa?
Kelima,mengapa Saidina Hussin?jika masyarakat arab..seseorang perlu dijadikan role model untuk menaikkan semangat juang (khususnya para pejuang agama).Lantas Saidina Hussin diagung-agungkan dek kerana beliau yang syahid ketika peperangan.Ini tidak salah sebagai hanya menaikkan semangat juang orang muslimin,tetapi bukanlah sehingga melupai dan mengetepikan sahabat lain untuk dijadikan 'roh' juang.Mengangkat martabat Hussin sahaja melebihi sahabat yang lain?
Jawapan saya mengenai penulisan (novelis itu) terhadap respon beliau - fatwa yang telah dikeluarkan oleh bekas Penasihat Istana Negara,Datuk Hassan Din Al-Hafiz berhubung isu kahwin 'mut'ah' - dan perkahwinan diantara mazhab (akidah) sunni dan syiah yang menjurus kepada zina sehingga jika si isteri melahirkan anak,maka anak itu adalah anak zina..(bermaksud ber 'bin' kan Abdullah).
Di dalam entri (terbaru) beliau ada menyebut tentang - bermafhum - Datuk Hassan adalah menqazafkan mereka yang kahwin (sunni-syiah,syiah-syiah) termasuk mereka yang menuduh zina. (Mafhum lain ibarat Datuk Hassan memfitnah wanita solehah berzina).Apakah ini?
Qazaf = Menuduh seseorang wanita solehah berzina.
Saya ambil satu contoh : Mariam,ibu Isa 'Alaihissalam melahirkan Isa tanpa bapa.Diragui oleh masyarakat sekeliling dengan menuduh Mariam berzina.Maka itu kita boleh katakan sebagai qazaf.
Adapun jika beliau (Datuk Hassan) berkata sedemikian,maka beliau sedang berFATWA.Berfatwa dan menuduh orang berzina adalah sesuatu yang berlainan..kerana jika bukan beliau (ulama) berfatwa atau berijtihad,maka sesuatu hukum agak sukar dicapai (berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi).
Dan jika bukan beliau (ulama),kita nak harapkan siapa lagi perihal agama.Artis?
Pun jika melabelkan Rosmah Mansor pula kuno dalam bab fesyen islami..iapa pandangan anda pula jika menyanjung si (peraga fesyen) bertudung tapi menampakkan jambul dihadapan?Tidaklah islami sebegitu.
Terkesannya apabila mewarning masyarakat,khususnya blogger dan forum berkata tentang beliau..maka,sudah,cukup-cukuplah bercakap tentang syiah yang membawa kepada fitnah untuk diri sendiri walhal anda bukanlah sebegitu.Bagaimana mahu 'memotong' tangan blogger-blogger dari terus menulis sedangkan anda belum berhenti dari menulis tentangnya.
Bayangkan anda seorang ulama,anda berfatwakan sesuatu yang perkara..tetapi tidak dipersetujui (adalah biasa),malahan (fatwa anda tadi) disabitkan sebagai hudud iaitu qazaf!Cetek ilmu seorang yang mendalami agama jika perbuatan memberi fatwa dan menuduh itu tidak tahu dibezakan.
Diakhir zaman ini,saya rasa apa yang perlu dilakukan oleh kita orang yang beragama,perlulah menyatu-padukan umat islam,mengingatkan agar yang lalai kembali 'segar' semula dengan apa yang mereka lalui.Itu adalah kita.
Saya sebenarnya amat rindukan penulisan beliau di blog (rujuk sastera) - kerana gaya penulisan beliau amat saya minati.Mulut manusia sampai bila tidak boleh ditutup,walaupun disaman sekalipun.
Waallahua'lam
El-Byhaqi,Rabat
28 Disember 2010
Monday, December 27, 2010
Kalau tak jadi,jangan la sedih..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Kerja-kerja 'blog running' masih berjalan seperti biasa..
Walaupun esok exam untuk subjek maqasid (kalau mak aku tahu aku tak study sekarang confirm aku kena hukum hudud! haha)..aku terpaksa juga meneruskan 'blog surfing' aku ni - walaupun terdetik juga nak baca (baca dah sikit sebenarnya)..
Sedang aku 'jalan-jalan sambil mengesot' dari satu blog ke satu blog..aku terbuka blog seseorang yang tinggal di saudi..ya,saudi arabia..
Sebut sahaja Saudi mesti teringatkan tempat suci bagi setiap muslim..
waima manusia yang 'jauh' dari Tuhan,pun disudut hati aku percaya mereka masih lagi merasakan itulah tempat yang terbaik di dunia ini.
Aku tahu semua manusia mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke sana.. khususnya umat islam.
KAABAH
Hati jadi sedih..kerana tak kesampaian..
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian,aku sudah.....(sambung la ayat sendiri) untuk ke Saudi pada cuti musim panas yang lepas..tapi,mungkin Allah tak mengizinkan lagi,bukan rezeki aku..Allah meletakkan sesuatu yang lebih baik lagi buatku.
Maka,bersangka baik dengan Allah itu adalah sifat orang yang beriman.. ^-^
Aku terpaksa berkorban segalanya..untuk buat urusan visa yang teramatlah susah,ditambah lagi dengan kerenah pihak kedutaan saudi..Ujian sebelum anda pergi menjadi tetamuNya.Segala dokumen sudah aku sediakan,tapi masih ada ujian dan dugaan dihadapan yang aku tak tahu.Kuasa Tuhan kita tak boleh duga.
Aku masih belum terpilih..
MasyaAllah...
Aku tak putus asa,maka hati dirawati dengan diisi pergi ke tempat lain yang hampir kepadaNya aku rasa..Alhamdulillah,hati berjaya dirawat.
Pun begitu,setiap kali melihat foto-foto sahabat yang berkunjung ke sana,membuatkan hati aku pilu..jeles sebab mereka sudah menjadi tetamu..
Ya,hati aku sudah lama berada disitu sebenarnya..(sedih pula)..
Untuk ubat hati serta memotivasikan diri juga,aku selalu tonton filem islami indonesia - emak mau naik haji.. (masyaAllah..sedih,hajat tak kesampaian..bagus untuk ditonton la)
Di saudi sana,aku mempunyai saudara mara..ya,sepupu mak aku yang selalu mak ceritakan pada kami adik beradik..kami tak pernah pun berjumpa..sebab,masa mak kecil lagi,sepupu mak dibawa ke saudi,berkahwin pula dengan orang arab..cuma yang tidak menjadi putusnya darah daging,nenek kepada sepupu mak aku (mak saudara mak aku - Tok Teh - adik nenek aku - merangkap juga nenek saudara aku *konfem korang pening kan baca salasilah ni?haha) pernah menyusukan mak aku dulu..so,mak aku dengan sepupu lelaki dia memang tak tanggal wuduk,sebab saudara sesusu adalah seperti adik beradik halnya.
Kali terkahir dia pernah balik malaysia sekali dulu masa nenek balik dari haji..lepas itu dia tak pernah balik..so,kalau jadi,ingat memang nak duduk rumah dia..tapi yelah kan,kami sepupu-sepupu tak pernah jumpa dah..anak beranak dia pun dah semua cakap bahasa arab..anak-anak dia pula (dua pupu aku) kahwin pula dengan arab menyebabkan tradisi keluarga arab - melayu tak henti-henti.So,yang kenal sesama mereka hanyalah mak aku dan nenek aku sahaja.
Ok,stop pasal cerita keluarga aku di Mekah..(panjang lagi ceritanya)!
Jadi,baik kita bermuhasabah,apa sebenarnya yang menjadi penghalang?mungkinkah sebenarnya aku masih belum bersedia?atau Allah mahu meletakkan 'sesuatu' yang terbaik buatku?dan aku tak putus berdoa moga Allah sampaikan aku ke sana juga suatu hari nanti,Wallahua'lam.
Mudah-mudahan Allah bagi yang terbaik buat kita semua..ada hikmahnya.. ^-^
Nasihat aku : kalau tak jadi,tak apalah.Cuma bersedialah untuk hari-hari yang mendatang..
Aku terlampau emosi la pulak! huhu
Byhaqiy,Rabat
Sunday, December 26, 2010
Jadwal..
Salam..
Selesai sudah 'blog walking'..tiba giliran untuk aku menghuphate pula..
Nak ada mood untuk update blog ni senang aje..anda2 perlu buat 'blog running' sahaja..haha
InsyaAllah,idea datang sambil mengesot..!
So,tiba2 pula rasa nak huphate blog aku ni disebabkan aku baca blog encik syahidd bersama hausmetnya encik azim..malas nak cerita pasal blog huma sekalian..yang pastinya,ketika anda membaca,sila bayangkan mereka berdua berada dikiri dan kanan anda sambil menggeletek pinggang ramping anda..haha
so funny!
Juga mood english aku yang tak habis2 lagi..
Nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ada subject english..dalam kelas untuk semester kali ini memang aku pasive aka malu2 macam tu,tak macam semester 3 yang lepas..aku teramat lah aktif..so,dalam kelas tempoh hari,teacher tu dengan baiknya telah meminta aku untuk membacakan resepi masakan yang kami buat..dengan lantangnya aku membaca la apa yang telah kami tuliskan..mahu tak ternganga mulut teacher tu dengar first time aku baca..(budget pulak)..huhu
Dan minggu lepas juga student UK datang melawat kami..(kami?) - Morocco la..
Jadi apa lagi,naik la syeikhah rihanna aku tuh..haha..english again!
Kesimpulannya minggu lepas aku banyak ber ' sepik' ing la kononnya..haha
Bagus juga kadang2... ^-^
-------------------------
Dibawah ini adalah jadual peperiksaan aku yang aku buat sendiri (kuliah aku mana la nak buat jadual2 macam ni..kalau ada pun,2040!..kot ada) :
1-Selasa - Dr Bouchra 'Allam - 1 p.m
2-Rabu - Dr Abd Razak Al-Jai - 12.30 p.m
3-Khamis - Dr Al-Bukhari -
4-Jumaat - Prof Fatimah - 2 p.m
5- Sabtu - I3lamiyyat - 10.10 a.m
Dan berbaki lagi subjek2 yang baru selesai satu dan berbaki lagi..aduh,banyak lagi rupanya..
Ya Allah,permudahkanlah urusan aku..moga2 aku tenang dalam menjawab segala soalan peperiksaan dengan cemerlang..amin
Al-Baihaqi,Rabat
Monday, December 20, 2010
Bahas akhir

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah
Assalamualaikum..
21 Disember 2010 adalah esok.
Esok adalah 21 Disember 2010.
Bukan main risau lagi aku sebab esok aku kena berjumpa dengan musyrifah bahas..
Musyrifah bermaksud profesor yang bakal dia nilai bahas kita dan bidangnya sememangnya apa yang kita buat..(berbelit ayat)
Bahas?
Ya,bahas..(tapi ini bukanlah bahas aka debat..)
Bahas = ejaan dalam arabnya =ba,ha,tha..
adalah asignment macam pelajar universiti malaysia selalu buat..itu dapatkan ijazah sempena tahun akhir..(sorry to say..in arabic ya..full!)
Tajuknya..telah aku pilih..mengenai falsafah..skopnya,mantiq..kecilkan lagi babnya..istidlal(yang menjadi debatan hangat kat wall aku suatu ketika dahulu samada letak huruf hamzah atau tak..) huhu..
Ringkas tentang tajuk
Istidlal ini dalam bahasa melayunya kita sebut cara untuk dapatkan dalil (bukti)..tambahan =alif,sin,dan ta dalam kaedah bahasa arab bermaksud tolab = meminta untuk diadakan..
Istidlal ini luas skop perbincangannya,tapi aku suka istidlal dari segi rumus mantiq (logik akal) dibawah tajuk..Qaedah Kulliyah.Tapi kalau di Al-Azhar,sememangnya student usuluddin sahaja yang study benda2 macam ini..tapi,this is morocco! everything can happen!
Logik ke atau tidak,Wallaua3lam ^-^ kerana aku sememangnya sukakan ilmu mantiq dari zaman sekolah menengah lagi..tak hairan lah kalau SMA sememangnya aku dapat A+ untuk madah mantiq ini..haha..(bangga itu bagus untuk kesihatan ye sedara2)..
_______________________________
Nak cerita apa esok?
Entah lah..aku rasa mungkin arab pun tak buat pasal falsafah ini..sebab aku nak buat sangat,aku nampak senang bab ini..so,kalau ustazah tanya,jawablah berdasarkan (A+ SMA aku dulu tu) haha..
Boleh..InsyaAllah! =)
Tapi masalahnya rujukan susah nak cari..habis merata library dah aku cari..lastly,tengok rujukannya banyak di saudi..saudi?yeah..saudi!
Jadi,aku pun belilah rujukan sekadar yang ada dan cuba juga aku buat..
Pilihan kedua bahas aku adalah mengenai undang-undang syariah..iaitu hukum ta3zir di negara2 islam..jadi atau tidak entahlah sebab,musyrifnya adalah ketua jabatan aku..so,dialah musyrif untuk student ijazah..master pun dia..doktor falsafah pun dia..maklum lah ulama besar morocco.. ^-^
Apapun doakan kejayaan aku semoga aku dapatlah buat bahas ini dengan baik,dan Allah permudahkan urusan aku untuk buat bahas akhir ini..!dah tak lama nak balik malaysia ni!
+++++++++++++++
Sedar tak sedar,dah hampir tiga tahun dah aku berada diperantauan..manakan tidak..sampaikan aku pernah bercakap pada senior aku..
''abg rahim,ingt x 2 tahun lepas awk ambik sy kat airport,sedar2 skng sy dh nk buat bahas..''
dia pun senyum sumbing.. ^_^
Masa pantas berlalu..Ya Allah kalaulah aku terleka sedetik padaMu,ku mohon janganlah engkau campakkan aku kedalam api nerakaMu..sesungguhnya azabMu amatlah pedih..amin..
Al-Baihaqi
Rabat..



6:28 AM
Al-Baihaqi
