Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, December 28, 2010

Saya berani...anda bagaimana?



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sejak akhir ini,cerita mengenai syiah banyak yang masuk keluar telinga saya.Bak pepatah melayu : (saya ambil manfaat dari makna yang lain) sorong papan tarik papan yang merujuk kepada berita tersebut sedia keluar masuk telinga saya tanpa rasa segan silu,jauh sekali mengucapkan salam.

Pun begitu,saya bukanlah manusia yang hebat dalam bidang agama..cuma rasa ingin berkongsi sedikit apa yang saya rasakan (ilmu) bagi saya.

Pertamanya,saya cukup kasihankan saudara saya (tak perlulah saya sebutkan namanya),seorang doktor falsafah yang baru disandangnya baru-baru ini,juga merupakan seorang penulis novel terkenal tanah air yang dicopkan sebagai syiah.

Saya cukup faham akan perasaan beliau dan mengapa beliau beranggapan begitu.Mengapa beliau dilabelkan sebagai syiah melayu,kerana mutakhir ini setiap entri beliau sentiasa mengisahkan syiah..iran..turkey..dan sebagainya.
Atas alasan beliau adalah seorang sunni (fahaman aqidah),tapi merasa kasihan kepada mereka golongan syiah yang sentiasa ditindas dan dikatakan sesat sehingga hari kiamat.

Jika diberi pilihan berhadapan dengan beliau,apa yang anda ingin sampaikan kepada beliau?

Jika saya - pasti saya ingin berdialog untuk mengetahui apa sebenar yang bermain difikiran beliau sehingga masyarakat malaysia khususnya melabelkan beliau sebagai berfahaman syiah.Mungkin juga sesuatu telah dilakukan sehingga orang awam mengklasifikasikan beliau sebagai syiah.

Duduk perkara sebenar.

Jika anda membaca blog beliau,(khususnya mereka yang berfahaman sunni - ahlus sunnah wal jamaah) membuatkan reaksi hormon (marah) anda tidak seimbang.(walhal) Jika diteliti penulisannya,banyak yang rompong dan boleh diperdebatkan hebat - sehingga mematikan hujah beliau.Kerana sayang sekali beliau berfikiran sebegitu.

Saya cuba maksudkan disini,beliau ingin meng 'cover' golongan syiah atas dasar keprihatinan dan belas kasihan,tapi..jawapan dan kaedahnya adalah salah dan sama sekali boleh diperdebatkan sekaligus menjatuhkan hujah beliau.Kerana alasan dan pangkal pokok adalah lemah.

Perkara akidah jangan dibawa main.

Pertamanya,saya ingin membawa anda pulang semula kepada sirah kita.Bagaimana wujudnya syiah ini?adalah titik mula dari peperangan siffin..jika itu adalah benar,mengapa perpecahan yang dimulakan oleh golongan tersebut kita inginkan sebagai ikutan akidah?itu keutamaan jawapan anda.

Kedua,jika dilaman blog beliau habis-habisan mempertahankan syiah yang dianuti (melayu - syiah) iaitu:bukanlah jenis golongan seperti dari Iran dan Pakistan yang apabila sesuatu peristiwa,mereka suka menepuk-nepuk dada sehingga berdarah.Permasalahannya mereka itu syiah,dan tetaplah syiah..walaupun mereka bukan dari golongan yang meluka-lukakan badan,hakikatnya itulah syiah (yang berhaluan dan sehingga hari kiamat asyik mengatakan Muawiyah adalah pengkhianat agama!) - bayangkan sahabat dilabelkan begitu.Jika secara logiknya,kalaulah bukan kerana Muawiyah yang banyak memimpin peperangan,(secara logik akal kerana faktor memilih panglima perang juga adalah isu),mungkin sekali (dengan izin Allah taala) peperangan terhadap kafir tidak dimiliki umat islam ketika itu.Lantaran itu,membawa keselamatan yang amat kepada mereka (berhaluan syiah - ketika peperangan siffin).

Ketiga,mereka mengagung-agungkan Saidina Ali bin Abi Talib,hatta azan pun ditambahkan Ali..adakah pertepatan dengan azan yang dilafazkan oleh (bilal bin rabah)..sungguhpun azan bukanlah ayat quran,seharusnya kita melihat ini adalah apa yang disampaikan dan dilakukan pada zaman Rasulullah sehingga kini.Persoalan :Adakah Rasulullah dilupakan?

Keempat,saya secara peribadi tidak menyukai mereka (penulis) menulis nama-nama imam mereka dengan meletakkan pangkat (doa saya tahu) dipangkal atau dihujung seperti contoh as-syeikh,(a.s),dan sebagainya sekaligus mengangkat martabat mereka melebihi Rasulullah.Sedangkan cara penulisan nama para anbiya pula tidak disertakan dengan sebegitu rupa?

Kelima,mengapa Saidina Hussin?jika masyarakat arab..seseorang perlu dijadikan role model untuk menaikkan semangat juang (khususnya para pejuang agama).Lantas Saidina Hussin diagung-agungkan dek kerana beliau yang syahid ketika peperangan.Ini tidak salah sebagai hanya menaikkan semangat juang orang muslimin,tetapi bukanlah sehingga melupai dan mengetepikan sahabat lain untuk dijadikan 'roh' juang.Mengangkat martabat Hussin sahaja melebihi sahabat yang lain?

Jawapan saya mengenai penulisan (novelis itu) terhadap respon beliau - fatwa yang telah dikeluarkan oleh bekas Penasihat Istana Negara,Datuk Hassan Din Al-Hafiz berhubung isu kahwin 'mut'ah' - dan perkahwinan diantara mazhab (akidah) sunni dan syiah yang menjurus kepada zina sehingga jika si isteri melahirkan anak,maka anak itu adalah anak zina..(bermaksud ber 'bin' kan Abdullah).

Di dalam entri (terbaru) beliau ada menyebut tentang - bermafhum - Datuk Hassan adalah menqazafkan mereka yang kahwin (sunni-syiah,syiah-syiah) termasuk mereka yang menuduh zina. (Mafhum lain ibarat Datuk Hassan memfitnah wanita solehah berzina).Apakah ini?

Qazaf = Menuduh seseorang wanita solehah berzina.

Saya ambil satu contoh : Mariam,ibu Isa 'Alaihissalam melahirkan Isa tanpa bapa.Diragui oleh masyarakat sekeliling dengan menuduh Mariam berzina.Maka itu kita boleh katakan sebagai qazaf.

Adapun jika beliau (Datuk Hassan) berkata sedemikian,maka beliau sedang berFATWA.Berfatwa dan menuduh orang berzina adalah sesuatu yang berlainan..kerana jika bukan beliau (ulama) berfatwa atau berijtihad,maka sesuatu hukum agak sukar dicapai (berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi).
Dan jika bukan beliau (ulama),kita nak harapkan siapa lagi perihal agama.Artis?

Pun jika melabelkan Rosmah Mansor pula kuno dalam bab fesyen islami..iapa pandangan anda pula jika menyanjung si (peraga fesyen) bertudung tapi menampakkan jambul dihadapan?Tidaklah islami sebegitu.

Terkesannya apabila mewarning masyarakat,khususnya blogger dan forum berkata tentang beliau..maka,sudah,cukup-cukuplah bercakap tentang syiah yang membawa kepada fitnah untuk diri sendiri walhal anda bukanlah sebegitu.Bagaimana mahu 'memotong' tangan blogger-blogger dari terus menulis sedangkan anda belum berhenti dari menulis tentangnya.

Bayangkan anda seorang ulama,anda berfatwakan sesuatu yang perkara..tetapi tidak dipersetujui (adalah biasa),malahan (fatwa anda tadi) disabitkan sebagai hudud iaitu qazaf!Cetek ilmu seorang yang mendalami agama jika perbuatan memberi fatwa dan menuduh itu tidak tahu dibezakan.

Diakhir zaman ini,saya rasa apa yang perlu dilakukan oleh kita orang yang beragama,perlulah menyatu-padukan umat islam,mengingatkan agar yang lalai kembali 'segar' semula dengan apa yang mereka lalui.Itu adalah kita.

Saya sebenarnya amat rindukan penulisan beliau di blog (rujuk sastera) - kerana gaya penulisan beliau amat saya minati.Mulut manusia sampai bila tidak boleh ditutup,walaupun disaman sekalipun.

Waallahua'lam

El-Byhaqi,Rabat

28 Disember 2010

1 comments:

Jong said...

Salam

Adakah syiah kafir?

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates