Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, December 20, 2010

Bahas akhir




Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

Assalamualaikum..

21 Disember 2010 adalah esok.
Esok adalah 21 Disember 2010.

Bukan main risau lagi aku sebab esok aku kena berjumpa dengan musyrifah bahas..
Musyrifah bermaksud profesor yang bakal dia nilai bahas kita dan bidangnya sememangnya apa yang kita buat..(berbelit ayat)

Bahas?

Ya,bahas..(tapi ini bukanlah bahas aka debat..)
Bahas = ejaan dalam arabnya =ba,ha,tha..
adalah asignment macam pelajar universiti malaysia selalu buat..itu dapatkan ijazah sempena tahun akhir..(sorry to say..in arabic ya..full!)

Tajuknya..telah aku pilih..mengenai falsafah..skopnya,mantiq..kecilkan lagi babnya..istidlal(yang menjadi debatan hangat kat wall aku suatu ketika dahulu samada letak huruf hamzah atau tak..) huhu..

Ringkas tentang tajuk

Istidlal ini dalam bahasa melayunya kita sebut cara untuk dapatkan dalil (bukti)..tambahan =alif,sin,dan ta dalam kaedah bahasa arab bermaksud tolab = meminta untuk diadakan..

Istidlal ini luas skop perbincangannya,tapi aku suka istidlal dari segi rumus mantiq (logik akal) dibawah tajuk..Qaedah Kulliyah.Tapi kalau di Al-Azhar,sememangnya student usuluddin sahaja yang study benda2 macam ini..tapi,this is morocco! everything can happen!

Logik ke atau tidak,Wallaua3lam ^-^ kerana aku sememangnya sukakan ilmu mantiq dari zaman sekolah menengah lagi..tak hairan lah kalau SMA sememangnya aku dapat A+ untuk madah mantiq ini..haha..(bangga itu bagus untuk kesihatan ye sedara2)..

_______________________________

Nak cerita apa esok?

Entah lah..aku rasa mungkin arab pun tak buat pasal falsafah ini..sebab aku nak buat sangat,aku nampak senang bab ini..so,kalau ustazah tanya,jawablah berdasarkan (A+ SMA aku dulu tu) haha..

Boleh..InsyaAllah! =)

Tapi masalahnya rujukan susah nak cari..habis merata library dah aku cari..lastly,tengok rujukannya banyak di saudi..saudi?yeah..saudi!
Jadi,aku pun belilah rujukan sekadar yang ada dan cuba juga aku buat..

Pilihan kedua bahas aku adalah mengenai undang-undang syariah..iaitu hukum ta3zir di negara2 islam..jadi atau tidak entahlah sebab,musyrifnya adalah ketua jabatan aku..so,dialah musyrif untuk student ijazah..master pun dia..doktor falsafah pun dia..maklum lah ulama besar morocco.. ^-^

Apapun doakan kejayaan aku semoga aku dapatlah buat bahas ini dengan baik,dan Allah permudahkan urusan aku untuk buat bahas akhir ini..!dah tak lama nak balik malaysia ni!

+++++++++++++++

Sedar tak sedar,dah hampir tiga tahun dah aku berada diperantauan..manakan tidak..sampaikan aku pernah bercakap pada senior aku..

''abg rahim,ingt x 2 tahun lepas awk ambik sy kat airport,sedar2 skng sy dh nk buat bahas..''

dia pun senyum sumbing.. ^_^

Masa pantas berlalu..Ya Allah kalaulah aku terleka sedetik padaMu,ku mohon janganlah engkau campakkan aku kedalam api nerakaMu..sesungguhnya azabMu amatlah pedih..amin..

Al-Baihaqi

Rabat..



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates