Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, August 22, 2009

Tahniah Rebecca Ilham...

Rebecca Ilham;Penasihat GrupAssalamualaikum..Tahniah!mabruk saya ucapkan buat kak becky a.k.a Rebecca Ilham@Hazwani Ramli kerana cerpen beliau yang tersiar di akhbar hari ini bertajuk:Angin Pada Mekar Kuntum Sakura (kena baca ni).Mungkin kerana barakah bulan puasa agaknya.Kak becky,penasihat bagi GKLN merupakan orang kuat grup ini.InsyaAllah,akan datang kita pula yang mengikut jejak langkah kak becky.Ya,ada betul juga apa yang dikatakan oleh saudara fahd razy.InsyaAllah kami sahut cabaran anda ya fahd!Wassal...

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Marhaban..Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.. Pejam celik,sudah hampir setahun saya berada di Kota Rabat,Morocco.Asalnya memasang niat untuk mendalami ilmu Allah Taala.Genap sudah ramadhan setahun yang lepas saya tinggalkan dan lembaran ramadhan yang baru meniti kali pertama di bumi maghribi ini.Dan genap setahun jugalah saya meninggalkan keluarga. Pada asalnya sangkaan saya negara jajahan perancis ini akan mengalami kelewatan mula berpuasa.Berkira-kira akan jatuh pada hari ahad iaitu 23 ogos.Maha suci Allah,jika saya tidak bertanya jiran tetangga arab,kemungkinan kami tidak mengetahui puasa adalah pada hari sabtu.Tanpa televisyen dirumah,sudah tentu menyukarkan kami mahasiswa malaysia untuk mengetahui...

Wednesday, August 19, 2009

Novel Pop Islami

novel-novel islami yang terus dikritik penerbitannyaAssalamualaikum...Apabila saya membaca satu entry sahabat saya mengenai novel pop islami yang beliau rasakan rimas dengan kebanjiran novel berbentuk kontemporari dan novel berbentuk islami dipasaran sekarang,saya merasakan beliau bukanlah seorang yang mahir atau mampu menilai novel islami secara batiniyyah.Ini kerana mungkin kebencian beliau membaca novel islami yang asyik mengharamkan hukum haram dan menghalalkan yang halal juga sebaliknya.Misalannya novel Ayat-ayat cinta atau ketika cinta bertasbih.Tetapi,pada hemat saya beranggapan bahawa novel islami adalah melingkupi cangkupan novel yang sesuai untuk kemaslahatan remaja khususnya.Mungkin kerana beliau inginkan novel yang islami tetapi...

Blame on me..

Assalamualaikum..Syukur ke hadrat Allah taala,ketika mana entry ini ditinta,saya masih mampu bernafas atas rahmat Allah.Bernafasnya aku wahai tuhan atas nikmatMu.Sungguhpun begitu,hambaMu ini teramatlah bersyukur ya Rabb.Pada malam tadi,setelah makan malam berseorangan secara ala kadar,saya cuba membaca blog rakan-rakan saya di Malaysia yang kini berada bertebaran di universiti-universiti tempatan.Begitu juga dengan blog sahabat GKLN yang cukup saya kagumi melalui penulisan mereka.Alhamdulillah,segalanya saya telah saya sempurnakan.Begitu juga cuba mencari sinopsis bagi novel terbaru Ramlee berjudul Mikhail yang berada dipasaran sekarang.Sedar,jam sudah menunjukkan jam 1.48 pagi waktu morocco.Saya cuba melelapkan mata.Tiba-tiba saya teringatkan blog rakan saya.Tidak perlulah saya nyatakan...

Tuesday, August 18, 2009

Ustaz Hadhari..

Bismiillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala kerana udara dan oksigen yang dipinjam kepada saya buat sementara waktu masih lagi segar untuk saya hirup.Alhamdulillah.Syukur tak terhingga hambaMu panjatkan Ya Rabb.Entahlah!di saat waktu genting petang sebegini,saat manusia menuju ke Mahattah Qitar Kenitra untuk pulang ke destinasi masing-masing,otak saya masih ligat berfikir,tiba-tiba...saya teringatkan seorang ustaz di Malaysia yang cukup saya segani dahulu.Bermula detik beliau saat muncul dikhalayak umum,berpakaian serba putih,berjubah,berserban!!paling mengejutkan saya insan ini mampu berceramah dikhalayak ramai!!ya...mungkin kerana beliau ustaz yang baru 'terinsaf' dari masa lampau.Tidak hairan..Akan tetapi ceramah beliau itu bukanlah rancangan...

Monday, August 17, 2009

Mawwal 'Arabi

Assalamualaikum.. Semakin ramai pula yang bertanyakan saya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan suara al-ahadd.Baiklah,persoalannya:Pernahkah anda menonton atau mendengar mawwal 'arabi??apa itu mawwal??dan apakah peranannya??mawwal bukanlah sejenis makanan ataupun pakaian.Mawwal adalah satu seni suara dalam dunia arab.Masyarakat arab amat menggemari mawwal ini (kecuali morocco,sebab saya tak pernah dengar lagi sebenarnya..arab mesir memang meminati mawwal ni kalau tak silap).Kebiasaanya mawwal ini dinyanyikan oleh seorang,berdua,atau bertiga.Diberi satu tajuk contohnya mengenai pangkat manusia atau kecantikan wanita.Maka dilafazkan dalam bentuk nyanyian oleh penyanyi.Sebenarnya mawwal bukanlah nyanyian seperti lagu-lagu arab yang lain.Menyanyi dalam keadaan "bercakap".Bermaksud,menyanyi...

Sunday, August 16, 2009

Tarannum Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Adakah anda mengetahui lagu-lagu taranum,jenisnya atau tausihnya??sebenarnya,taranum-taranum ini mempunyai asal usul yang menarik.Pada asalnya,lagu-lagu ini just di'ambil' dan diolah.Dikatakan berasal dari bunyi-bunyian alam sekeliling.Misalannya,dari deruan padang pasir,angin,bunyi air dan sebagainya. Terus terang saya katakan disini,mempelajari taranum Al-Quran adalah merupakan suatu hobi saya yang cukup saya minati dari kecil.Menceritakan pengalaman saya mula-mula mempelajari Al-Quran ketika berumur 5 tahun.Dari pengenalan huruf sehingga mampu membaca dengan sendirinya.Mula mengenal huruf melalui bonda saya yang turut merupakan seorang Qariah!!mungkin nasab agaknya~sehingga terbit ubun-ubun lagu...

Rasulullah...

Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa pada satu malam,Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118). Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini. Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118) Diriwayatkan oleh Abdullah...

Anak sulong vs Anak bongsu

Assalamualaikum... Pernahkah anda terfikir apakah perbezaan di antara anak sulong dengan anak bongsu??atau..pernahkah anda terfikir jika anda sebenarnya anak sulong menjadi anak bongsu ataupun anda anak bongsu menjadi anak sulong??pelbagai spekulasi manusia berkaitan anak sulong yang dikatakan bersifat 'matang' dan anak bongsu yang disifatkan 'terlebih manja'.Apapun yang ditanggapi,jom kita sama-sama selidiki.hehe.. Mengikut kajian oleh Alfred Adler,anak sulong akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapanya.Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah kepada adik-adiknya.Anak ini adalah mengalami masalah dentroned.Dia harus belajar berkongsi sesuatu dengan adiknya.Ibu bapa pula meletakkan harapan...

Saturday, August 15, 2009

Salam Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah...baiklah,dari blog friendster telah saya tukarkan kepada blogspot.Diharapkan kepada pembaca sekalian dapatlah mengambil input yang berguna.Segala kelemahan pada blog saya ini,saya dahulukan dengan kalimah "maaf",andai pada blog penulisan blog saya ini akan membuatkan anda berasa hati,sakit hati,makan hati,terlebih hati...tersadung hati...dan sebagainyalah,jutaan maaf saya lafazkan. Dan sekiranya penulisan saya ini membuatkan hati anda terhibur,ketahuilah...sesungguhnya diri saya yang kerdil ini amatlah gembira.Gembira kerana dapat menggembirakan hati manusia lain.Sebab,hati manusia ini kalau tidak digembirakan maka pilulah ia dan kosong lagi tidaklah bermakna.dan apabila ditanya oleh sahabat...

Page 1 of 1512345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates