Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, August 19, 2009

Blame on me..

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Allah taala,ketika mana entry ini ditinta,saya masih mampu bernafas atas rahmat Allah.Bernafasnya aku wahai tuhan atas nikmatMu.Sungguhpun begitu,hambaMu ini teramatlah bersyukur ya Rabb.

Pada malam tadi,setelah makan malam berseorangan secara ala kadar,saya cuba membaca blog rakan-rakan saya di Malaysia yang kini berada bertebaran di universiti-universiti tempatan.Begitu juga dengan blog sahabat GKLN yang cukup saya kagumi melalui penulisan mereka.Alhamdulillah,segalanya saya telah saya sempurnakan.Begitu juga cuba mencari sinopsis bagi novel terbaru Ramlee berjudul Mikhail yang berada dipasaran sekarang.Sedar,jam sudah menunjukkan jam 1.48 pagi waktu morocco.Saya cuba melelapkan mata.

Tiba-tiba saya teringatkan blog rakan saya.Tidak perlulah saya nyatakan nama beliau.Saya terus meneliti setiap sahabat kami yang di'link'kan beliau.Saya jumpa seorang sahabat lama.Saya terus membuka dan membaca.Alangkah terkejutnya saya apabila membaca entrynya.Serangan terhadap diri saya.Privacy!!entah dimana jumpanya beliau akan blog saya ini.Walhal,saya merasakan blog saya ini baru sahaja dilahirkan.Aneh!!Hilang rasa hormat beliau pada saya selaku sahabatnya dengan hanya pengalaman yang lepas.Sahabat,masihkah berbisa hatimu??hanya peristiwa 3-4 tahun yang lepas masih segar dalam benakmu??Setiap leretan tohmahan serta kritikan beliau saya dahulukan dengan kalimah 'syukran'.Tak terjangkau kalimah syukran saya panjatkan diatas kritikan beliau.Ya,saya sedar kritikan beliau bukanlah suatu yang membangun.Walaubagaimanapun,sebagai sahabat,saya sayang semuanya.

Menulis tinta penulisan dengan rapi adalah keistimewaan beliau.Amat saya kagumi.Sungguh!!Selepas itu,saya terus menaip satu surat layang untuk tatapan beliau.Ya,hilang bahasa keteradaban saya selaku manusia.Hilang bahasa keustazan saya.Nun jauh disudut hati saya,masih berkira-kira samaada saya mahu meneruskan atau tidak.Maha suci Allah,relanya saya melupakan hasrat syaitan saya itu.Terus saya menekan button delete pada pc portal saya.Biarlah beliau dengan suara hati beliau.Beliau berhak sebenarnya.

Andai saudara membaca entry ini,ketahuilah sesungguhnya 'aku hormat padamu'.Bukanlah saya diantara manusia yang suka bermusuhan.Ku anggap sahaja bahawa entrymu itu sebagai teguran membangun buatku.InsyaAllah,akan ku perbaiki lagi segala tinta.Adapun entry 'lagu tarannum' janganlah kau gusarkan kerana itu adalah hakku.Dulu,kini,selamanya akan ku semat dalam diri itulah hakku dan kenangan buat insan yang kerdil ini.

Kita sama-sama berketurunan Cik Siti Wan Kembang,maka beranilah untuk berdepan.Saya bukanlah seorang yang suka bercakap dibelakang.Jika ada ketidak puasan hati,maka berterus teranglah jalan yang terbaik.Terima kasih atas blog sahabat yang cuba meng'link'kan blog saudara kepada saya.Tentu sekali saya tidak tahu kerana saya berada nun jauh disini,tinggalan Ibn Batuttah.Akan tetapi,teknologi adalah segalanya.Merungkai hakikat.Ya,aku memohon maaf padamu.Terima kasih sekali lagi atas 'kritikanmu'.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates