Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, August 18, 2009

Ustaz Hadhari..

Bismiillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah Taala kerana udara dan oksigen yang dipinjam kepada saya buat sementara waktu masih lagi segar untuk saya hirup.Alhamdulillah.Syukur tak terhingga hambaMu panjatkan Ya Rabb.

Entahlah!di saat waktu genting petang sebegini,saat manusia menuju ke Mahattah Qitar Kenitra untuk pulang ke destinasi masing-masing,otak saya masih ligat berfikir,tiba-tiba...saya teringatkan seorang ustaz di Malaysia yang cukup saya segani dahulu.Bermula detik beliau saat muncul dikhalayak umum,berpakaian serba putih,berjubah,berserban!!paling mengejutkan saya insan ini mampu berceramah dikhalayak ramai!!ya...mungkin kerana beliau ustaz yang baru 'terinsaf' dari masa lampau.Tidak hairan..Akan tetapi ceramah beliau itu bukanlah rancangan forum perdana ehwal islam yang bersiaran langsung di TV1.Tetapi,pada ceramah yang dianjurkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS)!!.


Mula bercakap mengenai politik menyebabkan beliau diangkat dan dijadikan model untuk segenap lapisan masyarakat Malaysia Darul Islam Hadhari ini.Mula kedengaran suara beliau dicorong-corong radio terutama di Institut Kefahaman Islam Malaysia a.k.a IKIM.fm ~afdal ikhtiar~ yang dikendalikan oleh graduan mahasiswi UIAM,Mona Jazman cukup membuatkan kita sebagai pendengar mendengar suara insan yang telah 'terinsaf' ini.Cukup lunak.Anugerah Allah.Hati yang galau mungkin tersentuh dengan zikir-zikir munajat beliau.

Kelamaan,rambut beliau pula semakin hari semakin panjang (tak sempat potong kot),kemudian disebabkan rambut yang panjang itu,maka terpaksalah kopiah dan serban dikepalanya ditinggalkan.Ya,mungkin kerana kopiahnya terkeluar sayap dan terbang entah kemana.Mungkin sekali.

Entah mengapa,semakin hari saya berasa jengkel terhadap kelakuan beliau.Akhlak yang saya maksudkan.Tidak bermaksud dirinya,tapi sifatnya.Berstatuskan ustaz,berceramah disana sini mengenai hukum tuhan dan bahananya bergaul diantara bukan muhrim...Tiba-tiba menjadi muka utama akhbar tempatan mengenai beliau yang dikatakan keluar bersama seorang wanita dan dua lagi sahabatnya ke pantai!!Agak menghairankan,beliau dengan selambanya menyalahkan isteri beliau.Tak cukup dengan itu,beliau menafikan keluar bersama dan hanya terserempak ketika menonton WAYANG!!!alahai ustaz...tidak cukupkah ilmumu??tahukah ustaz menonton wayang yang bercampur lelaki dan wanita,bergelap bersama-sama hukumnya HARAM lagi nyata.Nah!!Tidak cukupkah pengetahuan ustaz lagi?Kemana perginya televisyen dirumah ustaz??di sitar??di jual??hairan...!!Sudah terang lagi cerita yang diwayangkan itu bukanlah ceramah Dr.Yusuf Qardhawi...ataupun musabaqah Al-Quran.Sungguhpun beliau yang melakukan,jikalau berstatuskan ustaz dan tahu ilmu agama seharusnya beliau menjaga hubungan beliau dengan isterinya.Juga yang paling utama,sekurang-kurangnya malu dengan Allah taala.

Bila berlaku kejadian sebegini,ramai golongan yang tidak 'berpendidikan agama' merasa jengkel dan mengecam golongan ustaz.Hilang entah kemana keustazan beliau.Inilah yang dikatakan..'kopiah ustaz pun boleh tercabut ni!!'.Yang menjadi mangsa,mereka yang bergelar ustaz.Secara tidak langsung,masyarakat tidak hormat golongan ini.Maka wujudlah ustaz-ustaz yang sepatutnya berkhidmat dimedan dakwah,beralih arah ke bidang hiburan dan sebagainya.Kalau nasyid saya masih lagi boleh menerima dan tidak merasa ralat,tetapi nyanyian yang menjurus kearah kelalaian manusia.Mereka ini mula merasakan terjun ke bidang lain adalah suatu jalan yang selamat bagi menutup malu.Ya,takut disuruh menjadi ketua tahlil,upacara jenazah dan khutbah kemungkinan.Egois!!


Entah dimana punca,salah dan silapnya.Nak dikatakan salah ibu mengandung,rasanya sama saja.Semuanya mengandung dirahim ibu.Tiada yang dikandung pada anggota lain yang menyebabkan mereka terencat akhlak setelah dewasa.Salahkan kitab??rasanya,berpuluh-puluh jilid ditatap,dibawa,dibaca,dihafal...mungkin ada yang ' merebus dan minum'.Mungkin...

Sungguh!!saya berasa teramat mual dengan keadaan begini.Tidak cukup dengan itu,ada golongan penasyid pula yang telah 'kembali' kepangkal jalan.Sedar-sedar dah pakai rantai,berseluar pendek,gelang emas dan sebagainya.Inilah akhlak 'pengubah','pendakwah' masyarat malaysia yang jahil.Maka wujudlah pula golongan yang berstatuskan...'tidak sampai seru lagi'!!ya,seruan kearah yang lebih jahil.Great!!

Akhir kalam,saya doakan beliau yang dinyatakan itu berbahagialah bersama isteri terbaru beliau.Saya doakan beliau mendapat zuriat yang soleh dan solehah(bersama isteri 'melodi ahlan' itu walaupun anak dah ramai) bagi menyambung urusan dakwah beliau yang tergendala dan terbengkalai dek kerana sibuk dengan kerja amal.Semoga saya tidak melupakan hadis yang beliau selalu bacakan terjemahan di TV9 rancangan carta nasyid.Biarlah Allah Taala sahaja yang tahu buruk dan baik.

Sekian,

~slamah~


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates