Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, November 14, 2009

9 Nyawa


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum...


Seorang sahabat bertanya,..'kenapa setiap entry enta mesti bermula dengan BASMALLAH dan SALAM?'

Jawapan yang ringkas telah saya berikan..'sebab itu stail ana'..hehe..(rasa comel pula soalan macam tu).

Baiklah,akibat kerana fanatik yang teramat sangat pada novelis thriller No.1 Malaysia ini,maka saya tak putus-putus bertanyakan khabar pasal novel terbaru 9 Nyawa.Kesian Dato marsani sebab selalu sangat saya bertanyakan pasal novel terbaru ini.Dijangka akan ada dipasaran pada minggu depan.Tiba-tiba,bertukar pula,ditunda pada 25 Disember nanti.Terpaksalah tunggu lagi.

*Al-Baihaqi!ada soalan disini...

*ya???silakan...

*AB kan ada kat morocco,macamana nak dapatkan novel 9 nyawa tu?

Jawapannya....
???
-Saya tempah pada sesiapa yang nak datang ke sini.

Disini,insyaAllah akan saya sertakan sinopsisnya yang saya copier and coller (dalam francenya) dari RAMFC.~inilah kerja copy and paste saya untuk blog buat kali ke-2~hehe..

Sinopsis:

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Dan asalnya begini...

Ini yang abg RAM punya sinopsis awal...

"Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.


Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.


Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.


Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.


9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.


Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.


9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.


Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’."

Saya bila baca saja dialog 'maukah kamu mendengar tawaranku?' 'sebagai manusia aku sayang padamu' terus saja terbayang Laksamana Sunan.Bagi saya,kebanyakan novel abg RAM adalah berkisar hijab manusia.Seperti yang kita lihat dalam trionovel,Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.Sukar untuk ditafsirkan melalui akal fikiran,tetapi itulah yang dikatakan epik,bukannya merepek.

Resensi saya pun dah semakin bertambah,maka...insyaAllah saya akan membuat ulasan serba sedikit tentang novel Ramlee Awang Murshid juga,berjudul Mikhail dan Meniti Maut karya Eyman Haikal.InsyaAllah.

Sekian,terima kasih.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates