Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, November 18, 2009

Fenomena KCB



http://img.bukabuku.com/wm.php?i=paketketikacintabertasbih.jpg



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...


"Alhamdulillah,aku sudah lulus!!''

Lebih kurang begitulah dialog diantara khairul azzam,mahasiswa indonesia dan sahabatnya yang mengkhabarkan keputusan peperiksaan bagi khairul azzam setelah 9 tahun menuntut diMesir.

Ketika cinta bertasbih julung-julung kalinya mempersembahkan Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy) sebagai pelakonnya.Tahniah Kang! 'lakonan bikin mantop'..hehe.

Filem KCB ini julung kalinya dibuat pengambarannya dinegara Mesir selepas mendapat persetujuan Kerajaan Mesir setelah filem Ayat-ayat cinta (AAC) ditolak permohonan oleh mesir dan terpaksa dilakukan di India.

Apa yang membuatkan saya rasa tersentuh juga,apabila melihat sekumpulan pelajar Indonesia yang bertutur didalam bahasa arab.Saya rasa teramat puas dek kerana melalui filem ini,kita dapat mendengar barisan pelakonnya yang berbahasa arab bertutur bersama orang arab.Itulah yang saya mahukan.Tidak seperti Ayat-ayat cinta walaupun menggunakan pelakon indonesia,tetapi pelakon-pelakon yang dibariskan berbangsa arab seperti 'aisya,bahadur,nora dan arab sekeliling' hanya bertutur dalam bahasa indonesia.Jadi,persembahan yang kurang menarik.

Walaupun ayat-ayat cinta dilihat lebih menarik penceritaannya,tapi bagi saya...saya lebih memilih KCB kerana ianya betul menggunakan bangsa arab sebagai pelakon bagi watak yang dipersembahkan kang abik.

Hati saya makin tersentuh apabila melihat kesusahan seorang mahasiswa yang terpaksa mencari wang saku lebih dengan menjual bakso dan tempe adalah bagi menampung keluarga di Indonesia dan keperluan hariannya.

Apa yang cuba saya mahu gariskan disini adalah,keadaan seperti itu yang berlaku kepada kami selaku mahasiswa pengajian islam.Part ini sebenarnya yang menyebabkan saya betul-betul tidak sayangkan air mata.Mengapa?sebab...bagi saya,tiadalah hari yang lebih bahagia bagi mahasiswa melainkan hari 'dapat result'.Wah,sungguh menyentuh jiwa part ini.Makin menguatkan jiwa saya apabila keadaan ini yang pernah diceritakan oleh abang saya.Dahulunya,kita tidak nampak atau tahu keadaan mahasiswa pengajian agama.Tapi,setelah melihat filem ini,sedikit sebanyak sudah memberi ruang pada tafsiran minda saya perihal masyarakat arab mesir (sebab saya bukan mahasiswa mesir).

Walaupun ada juga pertuturan yang menggunakan bahasa ammi mesir,tapi..mereka masih lagi menggunakan arab fushahnya.Cuma kadang-kadang bercampur.Setakat ini,kita masih lagi menunggu KCB yang kedua untuk ditayangkan.InsyaAllah.Saya agak lewat untuk berkongsi pendapat tentang KCB ini.Maaf.

Membaca novel dan menonton filem adalah 2 perkara yang berbeza.Saya memandangnya dari sudut apabila novel,segalanya boleh kita tulis dan baca.Terhenti disitu.Akan tetapi,menonton filem pula,kita akan dapat menjiwai watak yang cuba disampaikan.Contohnya,jika pelakon cuma bertutur dalam bahasa arab tetapi tidak pekat lahjahnya,bagi saya,filem itu tidak berjaya sebenarnya.

Semoga kalian pun seperti saya.

Sekian,terima kasih.

Nantikan kemunculan KCB yang kedua.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates