Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, November 21, 2009

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Ab Aziz



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Amin : "Belajar rajin-rajin,jangan lupa contact nanti''

Saya : "ok,insyaAllah..nanti kalau ada berita baru,bagitau la ye..jangan
lupa kirim salam pada ma dengan abah''


Dialog diatas bukanlah petikan dari mana-mana buku
teks tahun 1 atau 2,atau dipetik dari buku-buku komik pembangunan kanak-kanak...tetapi,itulah antara bualan terakhir saya bersama ustaz al-amin @ abang amin semasa beliau masuk ke perut flight melalui telefon pagi tadi.Bualan yang hanya mengambil masa 2 minit itu,cukup menyentuh perasaan masing-masing.

Mengapa menyentuh?tersentuh dan sebagainya?

Sebenarnya,agak sukar untuk saya menerima kenyataan yang beliau sudah meninggalkan bumi morocco.Mungkin kerana hubungan persahabatan kami sudah masuk tahun yang ke-8,maka berkemungkinan itulah faktornya.Ya,sudah 8 tahun persahabatan kami terjalin.Maka,dimana mahu saya kelaskan beliau?tentunya sebagai seorang sahabat.


Al-Amin,seorang yang tegas,selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya khususnya dalam bahasa arab yang kadang-kadang saya merasakan beliaulah yang banyak memperbaiki tahap bahasa dan komunikasi saya selama keberadaan saya di maghribi.Jasa beliau tidak sesekali saya lupakan.InsyaAllah.


Bertitik mula saya diterima sebagai pelajar di Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini,Bandar Jengka,Bandar Tun Abd Razak sudah cukup membuatkan saya mengenali beliau.Alhamdulillah,kami mula menjadi rapat adalah ketika saya menjadi anak buah usrah beliau.



Kemuncaknya adalah ketika beliau tingkatan 4,sewaktu abang saya,ustaz syarif menjadi guru disekolah tersebut dan mengajar beliau insyak mutalaah(kalau tak silap atau mungkin adab nusus).Terharu saya kerana dapat melihat kesungguhan beliau dalam mengulangkaji pelajaran bagi menempuhi Sijil Menengah Agama (SMA) Pahang,siang dan malam tanpa jemu.


Alhamdulillah,saya sendiri yang menyaksikan saat-saat genting beliau ketika bergelar pelajar terbaik keseluruhan SMA peringkat negeri pahang bagi tahun 2004 sekaligus berada di'ranking' pertama ketika anugerah wacana kecemerlangan oleh menteri besar pahang.


Walaupun ketika itu beliau sibuk menguruskan Pe
rsatuan usahawan muda(PUM) iaitu sebagai pengurus syarikat As-Syababun Najah Sdn.Bhd.,beliau masih mampu menempa nama sebagai pelajar cemerlang.Tidak malu saya katakan,beliaulah yang mencetuskan idea saya semasa saya bersama pengurus yang lain mengendalikan syarikat ini(nama syarikat kami tak nak ubah sebab nak tunjuk identiti sekolah) dalam penghasilan produk dan perkhidmatan terbaik.


Contoh projek 'sayang adikku sayang' adalah merupakan idea bernas yang segar dari beliau.Maka,pada waktu pengendalian saya,saya telah meminda idea ini kepada 'projek Al-Kauthar' iaitu mempelajari kaedah bahasa arab melalui sebutan dan tindakan.Begitu juga anugerah produk terbaik yang beliau ketengahkan adalah 'lampu SN'.


Maka,saya telah memindanya kepada 'SN shelf' iaitu sejenis rak kasut yang bersiren automatik.Alhamdulillah,pada tahun beliau,beliau telah merangkul banyak anugerah dikonvensyen usahawan muda peringkat negeri pahang.Suatu program yang cukup kami minati.


Teringat sewaktu kami menyertai debat bahasa arab ala parlimen peringkat masisupa di SMA Al-Ihsan,Kuantan (sekolah ustaz md noor) 2005.Sekali lagi saya berganding bersama al-amin.Pada mulanya,kami sudah bersedia 100%,tapi nak dijadikan ceritanya...tajuk debat telah ditukar oleh pihak pengurusan pada saat-saat terakhir iaitu 24 jam sebelum pertandingan bermula.Maka,kelam kabut semua.Saya bersama seorang lagi senior,Siti Fatimah Miskan cukup tertekan dengan situasi sebegini kerana kami tidak mampu untuk menghafal teks 2-3 helai dalam masa 24 jam.Waktu inilah,kami ditenangkan oleh Al-Amin,yang banyak menasihati kami.


Masih ingat lagi ketika itu,guru-guru matapelajaran arab semuanya memberi semangat pada kami.Dimulai dengan ketuanya,ustaz haidhir,ustaz shamsuri kamal,ustaz abdul wahab (dari iraq),ustaz muhammad,ustaz syarif,ustazah asmanizam,ustazah aza zuraini dan ustazah norazilawati.

Ustazah Asmanizam

Sedih ketika itu,melihat kesungguhan ustazah asmanizam dalam memperdengarkan bait-bait syairnya mengikut intonasi arab yang betul dan tepat.Tidak kurang juga ustaz abdul wahab yang sanggup memberikan majalah-majalah dari iraq semata-mata untuk dijadikan fakta kes.Sungguh tak tersangka waktu ini.



Inilah pengalaman kami bersama.Kenangan bersama beliau sehingga ke hari ini,saya masih mampu menceritakan bagai semalam kejadian itu berlaku.Sebenarnya,kami berasal dari latar belakang keluarga yang hampir sama.Jadi,senang bagi kami mencari keserasian bersama.

Cikgu Fariza Binti Salleh

Cikgu fariza,merupakan bonda kami yang lansung tidak pernah kami berdua lupakan.Seorang yang tegas tetapi peramah orangnya bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajarnya matapelajaran sejarah PMR.Beliau yang juga merupakan guru penasihat badan pengawas sekolah cukup kami kagumi.Tidak malu saya katakan disini,kerana beliaulah kami disini,mencapai kejayaan.Al-Amin,seingat saya tak pernah berhenti berhubung dengan beliau sejak mula-mula menjejakkan kaki ke morocco lagi.Ada sahaja berita dari al-amin,maka cikgu fariza akan sampaikan pada saya.


Disini,saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada al-amin andai pernah terkasar bahasa sepanjang kita bahkan rakan-rakan yang lain membina ukhuwah.InsyaAllah,kalau ada rezeki,jumpa lagi.Beliau,kami selalu gelarkan 'lagenda bahasa arab' sentiasa kami ingati.Bak kata Natasya (Jordan) ketika menghubungi saya semalam,'kami dah 4 tahun tak tengok al-amin,ketua kami'.


Teringat petikan sinopsis hatiku diharajuku,oleh ramlee awang murshid berkata:
anda mungkin tidak menyukai perkataan sayonara!(lebih kuranglah macam tu)Sayonara dari Noriko buat Ryu watanabe atau sebaliknya?

Sayonara!

Sekian,terima kasih.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates