Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, November 2, 2009

Dr.Mohd Asri Zainal Abidin



















Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Malaysia digemparkan dengan penahanan Dr.Mohd Asri Zainal Abidin (bekas Mufti Perlis Indera Kayangan) oleh JAIS.Dikhabarkan penahanan itu berlaku ketika Dr Asri memberi ceramah kepada kira-kira 100 orang tanpa tauliah disebuah banglo.Sungguhpun beliau bekas mufti,tindakan penceramah yang perlu kepada tauliah amatlah perlu dititikberatkan.

Terus-isu perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua YADIM tidak disokong oleh sebahagian ulama malaysia sehingga mereka berani menghantar memorandum perlantikan Dr.ASri.Antara mereka yang terlibat adalah :

1- Persatuan Peguam Syarie Malysia


2-Persatuan Peguam Muslim Malaysia

3- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

4-Persatuan Ulama Malaysia

5-Jemaah Islah Malaysia(JIM)

Dan ramai lagi.Memorandum bantahan ini akan dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong,Tuanku Mizan selaku ketua agama islam negara.Bantahan ini kerana,Dr.Asri dari dulu,sehinggalah ke hari ini sering mempertikaikan undang-undang syariah dan mahkamah syariah malaysia apabila berdepan dengan kes-kes soal agama,talak pernceraian,kahwin,hak penjagaan anak,harta dan sebagainya sehingga yang terbaru kes sebat Kartika.Beliau yang juga merupakan penulis kolumnis Dr MAZA (minda tajdid) sering mempertikaikan Jabatan-jabatan agama islam serta Majlis agama islam negeri dalam mengendalikan kes-kes syariah.

Beliau juga sering mempertikaikan kebolehan mufti-mufti dinegeri masing-masing sehingga menimbulkan perbalahan dan tidak senang mufti-mufti.Terlalu fanatik kepada aliran beliau sehingga mendakwa beliau adalah beraliran ahlussunnah waljamaah sedangkan pada masa yang sama beliau menolak dan menafikan pandangan ahlussunnah wal jamaah mengenai kepercayaan ahlussunnah dalam bab fiqh seperti mazhab syafi'e,maliki,hambali,hanafi serta pandangan ulama.

Akibat dari fanatik beliau ini,maka majlis-majlis agama telah menyekat dan pengikutnya dari terus memberi ceramah tanpa tauliah.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates