Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, November 14, 2009

Selamat Hari Lahir....


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...



Ayah

Entry kali ini,just s
emata-mata nak mendedikasikan ucapan 'selamat hari lahir',
buat ayahanda saya,Mohd Yusof Bin Hamzah yang ke 63,(dah 63 tahun dah umur ayah).Tahun ini,saya tak dapat bagi hadiah secara mubasyarah untuk ayah macam tahun-tahun sebelum ini.Apa-apa pun,walaupun dah terlebih sehari wish dan terlewat pula post entry diblog,saya ucapkan selamat ulang tahun ayah,(saya tahu ayah takkan baca blog,just kakak yang inform),
tapi..rasa kena update juga.

Lahir pada 30 oktober membuatkan kami adik beradik tak pernah lupa akan tarikh ini.Ayah,walaupun seorang yang amat tegas,tapi penyayang dengan anak-anaknya.Dan disebalik ketegasannya itulah membuatkan kami adik beradik berjaya serta dapat menjejakkan kaki ke menara gading.Terima kasih ayah.

Ingat lagi ketika hari raya aidilfitri yang lalu,ayah nakk
an video ucapan raya dari saya,tapi nak dalam bahasa arab.Saya membalas..'cukup dah khatib yang baca khutbah dalam bahasa arab,ayah'.Ayah menjawab..'hantar aje la,ayah faham bahasa arab ni,ingat peneroka tak pandai ke?'..Berderai ayah ketawa.Tahun lepas,mungkin saya dapat dengar nasihat ayah secara mubasyarah tanpa ada hijab,tahun ini?huhu..

Sebelum saya terlupa,ingin juga saya dedikasikan ucapan birthday untuk kakak saya,kak jue yang ke 27 pada 3 november.Selamat ha
ri lahir kak!semoga berbahagia kak.Sedih saya rasa kerana majlis perkahwinan kakak berlangsung tanpa kehadiran saya.Akak graduan Universiti Manhai,syukbah TESL amat tegas dengan pelajar-pelajarnya.Selalunya bila saya call...dia akan cakap 'adik,student malas la!'..Saya jawab..'biasa la tu,budak SPM,mesti la malas'..hehe

Pesanan untuk kak,jangan garang sangat dengan anak murid..



Akak masa bagi speech kat studentnya..jangan garang k teacher jue!


Dan tidak dilupakan buat anak buah saya,Nurul Hidayah,2 tahun,lahir pada 2 november..happy birthday adik!(tak ada hadiah tahun ni pak su nak bagi)...hehe

Nurul Hidayah dengan Umienya

Sekian,terima kasih.

p/s;sori lambat...(kak)



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates