Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, January 19, 2010

Rona-rona Syahadah



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Saya sukakan puisi,maka..saya cuba mencipta..

Karya yang sudah lama..tak mahu dikenang..tapi,terpaksa juga dikenang..alasannya?
Apresiasi saya yang sudah mencecah setahun lamanya...ini contoh puisi yang langsung tidak boleh diambil iktibar,kerana..bahasanya,kisah disebaliknya,dan tajuknya pun sudah memeningkan pembaca..tiada pemahaman..langsung tiada tarikan!!!

Jom mencuba!!

Rona-rona Syahadah

Kejernihan,
Tirai azimat terserlah diwajahmu,
Terpancar rongga Nur Iman,
Pembuka hijab suasa untukmu,
Teristimewa,bergemerlapan,
Mekar senyumanmu,
Limpahan rahmat kesyukuran,
Lantas dipanjatkan.

Pantas mengalir dumu'mu,
Mengalir bagaikan limpahan kauthar,
Sehangat sungai di raudhahMu,
Sejernih manik-manik keinsafan,
Tanda kebebasan azabNya,
Kala hari perhitungan.

Wahai sutera putih,
Harumnya dirimu disaat ini,
Bagaikan anggerik buatmu,
Seiring rona-rona syahadah,
Terukir dibibirmu,
Bergelar muallaf mujahadah.

P/S ; kepada saudara rahim dan saudara syeikh mustaqim,puisi sedia untuk dicincang..(saudara fakhruddin Ar-Razi kalau nak cincang juga,silakan..langua atma la katakan)huhu

Aspirasi diri,

Al-Baihaqi

~Qamrah~

3 comments:

Anonymous said...

hmm, penulisan yang menarik. pasti jenuh menginsafi diri tatkala jemari melirik dan menulis sambil disarati makna pengabdian sejati.tahniah!

cuma, tidak semua ciptaan manusia itu sempurna, mungkin terkadang kan terpalit cela.

aspek tatabahasa:
1. "diwajahmu" = sepatutnya dijarakkan seperti ini: "di wajahmu". ia bukan kata kerja. begitu juga ejaan "disaat" dan "dibibirmu".
2. "kauthar", pastikah ini ejaan Melayunya? atau ejaan sebenarnya begini: "kausar". kalau dibaca ikut bunyi Arab, pasti akan dibaca "kauthar", tapi anda menulis dalam bahasa Melayu, maka raikanlah kekayaan bahasa yang ada di dalam bahasa Melayu
3. "raudhahMu" > perkataan "Mu" adalah dirujuk kepada Allah, maka penulisannya sepatutnya begini: "raudhah-Mu", begitu juga ejaan "azabMu". boleh cuba semak di sini: http://asyrazi.blogspot.com/2009/02/gerakkan-tarian-penamu.html
4. mengapa semua baris dimulakan dengan huruf besar? bukankah semuanya berturutan? seharusnya huruf pertama di baris pertama sahaja yang dibesarkan.
5. mengapa setiap baris pasti dihiasi dengan koma? jenuh membaca, sehingga kering intonasi dan nada.

aspek maksud:
1. puisi sebegini kerapkali ditulis dalam usaha menginsafi diri, ramai yang mempelopori puisi2 sebegini.
2. rangkap 1:
3. rangkap 2: puisi ini berkisar tentang situasi di mana? di mahsyar? awalan rangkapnya berkisar tentang tangisan hamba yang memohon keampunan, tetapi di pengakhirannya pula berkisar tentang 'keyakinan', iaitu yakin bahawa dosa itu terampun.terdapat pertembungan dua dunia, dunia fana dan dunia baqa.awalan rangkap bagai memberitahu bahawa sang hamba sedang memohon ampun di dunia, tetapi akhiran rangkap pula bagai memberitahu bahawa dosanya telah pun terampun ketika perhitungan di hari pembalasan (kiamat).
4. rangkap 3: adakah 'sutera putih' itu kiasan bagi 'kain kapan'? mengapa digunakan kalimah 'mujahadah' dan bukan 'mujahidah'? saya seakan tidak mampu menangkap, kepada siapa puisi ini ditujukan sebenarnya? kalau ayat sebelumnya memberitahu melalui "terukir di bibirmu", maka pasti ayat selepasnya menerangkan tentang si penutur, tetapi kedapatan unsur ketidakserasian dalam penyusunan bahasa dan pelambangan diri, maka maksud kurang sampai. maaf kepada penulis, hamba hanya mencurah pendapat.
5. puisi ini secara keseluruhannya menyampaikan 'suasana' bukan solusi. diberitahu tentang itu dan ini, namun tiada solusi. insan itu tersenyum. Ya, dia tersenyum. Tapi mengapa? Kesan dari apa?

insan itu mengalirkan air matanya. Ya, benar. Tapi bagaimana? Susulan tindakannya pula bagaimana?

Insan itu berjaya menghembuskan nafas akhirnya dengan kalimah shahadah. Ya, ia terserlah. Tapi, apa yang telah dia lakukan sehingga dia berjaya melafazkannya? Dan sebagainya.

Semua di atas hanyalah pandangan peribadi, tidak lebih. Jadi, kalau ada yang kurang puas, nyatakan fakta dan hujahnya, agar boleh diperjelas. Apapun, tahniah diucapkan di atas penghasilan puisi ini. Pasti beruntung insan bertuah yang dikurnia lafaz shahadah di akhir nafasnya itu!

p/s: Bukan Langua Atma, tetapi Lingua (Bahasa) Atma, sekian.

Dean said...

maaf, tiada sesi editan dibuat selepas komen di atas selesai ditulis..hehe..

Al-Baihaqi said...

huhuhu..waaaa..mau menangis den!!x pe..ok..mcm ni..pade permualaan kata,hurufnya besar tu...tnpa ana sengaja ye..bkn..mksudnye..yg dirangka mmg x de pn huruf besar..tp,sy pn lupa etika puisi..so..main2 pny pasal..kita besarlah sume skli ye..

tu yg pertama,2ndnya..kauthar,sy mmg menyarabiknnya..tp,sy lupa nk condongkn tulisannya jdi sprti perkataan dumu' tu..sptutnya,saudara faru leh je nk komen perkataan dumu' tu..sbbkan,bg sy,kita bleh je gantikn dgn perkataan bhsa mlyu..tak salah kan..adapun yg lain,seperti azabMu,dn pnggunaan tanda..sejujurnya sy mmg tau tntng semua tu..tp,tak diamalkan dlm karya yg satu ni..

3rd,mmg sy yakin yg puisi mcm ni..mmg ramai yg meloporinya..tp,x salahkan??kemudian..klu kita lihat puisi mlyu klasik,terang2an ke mksudnye dn peceritaan disebaliknya kita memahami?tntu skli tak kan?ape2pun..terima kasih..

4th,sutera putih tu..bknlah kita katakn kain kapan..penah dgr x klu org sllu sbut,anak2 tu ibarat kain putih,sy tujukn yg bru lahir..ibu bapa la yg mncorakkannya?mngapa?krna disitu la permulaan anak2..adakah kita katakn kain putih tu adlh kain kapan??maka..sy pindaknnya..dr seni sbgtu,kpde bila muallaf yg bru msuk islam..sperti bru dilahirkan..ibaratnya,bersihnya diri dia..seperti sutera putih..n sutera putih tu,x bleh la kita nk kliseknnye dgn kain kapan..sbbnya,sifat kain kapan pun kita tau mcm ne..cuma,perktaaan 'putih' tu,yg mengelirukn pmbaca..sbb kain kapan pun warna putih..dn sy x jumudkn putih tu..kain kapan je..kita luaskn lg,putih itu..adlh bersih..sy simbolikkn hatinya..si yg bru tu..

5th,jika kita lihat bait sblumnya..seiring rona2 syahadah..terukir dibibirmu..apa yg anda faham dgn rona??cthnya..klu ssorg tu tersipu..mukanya rona kemerahan..iaitu warna..
adapun..syahadah tiada la ronanya atau sifatnya..tp,diertikn juga rona..sesuatu yg merujuk atau refer kpde ssuatu..ok?si dia bknlah senyum..syahadah disini,kalimah syahdah yg dia lafazkn..sbb tu slpasnya..terukir dibibirmu..

adepun yg lain,kredit diucapkn kpde saudara faru..syukran jazilan atas ilmu yg setinggi ini..cukup bagus...(sbnarnye dulu nk kongsi dgn abg syeikh,tp..dia x nk)..huhu..

ketahuilah..sesungguh sy insan yg lemah..heheh

p/s : herm..mcm terperasan langua,bkn lingua..ok..tq atas mkluman..hehe

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates