Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, April 10, 2010

CINTA SUFI



[catlina3.jpg]

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Blog yang selalu dikemaskini..

Sebenarnya,saya memikirkan kawan-kawan yang selalu meng'update' blog mereka dengan berita sensasi,tazkirah,motivasi,dan sebagainya.Sehinggakan ada yang mampu mencapai 100 entry untuk sebulan.Dahsyat!Saya terkadang memikirkan juga bagaimana mereka mempunyai iltizam yang kuat untuk 'patuh' kepada blog.Mereka hadir ke kuliah,adanya peperiksaan,kelas pengajian luar dan sebagainya.Saya cuba.Apakan daya,malas lebih mengerti nasib tuannya.Tak apalah,kita lupakan yang satu ini.

Saya secara jujurnya sudah buntu...

Bukan buntu mencari idea,tapi..buntu untuk menyusun setiap perkataan supaya tampak lebih baik dan sempurna.

Sudah lama rasanya saya tak menjenguk laman hobi saya.RAMFC.Bukan kekangan masa yang menjadi tunjang utama,tapi rasanya sikap saya yang malas untuk mengetahui berita terkini RAM.Saya sudah dimaklumkan yang novel terbaru RAM sudah berada dipasaran,tapi..apakan daya..kita tumpukan yang lebih utama dulu.

Setiap keluaran RAM yang terbaru,saya suka memberi komen..(walaupun cuma baca sinopsis,prolog,monolog dan sebagainya)..untuk CINTA SUFI ini,saya seakan 'terlena sekejap'...

Rupanya,triologi bagaikan puteri belum sampai ke penghujung.Sekali lagi kita dibawa menggapai awan sakti oleh Laksamana Sunan.Agak teruja untuk saya membacanya.Mengapa??RAMFC sahaja yang tahu.

Kekerapan??janganlah persoalkan...

Terbaru..CINTA SUFI..membawa kita kepada fakta sejarah yang epik.Seakan wujud,tapi mati..pengkaji sejarah kalau mengkaji novel RAM semestinya buntu.Pelajar sejarah kalau dipaksa membuat pilihan antara realiti dengan fantasi,kemungkinan lebih condong kepada fantasi RAM.Mengapa??ini kerana epik beliau yang tak sudah-sudah.Adakalanya yang epik itu menjadi fantasi sebagaimana yang diceritakan di RAMFC.Untuk kali ini..maaf,rasanya saya tidak dapat menyiarkan fragmen.

Tetapi,sinopsis yang dapat dicapai seperti yang diperkatakan oleh RAM dalam RAMFC mengenai novel CINTA SUFI ini insyaAllah bolehlah anda membacanya.Cinta sufi pelengkap kepada triologi bagaikan puteri sebenarnya.

Sinopsis ;

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah..





-Saya tak tahu pula yang blog saya tersenarai dalam web pages RAMLEE AWANG MURSHID FC...(ni mesti kerjanya si akim,tak pun Dato Marsani)..

Apapun,terima kasih RAMFC Club.

Sekian,terima kasih.

Al-Baihaqi

Qamrah

1.11 a.m.



Friday, April 9, 2010

Bosan





Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sudah 1 bulan..apa yang sebulan..??hanya mereka yang hampir dengan saya saja mengetahui.Hampir 1 bulan juga..apa yang hampir 1 bulan..??hampir 1 bulan saya tidak mengemaskini blog.

Malas.Sibuk.Malas.Sibuk.Malas.Sibuk.Malas.Sibuk.Bosan.

Minggu peperiksaan untuk semester 4....

Mustamirrah..

Ahadith Al-Ahkam (hadis hukum)
Fikr Islami
Qanun Jinaei (undang-undang jenayah) dan bakal nihaei
Usul Fiqh
Fiqh Muammalat (Fiqh Buyu'-Jual Beli)

Dan lain-lain lagi yang akan menyusul

Mengapa baru update sekarang????

BOSAN.TENSION IMTIHAN.

p/s ; ini sekadar nak ceriakan hari-hari peperiksaan yang bakal menjelma..
sesungguhnya MASA cepat betul berlalu..pejam celik,dah bulan 4..kemudian bulan 5,6,7, pula yang bakal menyusul dan seterusnya..

Peringatan untuk diri sendiri...



Wednesday, February 24, 2010

Khutbah terakhir Rasulullah...

Wallpaper Islami Keemasan - Galeri GayaIslami Alhabib

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Khutbah Terakhir Rasulullah..
(Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H dilembah Uranah, Arafah)

'' Wahai saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian.Oleh itu, dengarkan baik-baik apa yang ku katakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.

Wahai saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci,oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba,oleh itu mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Wahai saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka,kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Wahai saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solatlah lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sedarjat. Tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Soleh. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggungjawabkan semua amalanmu. Oleh itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah pemergianku nanti.

Wahai saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Kerananya semaklah baik-baik wahai Saudaraku, dan fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua perkara, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya nescaya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini adalah lebih baik dari yang langsung mendengarkannya.

Demi Allah aku bersaksi, bahawa aku telah menyampaikan ajaranMu kepada umatMu Ya Allah. ''


Sekian,terima kasih.

Al-Baihaqi,

Qamrah,Rabat.

Friday, January 22, 2010

Siap untuk dibaca







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Sebuah novel lagi siap untuk dibaca.Berapa kekerapan selepas ini pun masih saya belum ketahui lagi.Bergantung pada penceritaan.Apa yang pasti,semestinya novel ini yang saya nanti-nantikan.Selama 3 bulan lamanya mengambil masa merentas lautan,benua,dan selat..akhirnya..sampai juga.Kredit diucapkan kepada saudari nur fatin kamaruddin atas jasa beliau,(nak pinjam...nanti ya..heheh)..terima kasih.

Bukan sekadar novel

Lentera mustika ini,banyak manfaat sebenarnya.Menyelami watak-watak mereka dijurusan ''undang-undang'',membuatkan saya berjaga-jaga dengan perkataan ''objection''...bukan sekadar novel.Saya pasti,mereka yang jurusan law,mesti sukakan novel tersebut.Percintaan?bukanlah hadaf saya.Saya kurang membaca novel cinta yang tak sudah-sudah cintanya.Menggunakan nama sahaja yang bombastik,tapi kosong.Saya memilih novelis dan penulisan.Mutu dan bahasa juga diutamakan.

Kebiasaannya,karya kak nisah memang tidak mengecewakan pembaca.Kak nisah,menjadi penulis sepenuh masa selepas meletakkan jawatan sebagai peguam ketika 'untung' tandang dalam kehidupan beliau.Dari peguamcara,kemudian peguam bela dan peguam syariah...akhirnya..menjadi penulis!!

Apapun,terima kasih kak nisah haron yang telah saya maklumkan mengenai novel beliau ini.Terima kasih kak atas ucapan yang satu itu.Selepas ini apa pula ya?Natrah-Fatini Yaakob...Tawarikh Cinta-Nisah Haji Haron...Perempuan Politikus Melayu-Haji Faisal Tehrani..entahlah..(balik malaysia baru fikirkan)..


Jom Membaca!!

Al-Baihaqi

Qamrah



Wednesday, January 20, 2010

Fragmen Ranggau


cover-ranggau-baru









Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Alaf 21 terkebelakang?hairan..apapun,selamat membaca fragmen ranggau ini.Kredit untuk Alaf 21 dan ''budak hutan''.Mohon maaf ya..


RANGGAU

Inspektor Solehin memeriksa kereta Proton Iswara yang ditinggalkan di kawasan letak kereta berhampiran Bar Bistro. Riak mukanya tampak tegang. Tidak terdapat tanda-tanda kereta itu dilanggar atau sebarang kesan yang boleh menimbulkan sesuatu telah berlaku ke atas Rusdi.
Ursula yang berdiri di situ sekadar memerhatikan sahaja tingkah laku Inspektor Solehin. Roman wajah Ursula juga tampak tegang. Pencarian Janet kini membawa malapetaka baru pula. Janet telah hilang. Begitu juga dengan Rusdi. Kejadian itu seolah-olah ada hubungkaitnya.
Inspektor Solehin mendekati Ursula. Segumpal keluhan berat melewati kerongkongnya.

“Macam mana?” Ursula bertanya.
“Berat!” Inspektor Solehin menggelengkan kepala. Dia takut sesuatu berlaku pada Rusdi.
“Berat macam mana tu?” Ursula inginkan kepastian. Hatinya kain cemas.
“Saya suspect sesuatu telah berlaku kepada Rusdi. Cuma motifnya masih terlalu awal untuk saya rumuskan,” kata Inspektor Solehin.
“So, apa yang perlu saya buat?” tanya Ursula.
“Buat laporan polis mengenai kehilangan Rusdi. Dengan cara ini kami akan bertindak,” cadang Inspektor Solehin.
Ursula terdiam sejenak. Hatinya berkata, bagaimana aku nak terangkan pada papa? Kehilangan Janet belum dapat diselesaikan, kini timbul pula masalah lain!

“Saya rasa lain macam saja,” keluh Inspektor Solehin meluahkan perasaannya.
Ursula masih tidak bersuara, sekadar memandang lelaki itu dengan wajahnya berkerut. Beban masalah sudah mula dirasakan.
“Petang kelmarin, Rusdi jumpa saya. Dia buat report fasal seorang pemandu yang cuba melanggar kamu berdua.” Ursula tercengang mendengar penjelasan itu. “Saya yakin, Rusdi datang lagi ke tempat ini untuk mencari lelaki Cina tu. Dia kelihatan risau sebab usaha mencari Janet masih belum membuahkan hasil,” sambung Inspektor Solehin lagi. “Mungkin kerana kerisauannya itu dia nekad bertindak sendirian.” Inspektor Solehin mengeluh panjang. “Saya kenal benar Rusdi tu. Dia tak akan berasa senang selagi tanggungjawabnya belum selesai.”
Ursula terdiam, berfikir panjang.

“Dah tiba masanya untuk pihak polis bertindak,” tegas Inspektor Solehin. “Bagaimanapun, pihak kami perlukan kerjasama daripada Cik Ursula.”
Ursula mengangguk. “Ya, dah tiba masanya. Dan perkara ini tak boleh dibiarkan berterusan.” Ursula akur.
“Saya risau,” keluh Inspektor Solehin.
“Saya juga risau tentang keselamatan Rusdi. Kehilangan Janet pula tak boleh diremehkan lagi,” kata Ursula.
“Apa kata, Cik Ursula lakukan sekaligus. Buat report kehilangan Rusdi dan Janet.” Inspektor Solehin menyarankan. Wajah Ursula berkerut.
“Dengan cara itu akan memudahkan pihak kami bertindak.”
“Tak bolehkah pihak polis bertindak saja?” tanya Ursula
“Boleh... itu boleh... tapi pihak kami perlukan kerjasama, Cik Ursula jugak.”

“KERJASAMA?” Lelaki tua itu terkejut.
“Ya, kerjasama, papa. Polis kita cekap. Mereka boleh menyelesaikan masalah itu. Tetapi kita mesti bantu mereka.” Ursula berhujah memujuk Tuan Gimbang.
Tuan Gimbang merengus. Air mukanya tegang.
“Sekarang Rusdi dah hilang, papa. Kehilangan Rusdi berkaitan dengan kehilangan Janet. Kita tak boleh diamkan saja perkara ni, papa.” Ursula berdiri menghadap papanya. Ketika ini mereka dua beranak berada di anjung banglo. Berbual dan berbincang.
Tuan Gimbang masih membisu dan membatu diri. Roman mukanya sahaja yang seringkali menunjukkan reaksi apabila Ursula mengutarakan permasalahan itu.
“Papa? Please!” Ursula merayu.
Tuan Gimbang memandang anak gadisnya itu. Bola matanya bulat dan berkaca. Menerkam pandangan. “Perlukah papa buat begitu?” Dia bersuara agak perlahan tetapi berbaur marah.
Ursula mengangguk. “Demi Janet dan Rusdi, papa,” kata Ursula merayu lagi.

Sejenak Tuan Gimbang melarikan anak matanya. Melontar pandangan ke arah laut. Saujana lautan yang membiru berombak kecil dan memantulkan cahaya matahari yang sudah pun beranjak melintasi garis tepat di atas kepala.
“Papa... please.” Ursula tidak jenuh memujuk.
Tuan Gimbang diam lagi. Otaknya ligat berfikir untuk membuat keputusan. Menimbangkan perkara itu semasak-masaknya. Dia mengela nafas panjang, meraih kekuatan jiwa.
“Kita perlu berusaha, papa. Kita tak boleh biarkan masalah ini berterusan. Lagipun, kita tak rugi apa-apa.” Ursula tidak berputus asa.
Tuan Gimbang mengeluh berat. Menyapu muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Jelas sekali agak sukar untuk dia membuat keputusan. Namun dia jauh lebih tenang menghadapi semua itu berbanding keadaannya sebelum ini.

“Papa sayangkan Janet?” Ursula bertanya.
Secara spontan Tuan Gimbang mengangguk. “Papa juga sayangkan Rusdi.” Terus-terang dia mengatakannya. Memang benar! Sejak dia mengenali Rusdi, dia berasa satu kekuatan menyerap dalam dirinya. Rusdi anak orang lain tetapi Tuan Gimbang berasa anak muda itu macam anaknya sendiri. Rusdi banyak memberi perhatian kepada dirinya yang tua ini. Apabila berbual-bual, mereka berdua selalu berterus-terang dan Rusdilah tempat dia meluahkan rasa hati yang sudah lama dipendamkan.

Ursula? Bukan dia tidak yakin dengan anak gadisnya itu. Tetapi Ursula lebih banyak berfikir tentang dirinya sendiri. Anak gadisnya itu bukan seorang wanita yang sombong. Tetapi Ursula masih terkongkong dalam perasaannya sendiri. Ursula masih mentah menilai perasaan seorang tua seperti dirinya.
Janet? Anak keduanya itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan Ursula. Janet anak manja. Apa sahaja yang dikehendaki mesti dituruti. Dunianya hanya hiburan semata-mata. Janet masih belum layak memikul sebarang tanggungjawab. Janet terkurung dalam dunia khayalan semata-mata. Masih terlalu mentah dan kadangkala tidak tahu menilai antara yang baik dan yang buruk.

Tuan Gimbang tenggelam dalam fikirannya sendiri. Mencongak-congak satu strategi yang benar-benar memberi manfaat pada diri dan keluarganya. Memikirkan maruah diri dan imej syarikat.
“Papa...”
Tuan Gimbang bangkit semula dari lubuk fikiran yang jauh melayarkan dirinya ketika ini. Tuan Gimbang mengangguk, mengisyaratkan persetujuannya. Wajah Ursula menguntum senyum.
“Papa mahu Ursula sendiri yang buat laporan polis,” tegas Tuan Gimbang.
“Terima kasih, papa.” Ursula melonjak gembira. Lantas dia memeluk tubuh papanya dan mengucup pipinya.

Tuan Gimbang kelihatan malu. Sekadar senyuman yang terukir di bibirnya. Kasih sayang seorang anak menyerap dalam kalbunya.
“Pergi sekarang,” kata Tuan Gimbang. Nada suaranya agak merendah tetapi memerintah.
Ursula mengangguk dan tersenyum. Gembira sungguh hatinya mendengar keputusan papanya itu. Ini bermakna pihak polis akan campur tangan dalam menangani masalah itu. Kemudian Ursula segera beredar dari situ.
Setelah melihat Ursula keluar, Tuan Gimbang segera memutar roda kerusi dengan kekuatan kedua-dua belah tangannya. Dia segera mendapatkan telefon. Gagang diangkat dan nombor didail.
Deringan telefon dibiarkan berpanjangan. Agak lambat Kim menjawab panggilan itu. Tidurnya terlalu lama. Terlalu nyenyak.
Kim tidur sepanjang hari. Rutin hidupnya setiap hari agak aneh. Kim tidak suka keluar rumah pada waktu siang. Dia lebih suka berkurung ataupun tidur sahaja. Pada waktu malam pula dia suka merayau-rayau. Mencari mangsa untuk memenuhi kehendak tuannya. Dia adalah Ranggau dan tuannya itu juga adalah Ranggau. Merekalah Ranggau yang nyata. Hamba kepada Ranggau alam kedua. Walaupun berlainan alam namun sikap mereka sudah sebati. Melanggar dan menderhaka perintah Tuhan.
Suasana samar menyelubungi bilik tidur Kim. Cahaya matahari dari luar sekadar berbalam menembusi langsir tingkap. Kim tidak tahan terkena cahaya matahari yang terlalu terik. Malah sinaran lampu yang terlalu terang juga begitu. Kulit mukanya akan mengelupas, kemerah-merahan dan terasa perit.

Deringan telefon berhenti. Kemudian selang lima saat berdering lagi. Kim merungut panjang. Menyumpah seranah. Tidurnya terganggu. Lambat-lambat dia mengangkat gagang telefon.
“Helo....” Suara Kim serak.
Satu suara bergema menerusi corong telefon. Suara itu memang dikenali. Suara yang memerintah dia melakukan pembunuhan.
Kim segera bangkit, melonjak bangun. Seperti disimbah dengan air, tiba-tiba sahaja Kim berasa segar walaupun pandangannya masih berpinar lagi.
“Helo... ya...” Kim diam sejenak apabila suara menerusi corong telefon itu bercakap. Berhenti sahaja, Kim pun menjawab.
“Ya, aku dah campak dia di bawah bukit. Aku pasti dia dah mati sekarang.”
Kim diam lagi apabila suara itu bercakap. Kim terangguk-angguk. Setelah suara itu berhenti, Kim lekas menjawab, “Ya, aku yakin dia dah mati!” Air muka tampak tegang.

“Ada mangsa baru. Gambar dan butir-butir diri sekejap lagi aku faks. Ingat! Jangan tergopoh-gapah!” kata suara itu.
“Aku akan uruskan!” Kim terangguk-angguk sambil menyelak rambutnya yang kusut ke belakang.
Talian terputus serta-merta apabila perintah itu telah diamanahkan. Kim merengus. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon. Dia membaringkan semula tubuhnya di atas katil. Sambil merenung siling dia leka dalam lamunannya. Kim tidak ubah seperti seorang hamba. Akur dan patuh pada perintah.

Sekian,selamat membaca...

Al-Baihaqi,

As-Sidq


Tuesday, January 19, 2010

Rona-rona Syahadah



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Saya sukakan puisi,maka..saya cuba mencipta..

Karya yang sudah lama..tak mahu dikenang..tapi,terpaksa juga dikenang..alasannya?
Apresiasi saya yang sudah mencecah setahun lamanya...ini contoh puisi yang langsung tidak boleh diambil iktibar,kerana..bahasanya,kisah disebaliknya,dan tajuknya pun sudah memeningkan pembaca..tiada pemahaman..langsung tiada tarikan!!!

Jom mencuba!!

Rona-rona Syahadah

Kejernihan,
Tirai azimat terserlah diwajahmu,
Terpancar rongga Nur Iman,
Pembuka hijab suasa untukmu,
Teristimewa,bergemerlapan,
Mekar senyumanmu,
Limpahan rahmat kesyukuran,
Lantas dipanjatkan.

Pantas mengalir dumu'mu,
Mengalir bagaikan limpahan kauthar,
Sehangat sungai di raudhahMu,
Sejernih manik-manik keinsafan,
Tanda kebebasan azabNya,
Kala hari perhitungan.

Wahai sutera putih,
Harumnya dirimu disaat ini,
Bagaikan anggerik buatmu,
Seiring rona-rona syahadah,
Terukir dibibirmu,
Bergelar muallaf mujahadah.

P/S ; kepada saudara rahim dan saudara syeikh mustaqim,puisi sedia untuk dicincang..(saudara fakhruddin Ar-Razi kalau nak cincang juga,silakan..langua atma la katakan)huhu

Aspirasi diri,

Al-Baihaqi

~Qamrah~

Wednesday, January 13, 2010

Maaf


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Sahabat sekalian,

Maaf diatas entry saya sebelum ini yang terlampau mengikut perasaan tanpa memikirkan impaknya kelak.Segalanya...saya titipkan disini,adalah dari hati saya sebenarnya..maka,saya rasa begitu bersalah jika saya asyik menulis artikel ilmiah,pada masa yang sama...saya tidak men'tatbiq'kannya dalam kehiudpan seharian.Moga Allah mengampuni dosa saya.Terima kasih buat sahabat-sahabat saya yang banyak sekali cuba memberikan nasihat serta kata-kata semangat.Jasa kalian,tidak pernah saya lupakan.Terima kasih.

Apa yang boleh saya nyatakan disini,banyak pengajarannya apabila diri kita seperti ditertawakan oleh syaitan.Kerana...waktu sebeginilah yang syaitan,iblis serta keturunannya bergembira kerana hati manusia lemah.

Allahu rabbi,moga-moga saat ini ianya menjadi pengajaran buatku.Lindungilah daku Ya Allah dari fitnah dajjal laknatullah dan fitnah dunia.Dunia semata-mata sehingga taksub kepadanya tidak menjamin aku kemana-mana melainkan neraka jahannam Ya Ilahi.Moga-moga aku mengambil iktibar.

HambaMu Ya Allah,

Al-Baihaqi,

Maison du Kamra,Rabat.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates